Apa yang XiHua buat selepas itu adalah siasat mengapa Zhou Feiyan jadikan Zhong Yi sebagai target dan kenapa Permaisuri Li JianSu dibunuh. Daripada dapatan bukti, semuanya menunjukkan ke arah bekas permaisuri Yi FengJi dan Putera Kedua. Tentang Zhou Feiyan pula.. tak ada apa-apa. Ya, tak ada apa-apa yang pelik tentang perempuan tu.

"Kalau tak ada apa yang pelik tentang dia, bukankah itu lebih meragukan?" komen Zhong Yi.

"Jangan la potong!" marah Ru Ruo sekali lagi dan Zhong Yi menjadi mangsa pukulnya buat kali kedua.

"Ah!" jerit Zhong Yi sambil menggosok pula pahanya yang malang. Kalau berterusan macam ni, alamatnya berbekas badannya dengan tapak tangan.

Putera Kelima tak berhenti di situ. Lagi normal Zhou Feiyan, lagi tak normal dia di mata Putera Kelima. Jadinya dia telah berjumpa dengan Chan Liu, sida tua yang telah bersara dari tugasnya di istana. Daripada situ, Putera Kelima dapat tahu sesuatu yang sangat mengejutkan. Tentang kisah cinta Maharaja Mu, Putera Pertama, Putera Kedua, Putera Mahkota dan Putera Keempat.

Paling mengejutkan adalah Putera Mahkota yang sebenarnya merupakan anak angkat Li JianSu. Putera XiYue sebenarnya tidak layak untuk takhta dan tanpa perlindungan Permaisuri Li JianSu, dia tidak punya sebarang kuasa. Dalam erti kata lain, sebab utama Permaisuri Li JianSu mencadangkan Putera XiYue menjadi Putera Mahkota adalah supaya dia boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran.

Selepas Putera Mahkota menjadi Maharaja dan menaiki takhta nanti, Permaisuri Li JianSu akan menjadi orang paling berkuasa. Putera XiYue tak lain dan tak bukan hanyalah patung yang dipergunakan dalam konspirasi perebutan kuasa dalam pentadbiran sebuah empayar. Namun Maharaja Mu tidak tahu perkara ini kerana dia terlalu percaya pada permaisurinya itu.

"Hm.. Kalau macam tu cuma tinggal Putera Kedua dan Putera Kelima saja yang layak untuk menaiki takhta." Zhong Yi menyuarakan konklusinya.

"Betul tu. Tolak Putera Pertama yang merupakan seorang penjenayah dalam tahanan kurungan dan Putera Keempat yang sudah tak ada lagi, cuma Putera Kedua dan Putera Kelima saja yang layak. Tapi.." Ru Ruo menambah.

"Putera Kedua tak boleh menaiki takhta sebab Permaisuri Yi FengJi telah dianggap sebagai pembelot pada Maharaja? Anak seorang pembelot, siapa yang nak sokong?" teka Zhong Yi.

Ru Ruo tersenyum. Boleh tahan bijak lelaki ni. "Betul tu. Konflik dalam istana sangat rumit. Kalau Mika nak selamat, lebih baik Mika belajar tentang perkara macam ni."

"Tapi masalah muncul apabila Putera Kelima tak berminat dengan takhta." teka Zhong Yi lagi. Dari gaya XiHua saja dia sudah kenal dan tahu lelaki bertopeng itu lebih suka bebas daripada menjadi seorang Maharaja.

"Ahahaha!!! Tepat sekali!!" Ru Ruo ketawa. Terhibur dengan lelaki cantik di hadapannya itu. Cantik, cantik pun ada bahaya juga.

"Semua orang mahu singkirkan Putera Kelima. Kalau Mika mahu bersama dengan Putera Kelima, Mika perlu bersedia hati dan nyawa." nasihat Ru Ruo selepas dia berhenti ketawa.

"Siapa cakap saya nak bersama dengan dia?" jeling Zhong Yi.

"Oh? Betul ke Mika tak mahu? Kalau begitu kenapa Mika masih belum tinggalkan istana ni? Kita tahu yang Mika sedar, Putera Kelima tak pernah kurung Mika. Bila-bila masa saja Mika boleh berjalan keluar dari sini." duga Ru Ruo.

Saat itu wajah Zhong Yi berubah membuatkan senyuman Ru Ruo semakin menawan.

"Xie Shaoye, Kita tak akan marah kalau Mika mahu bersama Putera Kelima. Silakan." beritahu Ru Ruo dengan yakin.

Zhong Yi masih mendiamkan diri. Beberapa saat kemudian dia bersuara, "Saya lelaki. Puteri Kelima, awak buta ke?"

Akhirnya ketawa Ru Ruo pecah. Perkataan yang dia nak dengar akhirnya keluar dari mulut Zhong Yi.

"Kita tahu! Kita tahu Mika lelaki! Ahahaha!!"

"Apa yang membuatkan awak ketawa?" Zhong Yi masih tak faham.

"Haish, Mika..Mika..Mika.. Tak sedar lagi." Ru Ruo menggelengkan kepalanya.

"Sedar? Tentang apa?" soal Zhong Yi. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan apa yang bakal Ru Ruo katakan selepas itu.

"Putera Kelima, sukakan lelaki!" ujar Ru Ruo.

Klak!

Seruling di tangan Zhong Yi terjatuh dan bergolek di atas pangkin. Senyuman Ru Ruo meleret.

"Sekarang.. Mika dah janji yang Mika akan ikut segala cakap Kita."

************************************

************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now