• Bab 37

3.5K 278 13
                                    

      Aku kuatkan diri untuk berdiri semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Aku kuatkan diri untuk berdiri semula. Airmata yang berbaki, aku kesat dengan lengan baju. Aku tak nak lah Yoongi nampak aku sedang menangis. Nanti dia tahu, kalau aku sudah mengetahui rahsia sebenar dia. Tapi, aku tetap takut untuk berdepan dengannya. Aku takut kalau aku menangis di depan dia. Patutlah muka dia selalu pucat semacam. Rupanya, menahan sakit yang seberat tu. Kenapa Yoongi, kenapa awak rahsiakannya ?








“ Dah lah, aku nak sambung tidur. Bye ! Eh, Lieya ? Awak dah bangun. Awal betul awak bangun ? ” ucap Jin yang ternampak aku semasa dia ingin ke tangga. Aku hanya memberikan senyuman kepada Jin. Harap-harap dia tak perasan lah mata aku yang sembab sebab menangis tadi.






Heheh, saya haus.






       Jin mengangguk tanda faham dan berlalu pergi ke tingkat atas. Aku berjalan melepasi Yoongi dan mendekati peti sejuk. Aku mengeluarkan air kotak strawberry yang semalam aku beli dan minumnya. Suasana menjadi senyap sahaja di antara aku dan dia. Aku sedaya upaya untuk tidak bertentang mata dengannya. Bahaya kalau buat eye contact nanti. Yoongi mendekati aku dan berdiri di sebelah aku.







“ Lieya awak okay ? Mata awak..sembab. ”







Nan gwaenchanayo.







     Aku membuang air kotak yang sudah kosong itu ke dalam tong sampah. Tanpa berkata apa-apa dengan Yoongi, aku terus berjalan keluar dari bahagian dapur ini. Sebenarnya, sebelum aku dapat tahu pasal penyakit dia..aku ada banyak benda nak berbual dengan dia. Tapi, bila dah tahu aku jadi buntu untuk bercakap. Tiba-tiba, lengan aku di tarik oleh Yoongi. Aku berhenti dan memandang dia.






“ Awak ni, sebenarnya tak okay kan ? Mata awak sembab dan berair. Ada apa-apa yang berlaku ke ? Beritahu lah saya, janganlah diam macam ni. Saya..risau tahu tak ? ” ucap Yoongi dan melepaskan lengan. Jelas di wajah dia kalau dia risaukan aku. Apa ni Yoongi ? Sepatutnya, aku yang risaukan kau sekarang ni. Airmata bertakung sekali lagi di tubir mata. Jangan tumpah !






Saya okay, mata saya..masuk pasir.






“ Awak tipu saya, Lieya. Saya boleh baca riak muka awak kalau awak sedang menipu saya. Kenapa ? Awak dengar perbualan saya dengan Jin hyung ke tadi ? Sebab itu ke, awak menangis ? ” tanya Yoongi dan menunjukkan riak muka sayu. Tanpa sengaja, setitis airmata aku mengalir di pipi. Namun dengan pantas aku nenyeka airmata aku daripada terus mengalir.






Taklah, mana ada saya dengar. Saya baru sahaja sampai dapur tadi. Maaflah, saya nak pergi solat. Janganlah risau, saya okay sahaja. Saya naik atas dulu. ” ucap aku dengan senyuman dan terus berlari menaiki tingkat atas. Aku dah tak tahan, aku nak nangis. Sempat juga aku dengar helaan nafas yang berat dari mulut Yoongi.







My Manager [JJK]Where stories live. Discover now