"Lepaskan!" marah Zhong Yi.

Lelaki tadi tersenyum sinis. Dia melingkari tangannya pada pinggang Zhong Yi sebelum menarik lelaki itu dekat kepada tubuhnya. Baru saja dia mahu melakukan sesuatu, seseorang telah menarik bahunya dari belakang. Tubuh Zhong Yi yang berada di dalam pelukan terlepas. Membulat mata lelaki itu.

"Siapa?!" dia menoleh untuk melihat gerangan orang yang telah mengganggunya.

"XiHuan?!" Zhong Yi dapat merasakan jantungnya seolah-olah terhenti untuk sesaat. Dia merenung lelaki bertopeng yang telah menyelamatkannya itu.

"Kau ni siapa?!" lelaki yang mengganggu Zhong Yi itu berang.

XiHua pada awalnya datang untuk mencuba makanan di Flower House itu namun apabila dia ternampak akan Zhong Yi yang meronta dari dalam pelukan seorang lelaki, dia tahu dia perlu lakukan sesuatu. Dalam masa yang sama juga dia tahu dia tak patut masuk campur kerana dia perlu kekal merendah diri.

Identitinya saat itu merupakan sesuatu yang sangat sensitif. Apa yang dia harapkan adalah tak ada sesiapa yang perasan tentang apa yang bakal berlaku. XiHua mengeluh. Lelaki tadi diheret oleh XiHua keluar dari Flower House sehingga ke sebuah lorong kecil yang gelap sebelum memberikan 'pengajaran' kepadanya.

Setengah jam selepas itu, XiHua kembali semula ke Flower House. Kelihatan Zhong Yi sedang menantikan dirinya di hadapan pintu utama. Lelaki itu mundar mandir disitu. Apabila Zhong Yi perasan akan kehadiran XiHua, dia berlari mendapatkan lelaki bertopeng tersebut.

"XiHuan!" Zhong Yi memegang kedua belah lengan XiHua. Wajahnya berkerut, risau.

"Jangan risau. Tak ada apa yang berlaku." XiHua cuba meyakinkan Zhong Yi.

"Awak tak cederakan dia kan?" soal Zhong Yi.

"Hm? Awak risaukan saya atau risaukan lelaki tak guna tu?" duga XiHua.

"Apa ni, jawab la! Awak tak bunuh..dia kan?" Zhong Yi masih kelam kabut sambil menggoyangkan lengan XiHua ke kiri dan kanan.

XiHua: "........."

Melihat XiHua yang tidak memberikan sebarang reaksi, Zhong menggigit bibir bawahnya. Pandangan matanya tertunduk ke bawah. Seketika kemudian dia menyentuh bibirnya dengan jari seolah-olah sedang berfikir tentang sesuatu.

Kalau XiHua bunuh lelaki tadi hanya sebab salah faham yang kecil, Zhong Yi akan rasa bersalah. Sebenarnya, walaupun dia marah dilayan sebegitu oleh lelaki tadi, tapi dia tak adalah sampai nak lelaki tu mati. Semuanya salah dia kalau lelaki bertopeng tu jadi penjenayah.

Setiap perilaku Zhong Yi diperhatikan oleh XiHua. Dia perasan satu perkara yang amat menarik tentang lelaki di hadapannya itu. Saat dia merajuk atau susah hati, dia akan menggigit bibir bawahnya. Apabila dia marah atau tidak puas hati, dia akan mengemam bibirnya. Saat dia berfikir, dia akan menyentuh bibirnya.

XiHua tersenyum. Tangannya dihulur sebelum menyentuh pipi Zhong Yi dengan jarinya. Merasai akan sentuhan jari XiHua yang agak sejuk itu, Zhong Yi terkejut. Meremang bulu romanya sesaat. Seketika kemudian tubuhnya kaku sambil dia merenung lelaki bertopeng di hadapannya.

"Ke..kenapa?" tergagap-gagap dia membuka mulut untuk bersuara.

"Zhong Yi.." panggil XiHua.

Zhong Yi memandang XiHua dengan mata yang terkebil-kebil.

"Saya tak bunuh dia. Jangan risau." beritahu XiHua dengan senyuman kecil walaupun dia tahu Zhong Yi tak mungkin dapat melihatnya.

Mendengar perkara tersebut, Zhong Yi menghela nafas lega.

"Aaahhh...cakap la awal-awal." Zhong Yi menjuihkan bibirnya.

Tangannya yang sejak tadi memegang  lengan XiHua, terus dilepaskan. Zhong Yi berpaling sebelum berjalan masuk ke dalam. XiHua terkedu. Eh, dia kena tinggal?

Ehh???

Mana terima kasih???

Mana janji hero yang akan dapat kekasih bila selamatkan orang dalam kesusahan???

Ni kali kedua dia tolong Zhong Yi tanpa sebarang bayaran!!!

Tak kenang budi, XiHua akan pastikan lelaki tu tahu siapa yang berkuasa lepas ni! Hmph!

************************************

************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now