"Akhirnya, istana berada di bawah taklukan aku! Ahaha!!" --- Zhou Feiyan.

Klak!

Zhou Feiyan menoleh ke arah pintu.

"Siapa?!"

"Zhou Feiyan, ini Bai Cheng." beritahu suara di luar.

"Huh! Masuk!" dengus perempuan itu.

Bai Cheng kemudiannya masuk ke dalam. Dia tersengih ke arah Zhou Feiyan.

"Jadi, XiYue terima tawaran untuk menyatukan Empayar Haoxia dan Empayar Fenghua?" soal Zhou Feiyan.

"Heh.. Dia tak peduli pun." Bai Cheng menggelengkan kepala.

"Dia dah terima bantuan dari Empayar Fenghua untuk dapatkan takhta. Kalau dia tak terima, dia tak tahu ke yang dia bakal mencetuskan perang? Tapi kalau perang berlaku pun, bukan aku kisah." Zhou Feiyan mencebik.

Bai Cheng masih tersengih. Dia mengusap dagunya sambil merenung ke arah Zhou Feiyan.

"Apa?!" marah Zhou Feiyan apabila dipandang lama-lama.

"Hmm.. Zhou Feiyan, kau ni boleh tahan cantik juga." puji Bai Cheng.

"Pergi mampus!" Zhou Feiyan lantas berpaling dan menghempas pintu biliknya. Bai Cheng ditinggalkan di ruang tamu kediamannya seorang diri.

.
.
.
.
.
.

"Uuu.. Waaa... Wannn... Daa.." suara tersekat-sekat dan serak itu kedengaran sangat sayu pada telinga.

"Jangan risau anakku, bonda akan keluarkan kamu dari sini tak lama lagi." ujarnya sambil cuba memasukkan jari ke celah palang besi. Ruang tersebut terlalu kecil untuk memasukkan tangannya.

"Uuu.. Daa.... Waa..." suara sayu itu kedengaran lagi.

Jarinya kemudian disentuh oleh tangan yang kurus kering seperti tulang. Hatinya bagai disiat-siat saat melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.

"Maharaja Mu, nasiblah kau dah mati! Kalau tidak, aku yang akan bunuh kau!" marahnya.

"Waaa... Waann.. uuu.." sesekali suara si anak menegur si ibu.

"Anak bonda, bawa bersabar ya. Tidak lama lagi." pujuk ibunya.

.
.
.
.
.
.

XiHua melihat sekelilingnya yang kotor dan berbau busuk. Penjara tersebut seperti kandang haiwan. Tangan dan kakinya digari dengan rantai besi. Penjaranya itu cuma menempatkan dia seorang. Lantai yang sejuk itu sedikit pun tidak membuatkan dia menggigil. XiHua lebih risaukan perkara lain.

Zhong Yi. Lelaki itu berada di penjara yang mana sekarang? Tahankah dia dengan keadaan sekeliling yang teruk sebegini? Bukan niat XiHua untuk mengheret Zhong Yi dalam situasi tersebut. Dia sendiri menyesal apabila ternampak Zhong Yi di Istana Utama. Rancangan XiHua sudah tunggang-langgang namun apa pun masih menuju ke pengakhiran yang dia mahu. Untuk itu, dia bersyukur.

Cuma dia tidak sangka akan Zhong Yi yang turut terlibat. Malang betul. Tidak pasal-pasal lelaki itu terpaksa menghadapi perkara yang perit seperti ini.

"Hahhh.." XiHua mengeluh.

"Berat betul tu. Risau?" soal satu suara.

XiHua mendongakkan sedikit wajahnya.

"Ru Ruo?"

"Hehe.. Macam mana rasa duduk dalam penjara? Seronok?"

"Diamlah."

"Jangan la marah. Nah."

Kling!

Satu kunci dicampak ke arah XiHua oleh Ru Ruo.

"Terima kasih."

XiHua kemudiannya cepat-cepat membuka rantai besi pada kaki dan tangannya. Setelah itu dia berjalan ke pintu yang mana sudah dibuka oleh Ru Ruo.

"Xiao Yi?" soal XiHua.

"Haish.. Menyusahkan betul. Sebab dia seorang, hancur rancangan kita." kutuk Ru Ruo sambil mengunci semul penjara yang suduh kosong tiada penghuni.

XiHua menyekeh kepala Ru Ruo dengan buku limanya.

"Apa kau cakap?!" XiHua menjeling Ru Ruo.

"Apa?! Betul la! Sebab dia seorang, hancur rancangan ni. Huh! Tapi jangan risau. Aku dah minta tiga badut tu selamatkan dia. Kau pergi la keluar dulu. XiYue sudah sediakan kuda untuk kau." beritahu Ru Ruo dengan nada tidak berpuas hati.

"Hm. Minta Xiao Yi untuk datang ke situ. Aku akan bawa dia keluar sekali." pinta XiHua.

"Dah agak. Aku dah pesan pada tiga badut tu sebelum aku datang lepaskan kau." Ru Ruo masih lagi dengan nada tidak berpuas hati.

XiHua ketawa kecil. "Ru Ruo, terima kasih."

"Shuh! Pergi, pergi! Jangan pernah kau kembali lagi ke sini! Nampak muka kau saja buat aku sakit hati!" lantas Ru Ruo menghalau XiHua.

Setelah itu, XiHua menyelinap keluar dan menuju ke tempat di mana XiYue sudah sediakan kuda untuknya. Sekarang dia cuma perlu menunggu Zhong Yi.

************************************

************************************

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora