2 | s e c r e t l o v e

7.9K 568 41
                                    

—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

Selepas dua jam perjalanan, kereta Audi hitam tu tiba di depan sebuah banglo dua tingkat yang berada di Shah Alam. Kereta tu masuk ke ruang depan banglo dan enjin kereta dimatikan. Puan Aisyah melihat cermin pantulan dan tengok Asya yang sedang lena tidur. Puan Aisyah menoleh ke belakang.


“Asya sayang, bangunlah. Kita dah sampai ni.”

Eung, okay.”

Asya buka matanya dan tengok rumah tu dengan senyuman kecil. Dah lama dia tak balik, jadi dia rindu sangat dengan rumah tu. Asya keluar dari kereta dan meregangkan otot tangannya. Apa yang ada di fikiran gadis tu adalah katil. Dia memang nak tidur je sekarang ni. Asya masuk dalam rumah dengan beg bagasinya. Dia berlari duduk di sofa. Bau alovera melekat di hidung. Rindunya!

“Bukan main penat lagi anak appa sorang ni? Kamu tak cukup tidur ke kat semalam?” tanya Tuan Sulaiman. Ayah kepada Asya yang berketurunan Korea. Tuan Sulaiman meletakkan kunci kereta di kotak kunci yang ada di dinding. Asya duduk tegak dan tertawa kecil

“Hehehe, semalam Asya overnight dengan kawan-kawan. Tidur pukul 2 pagi. Tu yang mengantuk lagi ni. Tadi pun, masa kelas petang banyak kali Asya tahan mata daripada tertutup.” ucap Asya dan menguap. Tangannya pantas menutup mulutnya. Puan Aisyah yang nampak tu menggeleng kepala.

“Baguslah tu. Kenapa tak payah tidur je terus ? Hesh anak dara ni, pergi sembahyang sana dulu. Dah nak maghrib. Pergi mandi lepastu sembahyang.” ucap Puan Aisyah. Asya melihat jam di tangannya. Yelah dah pukul 7.00 malam. Dah nak masuk waktu maghrib. Asya terus bangun dari duduk dan ambil beg bagasinya.

“Okay, baiklah~”

Pintu bilik dibuka perlahan. Asya tengok sekeliling biliknya dengan senyuman. Suasana dan bentuk biliknya masih sama. Tak ada yang berubah. Cuma berhabuk dan agak kotor sikit sebab ditinggal lama. Asya masuk ke dalam bilik dan tolak ke tepi beg bagasinya. Tuan Sulaiman yang nampak Asya memandang kesana kesini tu tersenyum.

“Kenapa? Kamu rindu dengan bilik kamu?”

“Mestilah appa. Ini kan rumah, Asya. Bilik, Asya.”

“Herm, yelah. Nanti sapu sikit bilik kamu. Kami nak bersihkan bilik kamu, tapi takut pula kami rosakkan barang kamu. Jadi, kamu kemas lah sendiri. Okay?” ucap Tuan Sulaiman. Asya menganggukkan kepala. Asya memang sensitif sikit kalau berkenaan dengan barang atau bilik dia.

“Baik, appa.”

Asya terus mencabut shawl putih yang ada di kepalanya dan menyangkut nya di dinding. Lepastu, dia terus kemas bilik dan memasuk kan pakaian di beg bagasi nya ke dalam almari. Kemudian, dia pergi mandi dan ambil air wudhuk. Bersiap-siap untuk sembahyang maghrib. Masuk sahaja waktu, Asya terus menunaikan solat.

My Manager [JJK]Where stories live. Discover now