.
.
.
.
.
.

Lama Zhong Yi tunggu XiHua untuk kembali namun batang hidung pun dah tak nampak. Tahulah Zhong Yi yang dia sekali lagi kena tipu dengan Putera Kelima. "XiHua penipu! Tak guna!" rungut Zhong Yi sambil membaling bantal yang dia capai dari entah mana.

Sambil dia melepas geram, beberapa orang perempuan masuk ke dalam bilik tetamu tersebut. Apabila mereka ternampak Zhong Yi, masing-masing terkejut. Pakaian yang dipakai mereka adalah baju orang gaji.

"Awak! Apa yang awak buat di sini?!" panggil salah seorang dari orang gaji istana itu.

Zhong Yi terdiam. Berkelip-kelip matanya. Dia tertangkap ke?

"Majlis dah mula! Cepat ke dapur untuk sediakan hidangan!" tangan Zhong Yi kemudiannya ditarik oleh orang gaji itu dan beramai-ramai, mereka menuju ke dapur istana.

Zhong Yi yang telah termasuk sekali di dalam sekumpulan orang suruhan istana itu terpaksa berpura-pura bekerja bersama mereka. Saat semua makanan telah dihidang di atas dulang, ketua orang gaji istana memanggil mereka untuk berkumpul.

"Dengar sini! Wakil dari empayar lain semua datang hari ni jadi kita perlu lakukan yang terbaik supaya Maharaja Mu tidak murka! Dulang ni akan dihantar oleh mereka yang saya pilih." beritahu ketua mereka dengan lantang supaya orang ramai itu boleh mendengar.

Setelah itu dia memilih perempuan-perempuan yang mempunyai wajah yang elok rupawan bagi mempersembahkan kepada khalayak umum. Dulang hidangan itu perlulah dibawa oleh mereka yang cantik supaya dapat menarik minat semua orang. Ini akan menaikkan lagi reputasi Maharaja Mu. Sudah tentu, Zhong Yi termasuk di dalam orang yang bakal menghantar dulang makanan ke dewan utama tempat majlis berlansung.

Sedang semua orang gaji sibuk berbincang, Zhong Yi pula sibuk memerhati keadaan sekeliling. Sedaya upaya dia mencari orang yang mencurigakan. Mana tahu makanan akan diracun. Zhong Yi cuma mahu berhati-hati. Dia tak mahu XiHua diracun oleh sesiapa.

"Apa yang awak lihat?" soal salah seorang orang gaji apabila perasan tingkah laku Zhong Yi yang pelik.

"Ahh.. Wain yang akan dihidang berada di mana?" soal Zhong Yi. Menurut apa yang dia dengar, racun akan diletakkan ke dalam salah satu wain ini.

"Di sana." orang gaji itu menunjukkan ke arah tempat dulang wain diletakkan.

"Terima kasih." Zhong Yi tersenyum.

"Sama-sama." orang gaji itu membalas senyumannya seperti tidak ada sebarang masalah dengan soalan tersebut.

Tiba saja masa bagi hidangan dihidangkan, ke semua orang gaji tadi dikumpulkan dan mereka membawa dulang makanan ke dewan utama. Saat itu, Zhong Yi turut beratur sekali membawa dulang makanan. Dia menundukkan wajahnya sedaya upaya bagi menyorok daripada sesiapa yang dia kenal.

Namun Zhong Yi sentiasa bernasib malang. Dia yang dilahirkan malang itu terpaksa membawa dulang makanan ke arah Maharaja Mu melalui giliran dia beratur. Dengan hati yang tidak rela, dia melangkah ke hadapan dan mula menghidang diatas meja santapan maharaja. Maharaja Mu sempat menjenguk wajah Zhong Yi yang asyik tertunduk itu. Entah kenapa dia rasa macam kenal dengan 'perempuan' itu..

Ah, tapi banyak saja perempuan cantik di istana. Maharaja Mu mungkin pernah melihat orang gaji itu saat dia membuat kerja di mana-mana? Mungkin.

Dari sebelah kanan Maharaja Mu, tempat Putera Mahkota dan Putera Kelima pula lain suasananya. XiHua yang memegang cawan ditangannya itu hampir saja memecahkan kaca. Kalau bukan kerana dia ingat yang dia berada di tempat umum, cawan itu sudah berkecai.

Siapa yang rancang?

Dalam fikiran XiHua, pelbagai macam situasi bermain bagai filem dan wayang rosak. Berulang kali dia cuba mentafsir apa yang bakal terjadi.

Kenapa Zhong Yi berada di sini? Kenapa dia yang menghidangkan makanan dan minuman Maharaja Mu?

"Huh.. Mana Mika tahu sama ada Maharaja akan mangkat atau tidak untuk Kita menaiki takhta? Tidak semestinya Maharaja perlu mangkat dahulu untuk Kita mendapatkan takhta. Jika Maharaja Mu turun takhta dengan sendirinya juga, Kita masih boleh menaiki takhta." balas XiYue.

"Ahahah!" Bai Cheng ketawa.

Duk! Bekas wain di atas meja XiHua terjatuh apabila tangan XiHua tertolak bekas tersebut. Air tanpa warna itu tumpah. XiYue menoleh ke sisinya. Putera Kelima turut sama menoleh ke arah XiYue.

"Ah, terima kasih kepada semua yang datang pada majlis hati lahir Beta." saat itu, suara Maharaja Mu memecah suasana majlis menyebabkan semua memberi perhatian padanya.

XiYue menoleh ke arah Maharaja namun XiHua masih memandang XiYue untuk beberapa saat sebelum berpaling memandang ke arah ayahandanya.

XiHua..

Tak sedap hati. Qing Qing yang berada disisi XiHua bagi menghidangkan makanan juga kelihatan gelisah semacam.

Apa yang berlaku? Tidak. Apa yang bakal berlaku adalah lebih tepat.

************************************

************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now