one

12.4K 338 5
                                    

Jantung berdegup dua kali lebih laju dari selalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jantung berdegup dua kali lebih laju dari selalu. Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi begini. Tapi kali ini  kedengarannya lebih serius.

"What?! Macamana kamu boleh ikut suka hati kamu aje cakap anak saya menghidapi kanser?!" naik satu oktaf nada bicara ayah.

Aku terkedu. Kanser? Oh No! Ini bukan benda boleh bawa main.

Doktor Kogi menunduk. Mungkin rasa sedikit bersalah? Aku pun tak tahu.

"Maafkan saya tuan puan. Pihak kami masih dalam proses mengenal pasti masalah penyakit yang dihadapi Erina." kata Dr Kogi perlahan.

Aku diam membatu disana. Hujung baju digenggam kuat.

"So how can you say my daughter got cancer easily?!. Cancer is not something that can be taken for granted.  This thing should be taken seriously."

Hening terus suasana dalam bilik rawatan itu. Aku hanya menunduk, sedikit gerun dengan ayah. Ibu pula cuba tahan sabar dengan kenyataan doktor.

Dr. Kogi angkat kepala sebelum sambung bercakap.

"for that reason, we had to hold Erina for a while" mata pandang aku.

Aku telan air liur. Hold me? Maksudnya aku kena tahan kat sini?

"Kami terpaksa tahan dia untuk seketika. Ini bertujuan untuk memudahkan kami mengenal pasti penyakit yang dihadapi Erina. And one more thing, ini untuk mudahkan kami pantau dia. Kalau-kalau sakit dia datang semula, easy to us check her problem"

Angguk-angguk kepala ayah dan ibu mendengarnya. Aku? Telan air liur ajelah. Lutut dah bergetar habis. Takut.

"K...kena tahan? Erina kena tahan kat sini?" soalku kearah ayah.

Sini bermaksud hospital. Ya, sekarang kami berada dihospital. Gara-gara, penyakit yang tiba-tiba menyerang aku, kami terus bergegas masuk kedalam bilik kecemasan.

Anggukkan menjadi balasan. Telan air liur lagi. Kena tahan? Ini kali pertama aku kena tahan dekat hospital!

"Bila tu??" tanyaku penuh getaran. Dalam hati sudah berdoa semoga tidak secepat mungkin.

Dr. Kogi membuka mulut. Jantungku berdegup laju menunggu ayatnya. Haish, janganlah bikin jantung terkeluar.

"Hari ni. Petang ni boleh check in masuk dalam wad melur tingkat 4"

Mendengar itu, jantungku berhenti seketika. Belum mati, cuma terkedu. Secepat ini aku kena tahan? Aku tak sedia lagilah!

Aku pandang wajah ayah dan ibu. Mengharap agar mereka bela aku supaya tak payahlah suruh aku masuk wad. Tapi dilihat semula, hampa. Tatapanku tak membuahkan hasil.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Dalam hati sudah memberontak tak mahu, tapi aku kena terima. Demi kebaikan, aku harus ikut kata.

Di usia yang muda, aku menghadapi satu penyakit yang sejak dahulu lagi tak dapat dikesan doktor. Ini sudah tahun ke-6, satu nama penyakit pun tak dapat menamai penyakit yang aku hadapi sekarang. Sekarang aku dah masuk tahun 6 dan 5 bulan lagi nak UPSR.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now