"Mesejnya yang terakhir?" jantung YiFan berdegup laju.

"Dewi Bunga telah menggunakan seluruh kuasanya untuk melarikan diri dari Dewa Laut Hitam. Dia berikan tenaganya yang terakhir kepada bayi yang dilahirkan lalu menghantar pesan kepada Kita sebelum hilang buat selamanya." tangisan Bunga Tulip makin kuat.

YiFan mengetap gigi menahan geram. Dewa Laut Hitam? Bagaimana dia boleh masuk ke dalam Dunia Kayangan tanpa dikesan oleh sesiapa?  Sama seperti apa yang berlaku kepada Dewa Fu Hann Li beberapa ratus ribu tahun yang lalu saat dia diserang.

Tapi..

YeHua melahirkan anak?!

"Anak.. Siapa?" soal YiFan.

"Anak Dewa. Anak Mika. Dewi sembunyikan dia di dunia manusia." jelas Bunga Tulip.

Saat ayat itu menyapa telinganya, YiFan hampir saja jatuh terduduk. Lama dia mendiamkan diri. Akhirnya dia mengeluh.

"Berapa lama masa di dunia manusia dah berlalu?" tanya YiFan.

"Kira-kira 20 tahun." balas Bunga Tulip. Kali ini air matanya sudah berhenti mengalir.

"Dewa, Dewa perlu membalas dendam untuk Dewi Bunga. Mika perlu hukum Dewa Laut Hitam! Dewi Bunga telah diseksa olehnya dengan sangat kejam!" rayu Bunga Tulip lagi.

"Siapa saja yang tahu hal ini?" potong YiFan.

Bunga Tulip menggeleng, menandakan tidak ada sesiapa yang mengetahui perkara tersebut kecuali mereka berdua.

YiFan tidak menjawab sebaliknya berpaling sebelum berlalu pergi. Tindakannya membuatkan Bunga Tulip terpinga-pinga. Mana taknya, dia ditinggalkan secara tiba-tiba. Entah apa yang Dewa itu fikirkan pun dia tak pasti.

Langkah kaki YiFan semakin laju menuju ke Istana Besar Kayangan. Dia mahu bertemu Tianzi. Saat dia menghadap pemerintah Dunia Kayangan itu, dia segera menyatakan hasratnya.

"Kenapa kamu nak ke sana?" soal Tianzi.

"......"

"Kamu tak mahu beritahu pada Kami?"

"......"

"Haish.. Pergi la. Gunakan Pintu Gerbang Selatan untuk turun ke Dunia Manusia."

YiFan mengangguk dan segera mengucapkan terima kasih. Tanpa berlengah lagi dia menuju ke Pintu Gerbang Selatan. Dari dalam poket baju, dia mengeluarkan seutas rantai yang berloketkan batu permata yang berbentuk seperti kelopak bunga.

"YeHua, jangan risau. Kita akan cari dan lindungi anak Mika dan Kita." bisik YiFan sebelum mengucup kelopak bunga tersebut.

Pintu Gerbang Selatan dibuka bagi memberi laluan kepada YiFan. Setelah itu dia turun ke Dunia Manusia.

Kelopak bunga pada rantai tadi mula bercahaya saat dia menjejakkan kaki ke tanah. Di Dunia Manusia kini adalah waktu malam. Bulan dan bintang kelihatan menghiasi langit. YiFan mencari arah yang perlu dituju olehnya.

"YeHua, bantu Kita." bisik YiFan lagi.

Kelopak bunga yang masih lagi bercahaya kini terapung di udara dan menunjukkan kepada satu arah. YiFan menghela nafas lega. Rantai tadi kemudiannya disimpan semula ke dalam poket bajunya.

Kelopak bunga pada rantai tersebut merupakan hadiah YeHua kepadanya satu ketika dahulu. Ianya adalah sebahagian daripada YeHua, sebagai bukti yang YeHua adalah miliknya. Jika benar YeHua dan dirinya mempunyai anak, kelopak bunga itu pasti akan dapat mengenali anaknya yang mana satu.

20 tahun.

Anaknya kini barangkali berumur 20 tahun dunia manusia.

Kaki YiFan berhenti melangkah.

Apa yang perlu dia katakan pada anaknya itu?

"Kita adalah ayah Mika. Mari pulang ke Kayangan?"

Hah..

Mengarut.

Anaknya membesar selama 20 tahun tanpa mengenali ibu bapanya yang sebenar.

Akhirnya YiFan membuat keputusan untuk melihat dari jauh. Dia akan melindungi anaknya jika dia berada dalam bahaya tetapi secara diam.

Belum masanya.

Belum.

Suatu hari nanti, mungkin.

Mungkin dia akan berterus terang.

Sebuah bangunan yang tersergam indah berada di hadapannya. Nampak gaya anaknya itu dijaga oleh orang yang berada. YiFan menghela nafas lega. Bangunan tersebut nampak elok namun YiFan tidak pasti tempat apa. Ramai orang keluar masuk tidak kira siang atau malam.

Sejak itu dia sentiasa berada dekat dengan anaknya. Walau di mana anaknya berada, YiFan juga pasti akan ikut. Anaknya itu mungkin tidak mengetahui akan kewujudan YiFan, tetapi dia tidak kisah. Asalkan anaknya itu selamat.

Satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh YeHua buat dirinya.




************************************

Author's note:

Author cuba lukis rupa Dewi Bunga dalam bayangan Author. Haha.. Lebih kurang la.. Jadi la tu.. Maaf la Author tak pandai sangat lukis realistik ni..

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu