Tapi..

Dia sedang ada masalah cinta ke? Dia nampak macam orang yang ada masalah cinta ke?

Dengan siapa pula dia bercinta?

Lian Qi memang sengaja nak malukan dia. Huh! Zhong Yi mendengus. Malas nak layan perempuan di Flower House ni. Semua yang mereka fikir cuma cinta, cinta, cinta. Kalau bukan cinta, duit. Tak ada benda lain kalau nak bergosip.

Tapi dia perasan, walaupun dia menafikan semua yang dikatakan oleh orang lain, dia sedar sikapnya yang berubah sejak seminggu lepas. Sehari dah berlalu sejak tu. Jadi kenapa lelaki bertopeng tu masih belum kembali?!

Zhong Yi mengetap bibirnya sebelum digigit dan dimain dengan gigi. Tanpa sedar dia dah genggam kain selimut dan diramas sampai kedut.

Zhong Yi mengubah posisi berbaring kepada mengiring.

"Rindu?" soal satu suara.

Zhong Yi terdiam. Sempat menelan liur sebelum matanya membuntang bulat. Terkejut. Hampir lucut jantung dia saat melihat XiHua yang sedang berbaring di sebelah. Bila lelaki ni muncul?!

Terus dia bangun dari berbaring tapi XiHua dengan pantas menarik tubuh Zhong Yi kembali ke atas katil. Dipaksanya lelaki itu untuk kembali berbaring di sisinya. Zhong Yi meronta.

"Shh.. Kalau Xiao Yi bising, nanti orang lain dengar." ujar XiHua.

Dia sebenarnya dah lama ada disitu cuma Zhong Yi yang tak perasan. Entah apa yang lelaki tu fikirkan pun XiHua tak pasti sampai tak perasan XiHua pecah masuk bilik dia melalui tingkap.

"Huh! Biar! Biar semua dengar! Arghh!!------" baru saja Zhong Yi nak menjerit tanda protes, XiHua menekup mulutnya dengan tangan sebelum menolak Zhong Yi supaya berada di bawahnya.

Zhong Yi sekali lagi terdiam. Kaku. Kenapa situasi ni macam pelik je? Hei, dia lelaki! Tak rela dia ditahan di bawah lelaki lain!

"Lepas!" Zhong Yi merenung XiHua tajam. Macam nak bunuh je lelaki bertopeng yang berada di atas tubuhnya saat itu.

"Shh.. Saya perlukan bantuan awak. Kalau awak setuju, saya akan lepaskan." terang XiHua.

Memang dia dalam masalah sekarang. Boleh kata masalah besar. Bila dia pulang dengan YiFan, XiHua sedar yang banyak orang dari Istana sedang meninjau di bandar untuk mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan Putera Kelima yang menghilangkan diri?

Jadi XiHua perlukan tempat untuk bersembunyi. Di mana lagi tempat sesuai kalau bukan dengan Zhong Yi? Tak ada siapa akan terfikir yang dia akan bersembunyi di dalam bilik Zhong Yi. Tempat paling selamat. Lagipun tak ada sesiapa tahu hubungan dia dengan Zhong Yi.

"Hmph!" Zhong Yi menggigit tapak tangan XiHua yang menekup mulutnya. Lantas XiHua menarik tangannya.

"Ganas." komen XiHua sambil tersenyum.

"Tepi!" Zhong Yi menolak tubuh XiHua ke tepi.

XiHua ketawa. Seronok melihat Zhong Yi yang kulit wajahnya bertukar merah padam macam sotong kena bakar.

"Kalau saya tak nak pun, awak tetap akan paksa saya tolong juga kan?" perli Zhong Yi sambil membetulkan pakaiannya.

"Hm. Bijak." XiHua mengangguk.

"Jadi, nak tolong apa?" soal Zhong Yi sambil menghela nafas lega. Rasa macam satu beban dari bahu dah hilang namun tak pasti apa beban tersebut.

"Sembunyikan saya dekat sini buat sementara waktu." beritahu XiHua.

"Oh? Kenapa? Jangan cakap awak dah bunuh seseorang lagi kali ni? Jadi pelarian ke?" perli Zhong Yi.

XiHua ketawa. "Mungkin." balasnya. Langsung tak sedar yang saat itu dia memang benar telah menjadi suspek utama pembunuhan Permaisuri Li JianSu. Disebabkan berita dari Istana telah disekat oleh Maharaja, XiHua masih belum tahu tentang keadaan sebenar.

"Huh.." Zhong Yi menoleh ke arah XiHua yang masih berbaring mengiring sambil menongkat pipi dengan sebelah tangannya di atas katil.

"Seminggu." sambung Zhong Yi sambil melarikan semula pandangan matanya.

"Seminggu?" XiHua bertanya, tak faham.

"Seminggu awak hilang." jawabnya.

"Rindu?" segaris senyum terbentuk pada wajah XiHua.

"Tolong la.." Zhong Yi memutarkan bebola matanya.

"Kalau rindu cakap." XiHua masih menyakat Zhong Yi. Dia bangun dari berbaring dan duduk di belakang Zhong Yi.

Tubuh Zhong Yi mengeras sekali lagi. Dia dapat rasa tangan XiHua yang melingkari tubuhnya dari belakang.

"Nah. Hadiah." ujar XiHua sambil memberikan sejambak bunga yang dikumpulnya bersama YiFan.

Zhong Yi menggigit bibir. Kenapa dia rasa macam dia dilayan sebagai perempuan? Hei!! Tapi dia ambil juga bunga yang diberikan oleh XiHua. Dari belakang, XiHua meletakkan dagunya pada bahu Zhong Yi.

"Suka?" soal XiHua.

Buk!

Perut XiHua disiku oleh Zhong Yi lantas lelaki itu bangun dan berjalan ke arah pintu. "Awak boleh duduk sini, tapi jangan buat masalah." pesan Zhong Yi sebelum keluar.

Dum! Pintu dihempas.

XiHua melihat pintu yang telah tertutup. Bibirnya menguntum senyuman manis. Senak perut disiku tadi agak terasa namun hilang selepas beberapa saat. Tapi boleh tahan kuat tenaga Zhong Yi yang hanya tahu berhias macam puteri? Hm?

***********************************

Author's note:

I'm sorry.. Author ada masalah sekarang ni jadi mungkin susah nak update chapter baru. I'm suffering from depression and anxiety.. I have to go to the hospital to see psychiatrist.. They said I need help. I don't even know what is wrong with me. Mungkin I'm just weird. Sorry membebel. Bye.

 Bye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now