• Bab 79

3.6K 189 15
                                    

A U T H O R
1 W E E K L A T E R



    Selepas seminggu, Asya dibenarkan untuk pulang ke rumah. Namun, tubuh badannya masih lagi lemah dan tidak terbiasa untuk bergerak. Jadi, Asya perlu mengguna kan kerusi roda untuk sementara dan perlu melakukan terapi. Mungkin sebab terlalu lama terlantar di atas katil. Fikri membawa Asya pulang ke rumah. Dia menolak masuk kerusi roda ke dalam rumah itu.




“ Wah, dah lama saya tak balik rumah. Rindunya. ”





“ Saya pun rindu. ”





“ Fisya, ni rumah Fisya tau. Mulai hari ini, kita bertiga akan bina memori-memori indah kat sini. ” ucap Asya kepada Fisya yang ada di gendongan nya. Fikri memberhenti kerusi roda itu dan melutut di depan Asya. Dia menggapai tangan Asya dan mengenggam nya dengan sangat erat. Dia tengok Fisya dengan sebuah senyuman manis.





“ Betul cakap ibu Fisya tu. Tapi, kita tak boleh nak tinggal sini lagi untuk sementara. Rumah ni penuh dengan habuk sebab dah lama tak balik kan. Jadi, nak kena bersihkan dulu. Sebab kalau tak nanti Fisya tak tahan dengan habuk pula. Awak pun alergik habuk juga kan ? ” ucap Fikri dan bangun berdiri. Asya mengangguk tanda memahami.






“ Oh yeke ? Herm, tak apalah. Kita tinggal rumah mak dulu untuk sementara. Nanti bila dah bersih sepenuhnya kita tinggal sini semula. Nanti, kita sama-sama bersihkan ya ? Oh yelah, saya nak ambil sesuatu dalam bilik. ” ucap Asya dan cuba untuk berdiri. Fikri dengan laju memegang bahu Asya sebab takut dia akan jatuh. Yelah, kaki Asya bukan nya kuat sangat.




“ Saya tolong. ”





       Perlahan-lahan, Fikri membantu Asya menaiki tangga rumah itu dan mereka berdua memasuki bilik utama. Asya membaringkan Fisya di atas katil. Fikri duduk di atas katil dan melihat Fisya dengan sengihan. Asya berjalan ke arah almari dan mengambil sebuah kotak yang di bawah timbunan baju. Kemudian, dia kembali duduk di atas katil. Asya berikan kotak kecil berwarna hitam tu kepada Fikri.






“ Apa ni ? ”




“ Bukalah. Untuk awak. ”





         Asya tersenyum lebar. Fikri yang terpinga-pinga tu membuka kotak itu. Kelihatan satu jam tangan berjenama Guess di dalamnya. Fikri pandang jam dan Asya tu berulang kali. Asya tertawa kecil dengan reaksi Fikri. Asya ambil semula kotak jam itu dan keluarkan jam yang ada di dalamnya. Kotak itu diletekkan ke tepi. Asya tarik tangan Fikri dan pakaikan jam itu ke pergelangan tangannya. Fikri pandang Asya.






 Fikri pandang Asya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Manager [JJK]Where stories live. Discover now