“Ap... apa kau kata tadi?”
“Rash tu anak Uncle Am”. Terang Aydeel sekali lagi.
“Seriuslah? Kau jangan main - main!” Bentak Aydeen tak percaya. Mustahil lelaki tadi anak Uncle Am. Langsung tak ada rupa sama seperti Uncle Am kesayangan mereka dahulu.
Aydeel ketawa kecil.
“Lillahita’ala, Rash tu memang anak Uncle Am”. Kata Aydeel bersungguh. Lepas ni kalau adik kembarnya tak mahu percaya, dia tak boleh nak buat apa dah. Biarkan aje adiknya percaya sendiri.
Aydeen gigit bibir.
Bila masa Uncle Am ada anak sebaya Firash? Sungguh dia tak tahu pun!
“Kalau kau pelik sangat tentang kewujudan anak Uncle Am tu... nanti kau boleh pergi tanya dia sendiri. Sekarang ni bila kau nak masak paprik? Aku pun dah lama menunggu nak tengok kau beraksi”,
Aydeen tayang muka sombong.“Kau sibuk buat apa? Pergilah kacau Ayeen. Aku nak buat seorang”. Tutur Aydeen kasar.
Aydeel tersengih.
“Tak apa. Biarlah Ayeen luangkan masa dengan mama. Aku pula nak ganti balik masa - masa aku yang dah lebur tu bersama - sama kau”. Ujar Aydeel dalam nada memujuk.
Ada suatu rasa yang mencucuk tangkai hatinya. Rasa sayu.
Aydeen menghela nafas.
Malas dia mahu melayan rasa hatinya. Langsung tak penting. Telefon yang sudah lama terbiar di atas para di ambil lalu di buka cariannya. Terus kepala Aydeen terjenguk - jenguk mencari bahan - bahan yang tertera seperti mana blog yang dibukanya.
“Nak aku tolong ke?” Pelawa Aydeel.
Kasihan pula dia melihat Aydeen yang tertunduk - tunduk mencari kesemua bahan masakkan yang disimpan mama.
“Nak aku tolong tak?” Sekali lagi Aydeel menyoal.
Dia tahu Aydeen masih lagi berdiri megah sambil menjulang tinggi egonya. Tapi dia akan pastikan adik kembarnya belajar bila untuk menjinakkan ego. Lelaki tak selamanya harus menjulang ego.
“Aydeen Hyraz”, Kali ini nama Aydeen pula diseru.
Aydeen merengus.
“Yalah, tolong aku”. Tiada pilihan, Aydeen terpaksa juga jatuhkan ego yang dia pegang selama ini.
Aydeel tersengih lebar.
Tanpa bicara, lekas saja dia bangun dari kerusi seraya berlari membantu Aydeen. Lagipun, memang sudah lama mereka berdua bazirkan masa mengisi perkara yang mementingkan diri. Jadi apa salahnya kalau hari ini dia habiskan masa dengan adik kembarnya?
FIRASH tahan senyum tatkala melihat gelagat comel Ayeen dan mama kepada gadis itu. Memang serupa benar anak beranak. Wajah yang memerah sudah serupa. Muka rajuk itu nampak comel benar jika sekali tilik. Firash akui bahawa Aunty Reen memang awet muda. Tak nampak berusia sangat pun. Masih nampak seperti wanita yang berusia 20 - an. Padanlah Uncle Zaf berasa was - was tiap kali keluar bersama isterinya.
VOCÊ ESTÁ LENDO
DEEL & DEEN (B4)
Ficção AdolescenteAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...
Deel & Deen - 14
Começar do início