• Bab 53

3.4K 229 19
                                    

2 Y E A R S
   L A T E R

F I K R I

   

    Aku membuka kedua mata perlahan-lahan apabila cahaya matahari menerangi bilik tidur ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Aku membuka kedua mata perlahan-lahan apabila cahaya matahari menerangi bilik tidur ini. Aku melihat sang isteri yang sedang nyenyak tidur di sebelah aku. Sudah setahun aku menjadi suaminya. Isteri aku nama dia Nur Alisya. Perkenalan aku dengan dia sangatlah panjang. Boleh dikatakan ianya kenangan yang aku tak akan lupakan. Tangan aku menggapai pipi nya dan usap perlahan.



“ Erm ? Awak dah bangun ? ”



“ Ya. Bangunlah, dah pagi ni sayang. Nyenyak betul awak tidur kan ? ” ucap aku dan mencium lembut dahinya. Aduhai, kenapa lah awak cantik sangat Asya ? Tengok awak baring di sebelah saya macam ni, buatkan saya tak percaya yang kita dah  dua tahun bergelar suami dan isteri. Asya bangun dan bersandar di birai katil.




“ Herm, awak tu yang patut bangun. Hari ni, awak akan bekerja dengan appa kan ? Lebih baik awak bangun dan mandi. Nanti kalau lambat, appa cakap apa pula. ” ucap Asya. Aku bangun dari baring aku dan menarik dia ke dalam pelukan aku. Aku menggelengkan kepala dan mencium lehernya yang sedikit terdedah.



“ Tak apalah lambat sikit. Saya tak puas nak bermanja dengan awak. Alah, ayah awak faham punya. ” ucap aku dengan manjanya. Asya tertawa dan melepaskan pelukan aku. Dia mencubit lembut batang hidung aku dan memberikan senyuman manis kepada aku. Aduhai, hati aku lemah tengok isteri aku ni.



“ Jangan nak mengada lah. Balik nanti kita jumpa juga kan ? Dah, pergi mandi. Saya siapkan pakaian awak dan sarapan untuk awak. Jangan nak lama-lama dalam bilik air tu. ” ucap Asya dan mengusap lembut kepala aku. Aku tersengih dan kucup bibir dia sekilas. Kemudian, pergi masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Asya pula menyediakan pakaian untuk aku.




      Selepas siap mandi, aku keluar dari bilik air dan terus memakai pakaian sut berwarna hitam. Hari ni, hari pertama aku bekerja di syarikat ayah mertua aku. Ayah aku yang menawarkan aku untuk bekerja di syarikatnya. Selama ni, aku bekerja dengan syarikat appa. Tapi, appa dan omma aku sekarang sedang bercuti di luar negara. Aku melihat diri aku di hadapan cermin. Siapa sangka, diri aku yang digelar idol k-pop ini dah berusia 27 tahun ?



“ Sayang, mari sini saya pakaikan tali leher awak tu. ” 




“ Terima kasih sayang. Hurm, bau awak tetap wangi walaupun awak belum mandi. Saya suka sangat bau awak, sayang. ” ucap aku dan menarik pinganggnya supaya dekat dengan aku. Dia hanya tersenyum dan menggeleng kecil. Dia sedang fokus memakaikan tali leher aku. Selepas siap, dia mendongak pandang aku.




“ Dah siap. Alah, awak tu perli saya kan ? Mentang-mentang dia dah mandi. Lepas tengok awak pergi kerja, saya mandilah nanti. Dah saya nak turun siapkan sarapan awak. Sikat elok-elok rambut tu. ” ucap Asya dan mengundur dari aku. Kemudian, dia keluar dari bilik itu. Aku kembali memandang cermin dan menyiapkan rambut aku.




My Manager [JJK]Where stories live. Discover now