#2: Penjahanam Plan

Start from the beginning
                                    

"Korang tau tak surat ni tulis apa? Aku tak faham la tulisan dia," pinta Melati.

Kertas itu beralih tangan.

"Aku tak tau la," kataku.

Kayu hanya menggeleng.

"Aku macam pernah tengok tulisan ni tapi aku tak reti nak baca," kata Big Onion.

"Mana kau dapat surat ni?" tanya Badrol.

"Ingat tak masa kau tengah menyanyi kat atas pentas tadi? Kan ada mamat Orc duduk dekat bar betul-betul kat sebelah aku tu. Surat ni terjatuh ―atau mungkin dia sengaja kasi jatuh― kat aku. Tu yang aku kutip," cerita Melati.

"Habis tu, kau baca surat orang ke?" tanyaku.

Melati serba-salah. "Takde la. Aku rasa macam ada benda tak kena. Tu je."

"Jap, jap, jap. Sebelum tu, boleh pergi ke Kedai Bunga Mak Abu dulu tak? Aku nak tau sangat pasal Har-De tu," pinta Kayu dengan bersungguh-sungguh.

"Amende pulak Kedai Bunga Mak Abu ni?" Melati keliru.

Big Onion bersuara, "Tadi ada lelaki kerdil ni kata, kalau nak tau pasal Har-De, datanglah kat kedai bunga tu. Malam ni jugak."

"Perlu ke?" tanya Melati.

"Dia nak tau sangat..." Aku menggerakkan kepala aku ke arah Kayu.

Kayu nampaknya teruja sangat. Memang dah tak boleh dibantu lagi dah. Akhirnya, kami pergi ke Kedai Bunga Mak Abu memandangkan Badrol ada nampak dan masih ingat kedudukan kedai itu semasa dia bersiar-siar tadi.

"Okey, aku dah bawak korang ke sini. Aku tak mau masuk campur, jadi aku..." Badrol berdiri di satu sudut untuk bersembunyi. "...tunggu korang kat sini."

"Aku pun," kata Melati, lalu dia ikut Badrol. "Tapi kalau semua okey, panggil jelah."

Aku mengeluh dan memandang Kayu dan Big Onion. "Okey, aku ikut korang la. Mana tau, ada perangkap ke apa, aku boleh tolong."

Kayu yang paling seronok sekali setelah aku kata begitu. Big Onion hanya mengikut. Tiba-tiba rasa ingin tahu dia tentang Har-De membuak-buak. Terus dia mengetuk pintu belakang kedai bersama dengan Kayu.

Tuk, tuk, tuk, tuk!

Kedengaran suara dari dalam bertanya, "Siapa?"

"Erm... ni kami, yang dekat Map-Ley tu," jawab Kayu.

Aku berjaga-jaga, melihat sekeliling. Senjata diacu, pisau belati pula sudah bersedia dalam genggaman. Mana tahu kalau ada serangan hendap.

"Oh, sekejap." Pintu dikuak sedikit. "Cepat masuk!" Dan pintu dikuak sedikit luas untuk kami masuk.

Aku memberikan signal kepada Melati dan Badrol dari jauh yang kami okey. Sebelum sempat aku tutup pintu, Melati tiba untuk turut menyertai kami.

"Aku rasa aku kena dengar penjelasan dia."

Aku cuma angguk sebelum menutup pintu. Sempat aku mengerling ke arah Badrol. Harap dia okey la duduk kat situ sampai kami selesai.

*    *    *

Kedai Bunga Mak Abu ni buat aku berasa sedikit tidak selesa. Kedai kecil milik orang kerdil atau Dwarf ini sedikit sempit buat bangsa Elf yang berbadan tinggi, barang-barang pula sedikit bersepah membuatkan aku tak habis-habis terlanggar barang yang ada di dalam ruang ini.

Hmm... tak apa la. Bukan selalu begini.

"Jadi, apa sebab Encik Halim nak kami buat semua tu?" tanya Melati.

