bab 28

40.8K 2.2K 67
                                    

"Ha baiklah pakcik izinkan..jangan balik lambat2" kata abah dan tersenyum mesra kearah amril yang juga memberikan abah senyuman manisnya

"Baiklah pakcik..pakcik jangan risau..saya akan jaga anak pakcik..kami pergi dulu"_ kata amril dan menyalam abah..aku menyalam tangan abah dan mama sebelum mengikuti amril masuk dalam kereta..

"Now kita gi makan..aku lapar" kata amril dan aku hanya angguk..betul tu perut aku ni dah buat opera cina..kami berdua singgah di sebuah kedai makan macam warung gitu..

"Aku suka kedai ni..sedap" kata amril tiba tiba..aku memandang amril pelik

"Aku tak cakap apa apa pun?" Kataku dan tersenyum sinis kearah amril sebelum mendahului masuk dalam kedai !!! Oh food !!! Here i come !!!!!!!

Selesai makan..aku kembali bertenaga..yelah perut dah kenyang..

"Kau nak bawak aku gi mana ni?" Tanyaku saat amril sudah memulakan pemanduannya

"Kau rasa?" Tanya amril kembali...aku menggulingkan anak mataku jengkel

"Emmm gudang lama? Pelabuhan? Rumah dalam hutan? "Tanyaku dan serentak itu amril melepaskan tawanya

"Kau ni sengal boleh tahan lah ! Dalam otak kau tu fikir yang aku ni nak culik kau jeke?" Tanya amril dan aku angguk

"Yelah dari balik sekolah tadi aku kena heret dengan kau...kena paksa pulak tu" kataku dan amril mula tersenyum..entah kenapa aku rasa sisi amril yang ini menyenangkan hati aku...

"Kalau aku nak culik kau..aku takkan bawak kau pi jumpa akak aku..minta izin bapak kau and bawak kau makan" kata amril dan aku mula meletakkan tanganku di bawah daguku..mukaku berkerut konon2nya tengah berfikir akan sesuatu

"Yelah manalah tau tu taktik menculik yang baru..sekarangkan zaman dah moden so taktik2 tu semua pun dah moden.." Kataku dan amril hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya..dia kemudian pandang kearahku dan memberikan aku senyuman manisnya..rasa macam berdegup sekejap jantung aku

"Kau percaya kan aku tak?"tanya amril serius dan aku mula rasa tergamam sekejap..tak tahu nak balas apa...nak angguk tapi kadang2 budak ni bukan boleh percaya..nak geleng tapi budak ni sometimes ada gunanya hmmm

"Tengah2" jawabku dan meletua tawa amril..

"Aduh alyaa..kau ni buat lawaklah..makin perut kenyang makin kau jadi kelakar eh?" Tanya amril dan aku konon2 memuncungkan mulutku macam merajuk tapi takpun..lepastu aku sama2 join gelak dengan mamat ni

"Kita dah sampai" kata amril dan aku mengalihkan pandanganku keluar tingkap....mukaku berkerut pelik...kubur? Kenapa mamat ni bawak aku gi kubur?

"Kau nak rancang untuk tanam aku hidup hidup ke?" Tanyaku dan amril ketawa

"Takdelah..ada someone yang aku nak kau jumpa..jomlah..kau suci tak sekarang ni?" Tanya amril dan aku angguk

"Ha cepat jom "kata amril dan dia menghulurkan yassin kepadaku..aku menyambutnya. .amril kemudian mengambil songkoknya di bahagian belakang kereta dan keluar dari kereta itu..aku mengikut jejak langkahnya sehinggalah kami berdua berhenti betul2 di satu kubur yang dilindungi dengan pokok yang aku panggil pokok kubur..yelah pokoknya ada kat kubur je..ala pokok yang bunga warna putih tu yang selalu ada kat kubur..ha pokok tu lah..kemudian aku dapat lihat pokok bunga melati yang tersegam indah di sebelah kubur itu...rendang saja pokoknya membuatkan suasana di situ jadi aman dan redup..amril mula membaca yassin dan aku     mengikutinya..aku akui yang suara dia membaca alquran sangat merdu membuatkan aku terkhayal sekejap dan tidak sedar yang amril sudahpun selesai membaca yassin dan sedang membaca doa..selesai membaca doa amril dengan cepat berlalu masuk ke dalam kereta meninggalkan aku yang terpinga pinga..aku pun apa lagi..takut kena tinggal cepat2 aku ikut amril masuk kereta..suasana menjadi sepi buat sementara...

SCHOOL PRINCEWhere stories live. Discover now