• Bab 63

2.5K 203 24
                                    

B E L L A




    Aku melihat jam di tangan aku yang sudah pukul 2 petang. Mana Fikri ni ? Takkan pergi lunch berjam-jam ? Ni mesti isteri dia tengah berkepit dengan dia sampai Fikri sengaja lambat-lambat masuk office. Hesh, aku benci betul lah dengan isteri dia tu ! Fikri, mana awak ni. Saya rindukan awak tahu tak ! Nasib sahaja anak aku ada di rumah dengan Syazwan. Kalau tak, dah lama aku bawa dia ke office. Dengan adanya Adellia, Fikri akan layan aku !
       



“ Bella, awak masuk pejabat saya sekarang. Bawa fail yang berkaitan dengan projek haritu. Saya nak awak catat sesuatu. ” ucap Fikri yang baru sahaja sampai. Dia bergegas masuk ke dalam bilik pejabatnya. Aku ambil fail yang ada di laci meja aku bersama dengan buku notes. Kemudian, aku masuk ke dalam pejabat dia. Aku letakkan fail berwarna hitam tu ke atas mejanya.



 
“ Ni fail yang awak minta. ”




“ Okay. Biar saya check.




“ Fikri, saya nak tanya boleh ? Kenapa dengan awak hari ni ? Awak macam dingin sahaja dengan saya. Saya ada salah dengan awak ke ? Bagitahu lah. Jangan lah buat saya macam ni. ” ucap aku. Bukan apa, dia tenung aku tajam gila tau tak. Kecut perut aku tengok. Tahulah hensem bila serius macam tu, tapi jangan lah takutkan aku sangat.



“ Erm, saya okay je. Saya cuma busy sikit. ”



“ Oh, macam tu. Sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan awak sebelum kita start kerja. Ini, pasal Adellia anak saya. ” ucap aku. Masa untuk berlakon ! Fikri terus tutup fail itu dan fokus pada aku. Seperti yang aku agak, bila aku sebut nama Adellia. Dia akan layan aku. Huh, bagus. Ini peluang aku untuk rosakkan plan dia tu.



“ Kenapa dengan Adellia ? ”




“ Kalau awak nak tahu, Adellia sebenarnya ada kanser otak tahap dua. Petang ni, saya nak bawa dia pergi hospital untuk checkup. Adellia, minta saya bawa awak bersama. Dia nak awak yang teman dia. Awak tahu lah kan, kalau dia dah anggap awak macam ayah dia sendiri. ” ucap aku dan menayangkan muka sedih. Fikri terkedu mendengar berita palsu aku itu. Aku mula pura-pura menangis.



“ Ya allah..kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal ?! ”




“ Saya nak bagitahu awak tapi awak nampak sibuk sahaja. Jadi, saya tak berani lah nak kacau. Macam mana Fikri ? Saya tak tahu nak buat apa lagi. Adellia merayu-rayu supaya awak ikut dia pergi hospital. Please Fikri, tolonglah saya. ” ucap aku. Dia mengeluh berat dan bersandar di kerusi itu. Heh, padan muka kau Asya. Suami kau, dah jatuh ke tangan aku.



“ Okay okay, saya teman awak. ”



“ Terima kasih, Fikri. ”




 ‘Hahaha, aku menang.’




﹏﹏﹏◈◈﹏﹏﹏



5.00 PM
A S Y A
R U M A H
A S Y A




        Aku melipat telekung selepas usai menunaikan solat asar. Dia melihat ke arah jam yang sudah pukul 5 petang. Mana suami aku ni ? Kata, nak gerak pukul 5. Aku mencapai telefon yang ada di atas katil dan mendail nombor nya. Tapi, tidak angkat. Mungkin dia ada kerja lagi kot. Aku bangun dan berdiri di depan cermin. Baju kurung berwarna merah jambu tersarung kemas di tubuh. Kenapa, hati aku rasa tak tenang sekarang ni ?




My Manager [JJK]Where stories live. Discover now