bab 6

53.1K 2.5K 142
                                    

Seminggu sudah berlalu..kerja aku sebagai manager team basketball pun makin okay..diorang pun dah rapat dengan aku lagi2 nazri dan nazwan pergh diorang berdua ni memang partner in crime aku hehe..semua orang mula rapat dengan aku well kecuali adrian dan amril..aku tak tau apa masalah dua makhluk tu tapi apa aku kesah lantak kau lah sana..tapi sekarang satu je masalah aku..sue,odah,sas,ainaa dan iffah sekarang makin jauh dengan aku..diorang makin lama makin benci dengan aku..dalam kelas kini aku dipindahkan tempat SECARA TIDAK RELA ! Aku ingatkan bila buat macam tu dia mula kawan dengan aku tapi lama2 dia makin menjauh..aku kini duduk seorang diri dan sas duduk bersama dengan budak baru..eh sekejap ! Aku tak ceritakan lagi eh ada budak baru masuk?..hmm beginilah nak dipendekkan cerita..minggu lepas hari khamis sekolah digemparkan dengan kehadiran bidadari jatuh dari langit..a.k.a budak baru cantik..dia memang cantik sampaikan semua lelaki jatuh padanya termasuklah lelaki2 dalam carta school prince..tapi aku tak tau lah kalau team basketball minat kat dia jugak..hmm apa jelah bukannya aku kesah..ha ni lupa pulak nak bagitahu nama dia..ok nama dia nur adilah amylina..orang panggil dia adell..dia dimasukkan ke dalam kelas aku dan cepat2 sas dengan relanya menawarkan diri untuk duduk sebelah dia dan dihalaunya aku duduk seorang diri dihujung kelas..hmm apalah nasib sekarang geng2 aku mula rapat dengan dia..nama grup kami dulu ialah rasasi..R for raudhah A for alyaa s for sakina\sas...A for ainaa..S for sue dan I for iffah..but now sebabkan aku dengan tidak rasminya ditendang dari grup tu mereka terus menukar nama grup mereka iatu sassy G..maknanya budak perempuan nakal..ajet2 hot gitu..sebabkan si adell tu grup.tu jadi hot dan dikenali and mulalah sesi bercrush2..aku? Aku ditinggalkan bersisa ditepi..aku mengeluh..macam mana lagi aku nak pujuk hati aku ni? Kenapalah saat2 macam ni ada je dugaan yang datang..apa yang aku nak sekarang ialah kawan aku..aku mengeluh haish,!!!! Semenjak aku hilang kawan ni aku asyik mengeluh je..asyik berangan je..hilang semua fokus aku..

"Alyaa !" Jerit seseorang mengembalikan aku ke dunia realiti..aku memandang blur kearah orang yang memanggilku dan lihat nabil memandangku pelik

"Kau ni okay tak?"tanya nabil

"Ha? Apa yang okaynya?" Tanyaku blur

"Aduh alyaa..kau ni asyik termenung je..apa masalah kau? Cuba cerita" kata nabil dan mengambil tempat di sebelahku..aku sekarang berada di bilik kelab basketball..hari ni takde cikgu so aku cadang nak pergi kemas bilik ni tapi terberangan pulak..tak sedar si nabil ni masuk..

"Alyaa,!!!" Panggil nabil lagi mengejutkan aku buat kali kedua

"Tengok tu berangan lagi..asal dengan kau ni?" Tanya nabil dan aku mengeluh kemudian tersenyum pada nabil..

"Takde apa2 lah .aku just terfikir homework yang aku tak siap lagi" bohongku dan kelihatan seperti nabil mempercayainya..tak sangka kau percaya nabil

"Ha kau buat apa kat sini?" Tanyaku pada nabil pelik..

"Saje..boring ah dekat dalam kelas..diorang gossip je tak padan dengan lelaki betul" bebel nabil dan aku mula ketawa kecil..

"Kau pulak buat apa kat sini?" Tanya nabil semula..aku mula melihat sekeliling bilik

"Emm actually aku nak kemas tau bilik ni..tapi bila dah terberangan pasal homework terus hilang mood mengemas aku" kataku dan nabil hanya angguk
Sepi membelenggu..ehem kitorang taklah rapat sangat so faham2lah awkward mom tu memang sentiasa ada antara kami huhu

"Dahlah jom masuk kelas..nanti diorang risau pulak..yelah mana tau diorang fikir kau kena culik ke" kataku memecahkan suasana sunyi..nabil melepaskan tawa saat mendengar kata2 ku..kami berdua pun beriringan masuk ke dalam kelas..masuk sahaja semua jadi senyap..emm okay apa pulak yang aku buat kali ni? Mereka semua kini memandang aku dan nabil yang berjalan beriringan..

"Err aku duduk dulu ah." Kataku dan terus berjalan ke tempat duduk ku..nabil pula mengambil tempat di sebelah firdaus..dari jauh aku boleh lihat iffah memandangku tajam..aku mengeluh..

SCHOOL PRINCEWhere stories live. Discover now