#35: Bakteria Jahat

Start from the beginning
                                    

"Dia mabuk lagi ke malam tadi?" tanya Kayu. 

"Eh, mana ada!" kata Pelita. "Kan dia yang paling awal naik semalam. Dia kata badan dia macam rasa tak sedap. Tu yang dia terus naik rehat." 

"Tapi semalam dia dah bagitau aku, kalau kita nak pergi ke pejabat daerah tu tanpa dia, dia okey je. Dia malas ikut," jelas Badrol. 

"Jarang pulak dia bangun lewat macam ni. Selalu dia antara yang awal bangun." 

"Nanti dia turun la tu kot," kata Hayun, malas nak ambil pusing. 

Aku ke dapur untuk mengambil makanan setelah Kayu memberitahuku yang sarapan pagi hari ini dia yang masak. Man tiada di markas, begitu juga Nora. Jadi sebab itulah dia mengambil keputusan untuk masak pada pagi ini. 

Sedang kami makan dengan senyap, tiba-tiba Man dan Nora masuk ke dalam markas dengan bergegas terus berlari naik ke atas. Aku sempat mendengar mereka membebel, "Cepat! Kita takut kita lambat nanti!" 

Apa pulak yang berlaku kali ni? Bukan main kalut lagi? Jadi aku pun sekadar memandang mereka semua dan mereka turut tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. 

"Aku macam nak pergi tengok!" kata Kayu, meninggalkan mangkuk makanannya dan terus mengikut langkah Man dan Nora. 

Dari tempat aku duduk, aku dapat dengar suara Kayu bertanya lantang, "Weh, apesal ni?" 

"Takkan kau tak tahu?" tanya Nora. "Kawan kau si Melati tu, entah apa pasal malam tadi dia meracau tak tentu hala. Ni kami baru balik dari tempat dukun untuk bagi dia ubat." 

"Kata tok dukun tu, mungkin ni satu sumpahan." 

Aiseh, sumpahan lagi? Jangan jadi macam tangan aku ni dah la. Entah macamana nak elokkan balik pun tak tau. 

"Tapi aku tak rasa ini sumpahan," sambung Man. 

Nora pun mula bekerja sebagai seorang jururawat dengan memberi ubat dan menggunakan kuasanya untuk melekaskan proses untuk menyembuhkan Melati. Melati yang terbaring itu, kata Kayu, terbaring lemah dengan tubuhnya yang kebasahan dengan peluh. 

Setelah Nora siap merawat Melati, dia berkata, "Dia tak boleh nak buat apa-apa buat masa ni, bagi dia rehat harini. Apa saja yang korang nak buat harini, korang terpaksa buat tanpa Melati." 

Dan mereka pun turun ke bar, memberikan ruang kepada Melati untuk berehat sepenuhnya. 

"Melati tu kenapa? Teruk sangat ke, Nora?" 

Nora menggaru dagunya. "Aku syak dia kena serangan bakteria yang kuat. Bakteria ni mampu buat seseorang menjadi lemah, dan badannya menjadi panas. Kadang-kadang, kepala pun boleh jadi pening dan badan lesu." 

"Apa benda bakteria tu?" Badrol mencelah. 

"Aku rasa dia dapat masa berlawan semalam tu la. Kau perasan tak, lepas ada salah seorang daripada pengiring tu guna satu magik tu dan buat Melati jadi terlalu bersemangat dan pergerakannya menjadi hiper?" 

Kami mengangguk. 

"Aku rasa itu puncanya yang buat Melati jadi super-penat dan kelemahan hari ni." 

Aku tak boleh nak bayangkan macamana sebab bakteria itu dikaji oleh tok dukun dan jururawat selalunya. Mereka memang hebat bab ilmu dalaman badan ni. Sekaligus membuatkan aku terangguk-angguk kerana faham dengan apa yang berlaku pada Melati sekarang. Harap dia cepat sembuh. 

"Harini apa korang nak buat?" tanya Man. 

"Plan nak ke pejabat daerah. Kitorang kena jumpa juga dengan Datuk Rizalman. Kami dah tak boleh nak tunggu lagi lama-lama macam ni," jawab Badrol. 

"Elok-elok nanti. Apa-apa hal, aku dengan Nora ada je kat sini. Melati tu kena selalu dipantau." 

Kami mengangguk faham. 

Jadi, selepas kami selesai bersarapan, kami terus naik untuk bersiap dengan segala macam bentuk penyamaran. Badrol awal-awal lagi menyarung baju ala posmen, siap memakai baju zirah lagi lepas tu. 

"Ni untuk pertahankan diri. Mana tau ada orang yang nak serang posmen, aku ada baju ni," kata Badrol dengan semangat. 

Yang lain memakai pakaian se-kasual yang mungkin. Aku? Heh, bab menyamar ni aku paling hebat! Aku cuma perlu menjadi diri sendiri saja *berdiri tegak sambil cekak pinggang*. 

"Weh, nah!" Hayun yang datang ke bilik aku itu menghulurkan sesuatu kepadaku. Ia adalah sebatang tongkat magik. 

"Semalam aku ambil satu tongkat magik milik Tuan Adib dan aku rasa aku tak perlukan ni. Aku dah ada tau magik yang tongkat ni buat," sambungnya lagi. 

Aku pun ambil batang tongkat itu. "Magik apa tongkat ni boleh buat?" 

"Bebola Api." Dan Hayun terus meninggalkan aku untuk ke biliknya semula. 

Pucuk dicita, ulam mendatang~ aku tak sangka magik yang aku nak belajar pagi tadi kini menjadi milik aku! Dengan tongkat magik ini, aku tak perlu untuk membaca mantera dan membuat pergerakan untuk menjayakan magik tersebut. Aku cuma perlu hayunkan tongkat itu dan boom! Magik itu pun menjadi. 

"Terima kasih, weh!" laungku. 

Hayun mengangkat tangan kirinya tanda 'takde hal la!'. 

Selepas kami semua sudah bersedia, kami pun keluar dari markas untuk ke pejabat daerah. 

Ah, akhirnya! Jangan buat tugas kami tertangguh lagi ya. 


Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now