bab 27

41.4K 2.1K 22
                                    

Aku berjalan pulang dari sekolah dengan perasaan yang bercampur baur..aku keliru sama ada nak marah ataupun nak nangis..tapi aku takkan nangis..anak perempuan yazid takkan nangis just sebab benda macam ni..tapi anak perempuan yazid pun seorang wanita yang lemah..hati aku tak kuat untuk hilang something yang dah sebati dalam hidup aku..

"Alyaa !" Jerit seseorang dan aku pantas menoleh..aku terkejut melihay gerangan yang menegurku

"Apa kau buat kat sini amril?" Tanyaku sedikit resah..dahlah aku nak nangis tadi nasib baik tak meleleh lagi air matanya..

"Naik kereta aku" kata amril dan aku memandang kearahnya pelik

"Kau siapa nak arah arah aku?" Tanyaku kasar dan meneruskan jalanku sebelum tanganku disambar kasar oleh amril

"Kau jangan bantah boleh tak?! Masuk jelah!" Marah amril dan mengheret masuk ke dalam kereta dia

"Ish ! Kau asal?!! Kau nak culik aku ke apa?!!!!" Marahku geram..aku nak membuka pintu tapi cepat2 amril halang

"Boleh tak kau dengar cakap  aku sekali ni je?!" Marah amril..aku menarik nafas panjang cuba meredakan diri aku dan memandang kearah amril geram

"Kau nak bawak aku pergi mana?" Tanyaku sambil menahan geram..

"Somewhere..nanti aku bagitau kau..nah tepon mak ayah kau cakap kau keluar ngan aku" kata amril dan menghulurkan kepadaku telefonnya..aku menaip nombor abah aku dan memberitahunya aku akan pulang lambat dan menyuruh amril bercakap dengan bapak aku untuk minta kebenaran..selepas mendapat kebenaran aku tidak langsung menoleh kearah amril

"Marah ke?" Tanya amril..aku menggulingkan anak mataku

"Tak lah aku suka !" Sindirku dan aku dapat lihat dari ekor mataku amril tersenyum...dia senyum ?!!!! Ish !!! makin panjanglah muncung aku. Orang marah dia senyum pulak !!!!

"Kalau kau suka..pandanglah aku" kata amril dan aku enggan memandangnya dan terus mengalihkan pandanganku ke luar tingkap..

"Alyaa" panggil amril lembut..buat aku rasa terkesima sekejap..budak ni pandai rupanya panggil lembut2 ingatkan tak reti tapi aku tetap tak mengendahkan amril..

"Alyaa..aduh janganlah merajuk aku tak reti pujuk orang merajuk ni" kata amril..suaranya seperti sedikit resah..aku mula terasa sedikit terubat..macam nak senyum macam tak and then aku buat keputusan untuk diam sahaja..

"Alyaa..aku suka kau" kepala aku pantas menoleh dan mataku automatik terbuntang besar seperti tidak percaya akan kata kata amril..aku memandang amril tak percaya

"Kau tipu" kataku dalam nada tak percaya..amril memandangku dari ekor matanya and then

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"

"Oi !! Kau jangan main2 ! Aku sensitif bab2 suka suka ni..aku geli" kataku dan amril memandangku serius..aku mula resah..aduh aku benci betol lah orang confess2 ni

"Cik alyaa sayang....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Aku gurau jelah" kata amril dan budak tu sambung ketawa...😑😑😑

"Kwaja ah !!! Aku tumbuk kau kang !" Marahku dan menumbuk kasar bahu amril geram..

"Aduh !! Sakitlah woi,!!" Ngaduh amril dan aku mula buat2 tak dengar..

"Aku cakap macam tu baru kau nak pandang aku "kata amril dan aku memandang kearahnya geram

"Aku terkejut ok..takkan orang yang benci aku tetiba suka aku..mustahil"kataku

"Siapa cakap aku benci kau?" Kata amril mematikan kata kataku..aku memandang amril tak percaya tapi amril hanya fokus pada pemanduannya..

"Wei..kau sakit eh?" Kataku dan meletus ketawa amril

SCHOOL PRINCEWhere stories live. Discover now