#36: Festival Todak

Start from the beginning
                                    

Dengan tergugup, Badrol menjawab, "Aku nak lalu je." 

Si pemakai zirah mendepakan tangannya, seperti menghalang si pasangan tadi untuk menghampiri Badrol. "Aku dapat rasakan aura yang tak baik dari dia tu." 

Alamak~ aura apa pulak ni yang mamat tu rasa? 

Dengan tak semena-mena, Badrol mengeluarkan tongkat kayu yang selalu dia guna yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik itu ke arah si pemakai zirah. Tercampak dia melanggar dinding. 

"Bad, apesal kau serang dia?" Kayu yang baru tiba itu bertanya. 

"Kau tengok tu! Dia belasah mamat tu sampai lunyai dan cakap aku ni jahat!" 

Kayu pun apa lagi... terus mengepal tumbukannya dan bersedia untuk berlawan. Sesungguhnya, ini adalah sebuah pertarungan yang aku nak mengelak selalu. Berlawan dengan orang yang kuat dengan magik adalah kelemahan aku! Tapi tak apa, aku tahu aku mampu hadap. Dengan kelajuan aku, aku tahu aku mampu mengelak tujahan arus magik yang bakal dilancarkan kepada aku nanti. 

*    *    * 

Kan aku dah katakan tadi yang aku tidak suka berlawan dengan orang yang kuat tahap magiknya. Tapi aku bernasib baik sebab mampu mengelak magik mereka dengan pergerakan yang pantas. Salah seorang daripada mereka mampu membuat satu kuasa yang mampu mengeluarkan cahaya sfera seperti laser tapi magik itu tidak boleh dibuat dengan pantas, punya masa untuk dicas dalam beberapa saat sebelum cahaya itu meletup. 

Malang buat Pelita, dia terlalu kurious akan cahaya itu dan dalam masa dia mendekati cahaya itu, cahaya itu meletup! 

"Jangan dekat dengan benda tu!" jerit Badrol, namun sia-sia. 

Selepas Pelita terkena letupan cahaya itu, dia terus tumbang dan tidak bangun-bangun. Pengsan. 

Takkanlah?! 

Aku perlu berhati-hati dengan cahaya sfera itu! Aku lari jauh daripada cahaya sfera yang tiba-tiba muncul di hadapan aku itu dan menyorok di celahan bangunan. Aku masukkan beberapa batang anak panah ke dalam slot senapang busurku dan bersedia mencari sasaran. Sempat aku menggunakan Panah Graviti sebelum aku melancarkan panahku ke arah si perempuan itu. Aku nampak macam dia yang buat magik cahaya sfera itu. 

Dalam waktu itu juga, Hayun tiba ke kawasan kami sedang bertempur itu. Aku tak jadi nak tembak perempuan itu, dan memandang ke arah Hayun. Muka dia waktu itu memang terkejut, dalam masa yang sama, dia seperti teruja. 

"Wei~ apa jadi ni?" 

"Kita kena serang la. Tolong cepat!" laungku. 

Sebaik saja aku menyuruh dia untuk menyerang, dia terus membaca mantera dan jarinya mula berapi. Dia menghalakan jarinya ke lelaki yang kuat magik itu (lelaki berbaju zirah sudah tumbang ditibai oleh Kayu). Terus keluar api dari jarinya dan menembak lelaki itu. Tetapi api itu melalui ke tubuh yang terbaring lemah tadi. Terus terbakar tubuh itu. Aku syak dia memang sudah mati ditibai oleh lelaki berzirah sejak dari tadi lagi, langsung dia tidak bergerak. 

Harap dia tenang di sana. 

Shiiiung! 

Tak semena-mena, aku diserang. Perempuan yang kuat magik itu sempat menyerang aku menggunakan magik yang aku sendiri tak tahu apa benda, tapi rupanya seperti magik berupa panah. Panah apa pun tak pasti. Bukan ais atau api, tapi ia agak menyakitkan! 

Celaka betul makcik magik itu! Meh sini, aku sasarkan busurku ke arahnya dan melepaskan panah ke arahnya. 

