Walaupun dia tahu lelaki dihadapannya itu merupakan Putera Kedua, Mu XiChen, identiti itu sudah tidak lagi berguna. Ini kerana semua orang tahu Mu XiChen sudah mati dibunuh. Shi Xue kini terpaksa menjaga lelaki yang telah hilang ingatannya itu atas arahan Maharaja XiYue.

Hahh..

"Jangan risau. Saya suami awak. Nama awak Yu Shi Chen." sempat lagi Shi Xue bergurau. Nak buat macam mana, siapa suruh XiChen ada wajah yang lembut? Buat Shi Xue rasa nak menyakat putera itu.

"Ha?!" terkejut XiChen. Walaupun dia tak ingat apa-apa tapi dia yakin yang dia tak suka lelaki ke arah itu.

Shi Xue ketawa. "Saya bergurau. Jangan risau. Rehat la."

Akhirnya XiChen yang baru nak sembuh itu menjadi mangsa gurauan Shi Xue sepanjang hari. Perkara tersebut bakal menjadi rutin harian mereka kemudiannya. Nak buat macam mana, bila tinggal seorang diri dan tiba-tiba ada teman berbual, buat Shi Xue rasa nak menyakat dan membuli.

.
.
.
.
.

Yuan Di pulang ke kediamannya hari itu dengan wajah yang tidak ada sebarang ekspresi. Namun begitu orang di kediamannya sudah mula tersenyum dan berbual teruja.

"Lihat tu?! Tuan nampak gembira. Ada perkara baik terjadi ke?!" soal salah seorang pembantu rumah.

Lu Feng yang bersembunyi di sebalik tembok menjenguk ke arah Yuan Di. Gembira? Gembira?! Mana rupa gembira dia?! Mana?! Lu Feng cuma nampak lelaki dengan muka beku tak ada riak perasaan!

Sedang dia meninjau keadaan Yuan Di, Lu Feng tidak sedar akan kelibat yang dicarinya telah hilang dan kini berada di belakangnya.

"Lu Feng~" panggil Yuan Di dekat pada telinga Lu Feng. Dia sengaja menghembus nafasnya membuatkan bulu roma Lu Feng meremang.

Kaku dan keras terus badan Lu Feng. Sebolehnya, dia tak mahu menoleh ke belakang. Macam mana Yuan Di boleh berada di belakangnya?! Jangan tanya Lu Feng! Dia tak tahu! Apa yang dia pasti adalah Yuan Di berada di depannya sebelum ini dimana Lu Feng sibuk mengendap. Tapi lelaki itu sekelip mata hilang.

"Kalau rindu, cakap." tegur Yuan Di lantas dengan sekali saupan, dia mengangkat Lu Feng macam puteri dalam dakapannya.

Lu Feng kemudiannya dibawa meronda ke seluruh kawasan kediaman dalam keadaan yang memalukan begitu. Maharaja tak pernah cakap bila tempoh masa Lu Feng akan dibebaskan. Mungkin saja Maharaja sudah lupa. Tapi Yuan Di tak pernah ingatkan. Kalau boleh, biar selamanya Lu Feng dikurung dalam kediamannya.

Selamanya, disisi Yuan Di.

.
.
.
.
.

Ru Ruo melihat bandar yang terdiri dari gerai-gerai kecil. Tidak mewah macam bandar besar tapi Wilayah kecil ini juga turut mempunyai bandar.

"Ru Ruo, kesini." panggil Wen Chong.

Ru Ruo lantas melajukan langkah ke arah lelaki itu. Dibibirnya tersenyum penuh bahagia. Selepas semua orang di Istana Mingzhuo beredar, Ru Ruo telah mengikuti Wen Chong untuk pulang ke Wilayah tempat asalnya.

Walaupun Wen Chong enggan membawa Ru Ruo pada asalnya, setelah dipujuk rayu oleh perempuan itu, Wen Chong mengalah. Eh, salah. Bukan pujuk rayu. Wen Chong sebenarnya diugut.

"Ehehe.. Cantik tempat ni." puji Ru Ruo.

"Banyaklah kau punya cantik. Rumah setinggan." perli Wen Chong.

"Setinggan pun, asalkan bahagia dah cukup." balasnya.

Positif betul perempuan ni. Wen Chong tak pasti apa yang dia bahagia sangat. Wen Chong tak ada apa-apa untuk berikan pada perempuan yang sudah biasa hidup bak puteri itu. Dia cuma ada kasih sayang.

"Kasih sayang pun dah cukup." macam tahu apa yang Wen Chong fikir, Ru Ruo menyampuk.

"Perempuan pelik." kutuk Wen Chong.

Ru Ruo hanya tersenyum.

.
.
.
.

************************************

Author's note:

Hai readers, welcome the new book! Sambungan siri tiga alam dunia, buku yang ketiga!!!

Dengan ini, tamatlah kisah sampingan The Prince and The Dancer. Mereka adalah orang yang sama. Yup.

Tajuk ni adalah supaya Author dapat buat ayat terakhir tu. Ahahaha!! Buku ketiga akan menceritakan kisah Dunia Kegelapan pula!

Buku pertama - Dunia Manusia (Love Like Flowers)

Buku kedua - Dunia Kayangan (Lagenda Tiga Alam Dunia)

Buku ketiga - Dunia Kegelapan (The Demon Hunter)

Kisah di balik tabir buku keempat - (The Prince and The Dancer)

Yes, ini sebenarnya buku keempat. Lmao?! Author tak pandai mengira. Ahaha.. The End..

 The End

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now