Tidak! Tak perlu fikir akibatnya.

Semua ini untuk dendam.

Tapi apa yang perlu dia lakukan bagi mencetus perang antara dua Empayar ini? Dia perlukan sesuatu..atau seseorang sebagai kambing hitam.

Jadi, siapa yang sesuai menjadi kambing hitam untuk mencetus perang?

Jika Empayar Fenghua berjaya menguasai Empayar Haoxia maka Empayar Fenghua bakal menjadi Empayar terbesar sekali dalam sejarah. Tanah besar Empayar Haoxia meliputi tiga Wilayah tidak termasuk Gunung Wu yang sejak dahulu dimiliki oleh Keluarga Pahlawan Huo.

Empayar Fenghua terdiri dari beberapa buah pulau dengan Pulau Yilong sebagai pusat bandaraya. Ini kerana Pulau Yilong merupakan pulau terbesar dan paling dekat dengan tanah besar. Bandar Shichuan pula berdekatan dengan laut, menjadi pusat perdagangan yang terkenal. Bandar ini adalah bandar neutral yang menghubungkan dua empayar, Haoxia dan Fenghua.

"Puan, apa tindakan kita yang seterusnya?" soal pembantu setia yang telah mengikutinya sejak dari Zhou Feiyan di Empayar Fenghua lagi.

"Hm.. Putera Kedua, Mu XiChen.. Kita rasa dia menyakitkan mata. Walaupun Kita selalu berbual dengan dia, dia tetap anak perempuan tak guna tu." balas Zhou Feiyan.

"Hapuskan dia? Baik, Puan." pembantu itu terus memahami maksud yang cuba disampaikan oleh wanita tersebut.

"Tapi macam mana nak cari kambing hitam yang sesuai? Hm.." Zhou Feiyan masih mencari akal.

"Duta perwakilan dari Empayar Fenghua akan datang sebulan lagi untuk lawatan setiap tahun. Puan boleh lakukan sesuatu pada waktu ni." ujar pembantunya, memberi idea.

"Oh, duta tu. Wen Bai Cheng. Kalau tak silap Kita, dia sangat sukakan kecantikan. Lelaki atau perempuan, dia mahukan semuanya." Zhou Feiyan mula tersenyum gembira.

Macam mana dia boleh lupa tentang perkara penting ni? Lawatan setahun sekali.

"Kita rasa Kita dah tahu apa yang patut Kita lakukan." dia memberitahu pembantunya.

"Baik, Puan." pembantunya lantas mengangguk.

"Oh, lagi satu." sebelum sempat pembantu tersebut keluar, dia terlebih dahulu menambah. "Mu XiLian, bagaimana dengan keadaan dia?"

"Puan mahu Mu XiLian dikeluarkan?" soal si pembantu.

"Belum. Belum tiba masanya lagi. Putera Pertama tak tahu apa-apa." dia menggeleng.

"Keadaan dia tak berapa baik. Lidahnya dipotong seseorang dan dia tidak diberikan makan atau minum yang cukup. Boleh kata macam rangka mayat. Bezanya dia masih hidup." jawab si pembantu.

Wajah Zhou Feiyan berubah saat mendengar perkara tersebut. "Oh." Cuma itu saja yang keluar dari mulutnya. Hatinya dikebalkan.

"Puan?" panggil pembantu yang telah dihiraukan oleh Zhou Feiyan.

"Puan?!" sekali lagi dia mencuba.

"Ah?" Zhou Feiyan tersedar dari lamunan.

"Ada.. apa-apa lagi yang Puan nak tahu?" dia menyoal.

Zhou Feiyan menggeleng. Pembantunya keluar selepas itu meninggalkan Zhou Feiyan seorang diri untuk menikmati air teh yang telah sejuk.

Mu XiLian.

Mangsa keadaan yang sangat menyedihkan. Apa yang diperlakukan oleh orang padanya terlalu kejam. Putera Pertama tak bersalah. Perkara yang berlaku lama dahulu bukan salahnya.

Cinta pertama Maharaja Mu.

Semuanya bermula kerana wanita itu. Bonda kepada Putera Pertama Mu XiLian.

Siapakah cinta pertama Maharaja Mu?

Dia wanita paling dibenci Yi FengJi. Dia wanita paling dicemburui oleh semua wanita dalam istana. Dia wanita bertuah. Dia isteri pertama Maharaja Mu.

Zhou Wei Yan.

Wanita itu telah mati dibunuh anak sendiri. Itu, menurut apa yang kebanyakan orang katakan.

Kisah sebenar? Cuma Zhou Feiyan yang tahu.

***********************************

Happy new year everyone!!!
Happy 2019!!!

Happy new year everyone!!!Happy 2019!!!

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.







Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu