Bab 15 : If You Ever Need Me

ابدأ من البداية
                                    

Abang Fendy is always to the rescue.

Affendy tersenyum senang apabila melihat Hana mula melangkah kaki ke arah keretanya. Apabila Hana sudah selamat masuk ke tempat duduk penumpang, Affendy memusing steringnya dan menekan minyak lalu terus memotong kereta Ilham yang masih tercegat di tempat yang sama. Ilham menekan hon panjang untuk menunjukkan bahawa dia tidak puas hati tetapi Affendy buat tidak peduli sahaja.

Dia tidak pernah memaksa Hana untuk masuk ke dalam keretanya. Jika Hana lebih memilih untuk pergi bersamanya berbanding bersama Ilham, itu hak Hana. Ilham tidak boleh mempertikaikan hak itu.

"Habislah... habislah esok...." gumam Hana tidak henti-henti dari tadi. Pelik Affendy jadinya. Habislah apa?

"Hana jampi serapah apa ni? Tak habis-habis lagi dari tadi. Mandrem abang ke?" tanya Affendy untuk bergurau.

"Apa mandrem-mandrem?" Hana menjeling tajam. "Saya tengah risaulah... esok mesti orang pejabat bergosip!"

"Gosip? Gosip apa?"

"Gosip yang saya naik kereta abanglah!" ujar Hana dengan nada yang risau. "Masalahnya, kalau saya naik kereta Ilham tadi pun sama je kena gosip jugak. Hish, peninglah! Yang Ilham ni pun satu! Pergi tekan hon panjang tu dah kenapa? Kan semua orang dah tengok tadi!"

"Diorang kat pejabat tu memang suka bergosip ke?" Kini nada suara Affendy sudah berubah tegas. Wajahnya pula kelihatan serius sahaja.

"Tak adalah selalu... dan tak semua macam tu pun. Cuma ada la seorang dua orang yang memang suka stick their nose everywhere. Menyampah betul...!"

Hana ingat lagi ketika pertama kali dia ke pejabat bersama Affendy dahulu. Faezah beria-ria bertanya kemana dia dan Affendy pergi pagi itu sehingga masuk lewat ke pejabat. Apabila Hana tidak mahu menjawab, Faezah mengeluarkan kata-kata seperti; "Kalau nak chambering tu, buat cara nak chambering. Jangan sibuk dan mengorat master sendiri pulak!"

Sehingga sekarang dia masih ingat kata-kata Faezah terhadapnya tau!

"Kalau ada yang bergosip tentang awak, report terus pada abang. Jangan simpan-simpan, okey?" pesan Affendy. "Abang tak suka pekerja yang sibuk bergosip ni. Macamlah kerja sendiri tak cukup banyak lagi. Tengok belakang tu...." Affendy menjeling ke arah tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakangnya. Hana pula terus berpaling untuk melihat. "Itu semua kerja-kerja yang abang bawak balik setiap hari. It's a never ending job. Tak faham abang bila diorang ni sempat lagi nak bergosip tentang orang...."

Terlopong Hana melihat kotak-kotak dan beg di tempat duduk belakang yang penuh dengan kertas yang bertimbun-timbun. Dia pun ada juga membawa pulang kerja-kerja yang belum siap ke rumah, tetapi tidak pernah sebanyak lelaki itu.

"You're a workaholic!"

Affendy tersenyum sumbing. "Because I have nothing to lose."

"Habis tu, setiap hari tidur pukul berapa kalau kerja dah banyak macam ni?"

"Dua atau tiga pagi. Kadang-kadang tak tidur." Affendy menjawab selamba.

Mata Hana membuntang. Tak tidur! "Abang ni vampire ke? Tak tidur malam?"

Affendy tergelak besar. Dia berpaling sekilas memandang Hana sebelum kembali fokus dengan pemanduannya di atas jalan raya yang basah. "How did you know? Have I bitten your neck yet?" tanya Affendy nakal.

Merah pipi Hana mendengar pertanyaan Affendy yang berbaur nakal itu. Apabila dia mendengar Affendy ketawa besar, Hana menjeling geram.

"Eh. Kita nak pergi mana ni?" tanya Hana apabila dia menyedari Affendy telah masuk ke lebuhraya lain yang bukannya menghala ke arah rumahnya.

"Kenapa? Dah takut dengan vampire ni dah?" Affendy masih galak mengusik Hana.

"Eleh, tak takutlah!" balas Hana berani.

Affendy tergelak lagi. "Kita pergi makan dulu. Nanti baru abang hantar awak balik."

Suasana kembali senyap antara mereka berdua apabila tiada siapa membuka topik bicara. Ruang kereta itu hanya ditemani dengan celoteh DJ radio yang tidak henti-henti menemani pendengarnya dalam cuaca hujan dan tersekat di atas jalan raya ini.

"Macam mana abang boleh ingat saya eh?" Tiba-tiba sahaja Hana bertanya memecah kesunyian. "Sedangkan saya langsung tak ingat abang."

"Ingat tak masa kita jumpa dekat airport dulu? Kita naik flight yang sama and we bumped into each other on our way out."

Hana mengangguk. Dia masih ingat lagi peristiwa itu.

"Masa tu abang dah rasa lain macam. Rasa macam kita pernah jumpa. When Anne introduced us and you said your name was Hana Dahlia, I was shocked. Tapi abang masih tak percaya awak ni 'Hana Dahlia' yang abang pernah selamatkan dulu. Abang ingatkan nama je yang kebetulan sama."

Hana mengangguk-angguk lagi mendengar cerita Affendy.

"Tapi... bila kita pergi fitting baju pengantin dan baju awak, masa tu abang yakin awak ni 'Hana Dahlia' yang abang pernah selamatkan dulu."

"Kenapa? Macam mana boleh yakin?" tanya Hana tidak sabar-sabar.

"Sebab abang nampak rantai yang awak pakai masa tu." Wajah Hana dipandang sekilas. "Rantai yang abang pernah bagi dekat awak dulu."

Hana memegang rantai yang masih dipakai hingga kini. Rantai emas putih yang loketnya berbentuk bunga berwarna putih dan tengahnya ada sebutir permata berwarna merah jambu.

"Hanya sebab rantai ni? Kalau orang lain pun ada rantai yang sama macam ni jugak?"

"That's not possible." Affendy senyum penuh makna. "Because I designed the necklace myself. So, there's only one in this world."

Hana terlopong. Biar betul dia ni....

"And now it belongs to you, Hana."

***

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

***

Saya harap dengan update ni dapat ceriakan malam anda! Like and comment sikit untuk #HanaFendy 💕

Cinta Jangan Pergi ☑حيث تعيش القصص. اكتشف الآن