#29: Tinggalkan Dia Di Situ!

Start from the beginning
                                    

"Nah, Kayu!" Pelita menghulurkan semangkuk nasi bersama lauk kepada Kayu. "Bagi kat Encik Zul."

Kayu mengambil mangkuk makanan itu dan berjalan keluar kabin. Aku dan Pelita mengambil tugas untuk membersihkan segala pinggan mangkuk. Badrol dan Melati sudah berada di pos masing-masing untuk berkawal, dan Hayun di kemudi kapal.

Sedang kami mengemas pinggan mangkuk tadi, tiba-tiba Pakcik Aisa menjerit, "Woi, ada kapal kat sana!"

Aku terus keluar dari kabin dan melihat ke arah Pakcik Aisa tuding. Memang betul ada kapal di arah sana. Sebuah kapal yang sedikit kecil berbanding dengan kapal kami. Mungkin kapal nelayan. Yang peliknya, tiada siapapun yang berada di atas kapal itu. Seperti ia sebuah kapal yang ditinggalkan orang. Tapi kenapa pula kapal itu hanyut sampai ke sini?

"Hayun, Pelita! Cuba korang hantar burung-burung korang ke sana. Pantau keadaan kapal tu," cadang Badrol.

Mereka mengangguk dan memerintah burung belaan mereka untuk ke sana. Setelah beberapa minit, ia kembali dan mereka menceritakan apa yang peliharaan mereka nampak.

"Ada banyak darah kat atas kapal tu. Dua orang manusia mati; kedua-duanya ditikam."

"Kalau macam tu, aku nak ke kapal tu. Aku nak periksa, mana tau ada sesiapa yang hidup," kata Badrol dengan spontan.

"Kau biar betul? Abaikan jelah kapal tu. Semalam kita kena hadap kapal restoran makan orang. Ni sekarang kapal tu nak buat apa pulak kat kita." Kayu tak senang duduk.

Pakcik Aisa juga turut mengangguk laju seperti bersetuju dengan kata-kata Kayu tadi.

"Mungkin juga orang-orang kapal tu jadi mangsa lanun. Kalau nak, kita cari apa yang patut, lepas tu blah la," cadangku. Ikutkan, aku dah malas nak berlayar lama-lama. Lagi cepat kami sampai ke Temasek, lagi bagus! Tapi kena ingat untuk hantar Pakcik Aisa ke Mu-Or dulu. Leceh betul!

Lalu, Badrol pun terjun ke dalam laut untuk berenang ke arah kapal itu. Agak lama juga dia menghilang ke dalam kapal itu sebelum aku nampak dia terjun semula ke dalam laut untuk kembali ke kapal.

"Takde apa sangat la. Kapal nelayan je. Tapi ada satu pintu ni je berkunci. Jadi..." Badrol memandang aku. "Jom, Rifa! Dalam kumpulan kita ni kau je terer bukak benda berkunci ni."

Aku dah mula rasa cuak bila fikir pasal berenang. Dalam kepala aku, ada raksasa laut akan telan aku kalau aku terjun ke dalam sana. Ah, jangan nak fikir yang bukan-bukan, Rifa!

Lantas aku bersetuju untuk mengikut Badrol ke kapal itu. Aku bernasib baik ada Mumu, ular belaan keluarga yang menjaga aku waktu itu. Jadi, aku berjaya berenang ke kapal nelayan dengan selamat.

"Kat mana pintu tu?"

"Belakang sana."

Aku membontoti Badrol menuju ke sana. Setelah tiba ke pintu yang dikatakan oleh Badrol tadi, aku terus memeriksa tombol dan ruang kunci. Sedikit berkarat dan tombol juga sudah rosak. Mungkin telah dilanggar, menyebabkan tombolnya sedikit terkeluar dan bengkok.

"Apa yang korang buat kat sini?"

Pertanyaan Kayu membuatkan kami sedikit terkejut. Terangkat gak la bahu aku masa tu. Entah bila dia mengikut kami pun tak tahu.

"Pintu ni... kunci."

Kayu terangguk-angguk.

Aku mengeluarkan besi umpil yang sering aku selitkan di dalam kasut but aku dan mengoperasi ruang kunci pintu itu. Karat pada kunci membuatkan proses mengumpil sedikit payah. Setelah dipulas dengan sedikit kuat, barulah kunci yang tersekat itu berjaya dibuka.

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now