"Argh!" Perempuan itu mengaduh. 

Padan muka dia! Puas hati aku! 

*    *    * 

Aku mengerumuni tubuh-tubuh yang terkulai di situ. Boleh tahan kental semuanya. Aku menghampiri tubuh yang ditibai oleh lelaki berzirah sebelum ini. Memang sah dia sudah mati sebelum dia terbakar oleh api magik Hayun. Nasib kesan bakarnya tidak teruk, jadi aku seluk tanganku ke dalam poketnya. Ada seketul permata dan syiling emas di dalam uncangnya. Aku buka dan aku buat kira-kira rambang. Ada dalam 80 keping emas semuanya. Aku ambil kedua-duanya. 

Aku perhati lagi apa yang boleh aku analisis dari pemakaian dan muka mangsa itu. Bukan orang tempatan. Badrol menyatakan rupanya macam orang dari negara Manila. Dan dari pemakaiannya, Badrol pasti lelaki itu sedang merantau, mungkin ada saudara-maranya di kawasan terdekat? Dia pun tak berapa nak pasti. 

Ah... kali pertama aku berjumpa dengan orang Manila, tapi mati pulak. 

Rasanya, aku dah selesai di sini. Tak ada apa yang menarik untuk aku ambil pun daripada mereka itu semua. Biarkan mereka pengsan di situ dan aku harap penguasa Temasek akan terjumpa dan tangkap mereka atas kesalahan membunuh orang yang tidak bersalah. Hmm... aku pun tak tahu siapa yang salah sebenarnya. Tapi mereka yang cari pasal, memang kena la. 

"Itu apa benda?" aku bertanya kepada Badrol. Di tangannya ada simbol keagamaan dan aku macam nak tahu pulak. 

"Ni simbol agama untuk... urmm, aku pun tak ingat nama agama tu, tapi diorang ni sembah dewa gunung, bukit macam tu la." 

Aku mengangguk. Aku malas nak komen apa-apa. Lebih kepada hormat orang beragama je ni. 

"Macamana ni? Nak ke Festival Todak tu jugak ke?" tanya Pelita. "Aku tak larat la weh!" 

Pelita baru saja sedar daripada pengsan. 

"Aku rasa kita balik je la kot. Masing-masing kena tibai dan kalau boleh, kena blah dari sini secepat mungkin. Nanti ada pengawal ke sesiapa nampak kita kat sini, mesti naya punya." 

"Betul jugak tu. Tak pasal-pasal nak kena hadap pengawal lagi. Dah, jom cepat!" Badrol terus berjalan pergi untuk berpatah semula ke markas. 

Aku mendongak ke langit. Sudah petang, dan sebentar lagi akan masuk senja. Kami baru saja menghabiskan masa kami dengan niat untuk ke Festival Todak tapi dihalang oleh serangan pasangan magik dan lelaki berzirah. Tujuan asal kami, iaitu mahu ke Pejabat Daerah, semerta terbatal atas sebab waktu berurusan tidak beroperasi untuk hari ini. 

Sampai satu tahap, aku dah malas nak hadap tugasan untuk menghantar Encik Zul kepada pihak berkuasa Temasek untuk mengadakan rundingan itu. Halangan untuk kami membuat tugasan itu seperti melengahkan kami dan semakin lama aku semakin hilang semangat. 

Tapi bagaimana untuk kami menghalang Temasek untuk tidak turut menyerang Melaka nanti? Perlu ke tugasan ini dilaksanakan juga untuk mengurangkan bebanan serangan pihak musuh? Aku tak pernah berfikir sematang ini. Perkara ini terlalu berat sebenarnya. Aku tak mahu memberikan roh aku kepada Lazarus. Aku tak mahu peperangan terletus, tak kisahlah di antara Lanun Majapahit dengan Mafia Kampung Dusun, Temasek dengan Melaka, atau apa sekalipun. 

Aku cuma... ah! Aku cuma mahukan rehat yang secukupnya saja hari ini. Dan rawat luka yang terkena panah magik tadi. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now