"Lia tak nak Ian terus mengharapkan cinta Lia sebab Lia takkan mampu beri itu pada Ian sampai bila-bila pun. Cinta Lia pada suami Lia, Ian. Lia minta maaf.. Lia nak Ian bahagia, kahwin, ada isteri, ada anak.. Ada keluarga kecil Ian sendiri. Lia yakin ada wanita yang lagi layak bersama dengan Ian selain Lia. Ni.." jari telunjuknya ditunjuk tepat ke arah dada Tengku Ian.

"Hati Ian ini sedang menunggu pemilik yang sebenar dia.." tambah Kamelia lagi.

Tengku Ian mengangguk sambil tertawa perlahan.

"Ian minta maaf sebab Lia rasa tak selesa dengan Ian.. Betul apa Lia cakap tu, mungkin sudah tibanya untuk Ian move on." Rambut diraup ke belakang.

Hatinya hancur namun demi melihat kebahagiaan Kamelia, dia rela mengundur.

"Lia bukan tak selesa dengan Ian tapi Lia sayangkan Ian sebab itu Lia nak Ian bahagia sama macam Lia.. Lia taknak tengok Ian masih berharap pada Lia, Lia paham rasa sakit tu." Pujuk Kamelia lembut.

"Ian move on demi Lia ya?" Rayu Kamelia.

Tengku Ian lama mendiamkan diri sebelum mengangguk.

Satu tekad sudah diputuskan.

Dia harus teruskan hidup.

"Demi Lia, Ian move on. Sebab Ian sedar sesuatu hari ini," ujarnya.

Kamelia mengangkat kening.

"Apa yang Ian sedar?"

"Lia tak cantik pun untuk Ian kejarkan.. Ha ha ha," selorohnya yang mendatangkan cebikan dari Kamelia.

"Huh betul tu. Lia tak cantik pun jadi Ian kena teruskan hidup. Okay? Ramai lagi perempuan cantik yang setanding dengan Ian.. Lia doakan Ian jumpa kebahagiaan Ian. Aamiin," telapak tangan disapukan ke wajah.

"Aamiin," turut diaminkan oleh Tengku Ian.

"Tenang hati Lia dah, jom Ian masuk dalam semula. Nanti mama tercari-cari Ian pula," Pelawa Kamelia.

Tengku Ian mencarik senyuman pendek.

"Pergilah dulu, Ian nak duduk luar sekejap," sejurus anggukan diberikan, Kamelia melangkah pergi.

Tengku Ian menarik nafas dalam.

Ian, masa untuk kau move on. Desisnya perlahan.

Sakit namun itu kebenarannya.

KAMELIA menarik panjang bibir suaminya.

"Merajuk lagi ke abang ni?" Soal Kamelia dengan nada tidak puas hati.

Noah mengangguk sambil berpeluk tubuh.

"Ei mengadanya suami saya ni? Kan Lia dah terangkan tadi sebab kenapa Lia berbual dengan Ian dekat luar. Abang jangan cemburu sangat boleh," pipi Noah ditarik.

Noah menolak lembut tangan isterinya.

"Huh merajuk dengan sayang!" Wajahnya sengaja dipalingkan arah lain.

Kamelia menghembus nafas berat.

"Okay merajuklah sampai abang rasa abang taknak merajuk dengan Lia dah. Lia tidur dengan mama malam ni," baru sahaja Kamelia hendak melangkah pergi.

Noah terlebih dahulu menarik pinggang isterinya lalu ditolak ke atas katil. Tubuh isterinya dihempap.

"Sayang ini! Abang merajuk bukan nak layan.." rengeknya geram.

"Masalahnya merajuk awak tu macam budak-budak sangat encik suami.. Bukan Lia buat apa pun dengan Ian. Ish abang nak sangat merajuk, Lia bagi awak merajuk. Sudah Lia nak tidur dengan mama malam ni," ujarnya serius.

Noah ditolak ke sisi.

Sekali lagi pinggangnya ditarik.

Lalu dipaksa sekali lagi Kamelia baring di atas katil.

"Mana boleh sayang tidur dengan mama, habis papa macam mana? Sayang tidur je dengan abang eh.. Boleh kita bagi Cahaya dengan Adam, adik baru? Abang pun teringin nak ada anak nombor tiga.." pipi Kamelia dikucup sekilas.

Kamelia menggeleng.

"Tadi nak merajuk sangat.." sengaja dia mengejek Noah.

Noah tersengih.

"Hehe tak jadi dah, abang percaya sayang." Ujarnya sambil mengucup batang hidung Kamelia.

"Hmm," balas Kamelia sepatah.

Noah menjerit perlahan.

"So green light ke ni sayang?" Kamelia mengangguk lambat.

Baru sahaja Noah ingin mengucup bibirnya, Kamelia pantas menahan.

"Tidurkan Cahaya dengan Adam dulu," hendak atau tidak, dia terpaksa akur. Segera tubuhnya diangkat dari Kamelia.

Haih nasib sayang isteri.

***

Nak ending dah *lap hingus*

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now