"Sebab aku percaya pada korang semua. Aku boleh rasa yang korang boleh bebaskan Har-De," kata lelaki kerdil bernama Halim itu.

Aku mengeluh lagi, kali ini memikirkan risiko plan untuk membebaskan Har-De, yang kami tak tahu siapakah dia sebenarnya secara hujung pangkalnya.

"Aku rasa Badrol kena tahu pasal hal ni jugak la," cadang Big Onion.

Tanpa berkata apa, Melati terus berjalan ke pintu dan memanggil Badrol.

"Kenapa ni? Korang okey tak?" tanya Badrol setelah tiba di muka pintu.

"Masalah besar," kataku.

"Kenalkan, ni Encik Halim. Dia mintak tolong kita untuk bebaskan Har-De," kata Kayu.

"Banduan tu?"

"Bukan... bukan banduan. Dia sebenarnya perwira. Pejuang!" laung Encik Halim, semangat.

Aku mula bercerita, "Kononnya dia adalah orang kuat Sultan. Dan Sultan yang sebenarnya dah mati, yang memerintah sekarang ni adalah Lich. Dia dapat tahu hal ni dan dia cuba untuk melawan Lich tu."

"Lepas tu Har-De ditangkap dan akan dihukum bunuh lagi tiga hari di Melaka," tambah Big Onion. 

"Melaka?" Badrol terkerut. 

"Kau tak pernah dengar ke?" aku mencelah. "Melaka ni bandar besar tak jauh dari sini." 

"Oh... okey. Habis tu?" tanya Badrol.

"Dia mintak kita tolong bebaskan Har-De. Esok!" jelas Melati.

"Upahnya?"

"Diorang akan memihak kat kita, dan juga hulur bantuan," kataku.

"Tu je?"

"Tu je," kata Melati pula.

"Sekarang ni kita setuju ke nak tolong dia?" tanyaku untuk kepastian.

Semua berpandangan antara satu sama lain. Badrol dah buat muka jahat dia.

"Macam ni, kita setujukan je plan ni. Lepas tu, kita pi istana kat Melaka sana, bagitau kat Sultan pasal diorang nak memberontak. Aku rasa ganjaran yang Sultan bagi lagi banyak daripada upah yang diorang nak bagi kalau kita bagitau Sultan tentang benda ni," cadang Badrol.

Bila aku dengar istana je, aku dah nampak barang-barang yang bakal aku rembat nanti. Hmm... lumayan!

"Kau setuju tak, Rifa?"

Aku tersentak. "Ha... oh, setuju!" Memang tak fikir apa dah. 

"Kalau semua dah setuju, kita terima je plan Encik Halim tu."

Semua mengangguk.

"Ni kunci untuk korang masuk dalam penjara tu. Yang ni pulak peta." Kedua-dua barang tersebut dihulur dan Kayu menyimpannya ke dalam gulungan kain di pinggangnya. "Ingat! Esok pukul 1 tengahari, jumpa dengan pengawal yang bernama Roy. Dia adalah orang kami. Dia akan bantu kamu semua."

Aku mula berasa berbelah-bahagi. Kalau boleh, aku mahu mencuri barangan yang lebih berharga seperti barang di dalam istana, pasti kaya aku nanti. Tapi kalau betul Har-De tu memihak pada yang benar, apa yang kami buat nanti itu adalah salah. Masalahnya, aku sudah bersetuju untuk menjahanamkan plan tersebut.

Tapi kalau aku buat kedua-duanya sekali? Ah, aku tak cukup tenaga untuk buat sendirian!

"Rifa, jom la balik bilik! Dah lewat malam ni, esok banyak benda nak kena buat," ajak Melati.

Tanpa banyak cakap, aku berjalan pulang ke Map-Ley bersama mereka. Sepanjang malam aku payah nak tidur. Dan tahu-tahu saja, remang cahaya matahari pagi menembak tepat ke mata aku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now