Setelah 10 tahun berlalu, kuasa yang dia kumpul boleh dikatakan lebih hebat dari Maharaja sendiri. Orang bawahan yang setia kepadanya lebih banyak dari apa yang difikirkan oleh semua orang. Ya, Mu XiHua yang sekarang merupakan individu paling berkuasa di kerajaan Haoxia.

Lebih berkuasa dari Maharaja. Cuma fakta ini tidak diketahui oleh ramai orang sahaja. Cuma orang setia milik XiHua sahaja yang tahu betapa gerun dan menakutkan sebenarnya Putera Kelima ni boleh jadi. Terutama sekali setiap bulan, pada setiap satu minggu sebelum masuk bulan yang baru.

Entah kenapa pada masa ni, Putera Kelima akan menjadi seorang yang sangat menakutkan. Salah sikit dan kepala orng yang mencari pasal dengannya akan berpisah dari badan. Disebabkan itu, pada kalendar setiap orang mereka akan membulatkan tarikh tersebut.

Jangan mencari pasal dengan Mu XiHua pada tarikh itu.

Kenapa? Haiyaa..lupa ke? XiHua yang asalnya perempuan. Dia masih belum boleh lari dari sindrom keperempuanan dia yang moody. Walaupun kini dia seorang putera, lebih spesifik, Putera Kelima, dia masih ada masa dia yang moody.

Wuuu..(menangis).

XiHua masih nak jadi perempuan. Nak pakai baju cantik. Nak pakai alat solek. Tapi dia tak boleh buat semua tu. Apa guna dia sekarang lahir dalam keluarga kaya, dapat sambung belajar tapi tak dapat hidup sebagai perempuan macam diri dia yang sebelum ni??

XiHua masih tak puas hati.

Manusia.

Bang!!!!

Pintu biliknya dihempas dengan kuat. Wen Chong yang sedang duduk bermalasan di dalam bilik Mu XiHua terkejut. Terus dia bangun dan berjalan ke ruang rehat yang dipisahkan oleh papan yang menjadi palang.

"Tuan XiHua? Tuan dari mana?" soal Wen Chong.

Sebab utama dia bermalasan di dalam bilik adalah kerana dia tidak berjaya menjumpai kelibat XiHua di dalam Istana Mingzhuo. Mencari XiHua di luar istana? Mustahil. Wen Chong tidak pernah menjejakkan kaki ke luar istana seorang diri tanpa arahan XiHua.

XiHua melibaskan lengan bajunya yang panjang. Dia mendengus kasar. Geram.

"Tuan?" panggil Wen Chong seraya menarik kerusi untuk XiHua duduk.

Gaya XiHua sangat elegan walaupun sedang marah. Topeng yang dipakai pada wajahnya dibuka dan dicampak ke tepi. Sempat topeng itu disambut oleh Wen Chong sebelum terjatuh ke atas lantai. Baju jubah luarnya yang sarat dengan perhiasan seperti mana layaknya seorang putera dibuka dan dilempar kepada Wen Chong.

Lelaki itu setia mengutip segala barang yang dicampak oleh XiHua ke arahnya. Akhirnya semua baju mewah seorang putera itu dibuka meninggalkan hanya baju nipis berwarna putih. Kain balutan pada wajah juga turut dibuka. XiHua duduk di atas kerusi dan menghela nafas lega.

Wen Chong tidak bersuara. Dia hanya melihat Putera Kelima di hadapannya itu dengan penuh kagum. Sejak dia diambil oleh XiHua sebagai anak angkat, dia dijaga dengan penuh kasih. Dia juga dijadikan sebagai anak muridnya. Wen Chong pada asalnya anak yatim piatu yang miskin.

Jadi dia sangat berterima kasih pada XiHua. Namun kini, setiap kali dia melihat XiHua jantungnya pasti akan berdegup kencang. Perasaannya bercelaru. Beza umur mereka hanya satu tahun. Mata Wen Chong memerhati XiHua yang kini sedang duduk sambil memejamkan mata di atas kerusi.

Wajah yang putih mulus, bibir yang merah seperti delima, bulu mata yang lebat...

Terlalu cantik untuk di gambarkan dengan kata-kata. Wen Chong tidak pernah jemu melihat wajah itu. Di seluruh kerajaan Haoxia, dia tahu cuma dia seorang saja yang mempunyai peluang untuk melihat wajah itu. Semua orang fikir Mu XiHua terlalu buruk sehingga perlu memakai topeng.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora