• Bab 48

3.1K 276 18
                                    

“ Dengan syarat, kamu tak boleh tinggal bersama dengan omma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Dengan syarat, kamu tak boleh tinggal bersama dengan omma. Tinggallah di rumah yang satu lagi. Perkahwinan kamu, omma akan uruskan semuanya. Haih, omma dah malas nak bergaduh mulut dengan kamu. Membuang masa sahaja. ” ucap Puan Kim dan meleraikan pelukan itu. Puan Kim memandang V dan hanya menjeling. V mengesat airmata nya dan memberikan senyuman pada ibunya.




Arasseoyo.




      Puan Kim terus memasuki kereta nya bersama dengan lelaki kot hitam itu. Kereta hitam itu berlalu pergi meninggalkan V dan Fei. V melihat Fei dan terus memeluk tubuh Fei dengan erat. Gadis itu mula menangis teresak-esak di dada bidang milik V. Akhirnya, segala rahsia telah terungkai. Bukan tu sahaja, mereka berdua berjaya dapat persetujuan Puan Kim. Selepas beberapa minit, V meleraikan pelukan dan mengesat airmata di pipi Fei.




“ Dah lah tu, jangan menangis lagi. Saya tak suka lah tengok bakal isteri saya nangis macam ni. ” ucap V dan mengusap pipi Fei dengan lembut. Fei mendongak melihat wajah V dengan riak sedih. Walaupun Puan Kim dah terima Fei, tapi Fei tetap berasa risau dengan hubungan V dan ibunya. Dia tak nak jadi penyebab keluarga V menjadi porak-poranda.




“ Maafkan saya Taehyung. Disebabkan saya hubungan awak dengan Puan Kim jadi macam tu. Saya tak ada niat langsung nak pisahkan awak dengan dia, awak tak rasa..apa yang kita buat ni..salah ke, Taehyung ? ” tanya Fei. V menggelengkan kepala dan mencium lembut dahi Fei itu. Fei terkedu seketika apabila V tiba-tiba mencium dahinya.




“ Berpisah dengan awak adalah benda yang paling saya tak nak. Awak jangan risau lah pasal ibu saya tu, dia memang macam tu. Terlalu pentingkan kesempurnaan. Nanti lama-lama dia akan ikhlas terima awak. Saya cintakan awak, Yin. Saya memang nak berkahwin dengan awak. Awak sudi kan, Yin ? ” tanya V selepas mencium dahi Fei. Mata Fei berair sekali mendengar lamaran V itu.




“ Mestilah sudi ! ”




       V tersengih dan peluk Fei sekali lagi. V tak mahu Fei hilang dari depan matanya sekali lagi. Cukuplah, 10 tahun yang lalu mereka berpisah. Selepas masing-masing menenangkan diri, mereka berdua masuk semula ke dalam bangunan itu dan pergi ke ruangan BTS. Semua ahli BTS, sedang dipakaikan mic dan bersiap sedia untuk menaiki pentas. V yang baru sampai, bergegas mendekati ahli BTS yang lain.




“ Kau pergi mana, huh ? ”




Mianhaeyo hyung. Ada hal penting tadi. ”





“ Tak apa. Lainkali, kalau nak pergi mana-mana bagitahu dulu. Penat sahaja staff lain cari kau. Muka kau tu kenapa sembab semacam ? Baru lepas menangis ke apa ? ” tanya Jimin yang perasan dengan muka V kelihatan agak sembab. V segera menggeleng. Dia tak mahu ahli BTS tahu tentang hal tadi. Staff makeup terus membetul kan makeup di wajah V. Jimin hanya angkat bahu dan betulkan jaket bajunya.




My Manager [JJK]Where stories live. Discover now