• Bab 72

2.5K 209 16
                                    

A S Y A




    Aku menekup mulut dan menangis teresak-esak. Rasa pedih dan sakit mula menimpa hati aku. Aku tak sangka Fikri sanggup buat benda macam tu di depan aku. Dia kata, dia sayangkan aku ? Dia cintakan aku ?! Tapi, dia berpelukan dengan perempuan lain ?! Aku dah tak tahan lagi dengan semua ni. Setiap peluang yang aku bagi kat dia, dia sia-sia kan. Aku benci dengan dia. Aku bukan patung lah !



“ Asya, berhenti ! ”




     Dia tarik lengan aku supaya aku berhenti dari berjalan. Aku tarik lengan aku dari genggamannya. Aku pandang dia dengan muka yang dingin. Aku dah tak mampu untuk berfikir dengan baik sekarang ni. Fikri ingin menggapai tangan aku, tapi dengan cepat aku sembunyikan tangan aku dan mengundur daripada dia. Hati aku sudah merasa kecewa dengannya.





“ Dengar cakap saya dulu, Asya. ”






“ Awak nak cakap apa lagi ?! Dah jelas-jelas awak peluk dia tadi. Awak cintakan dia ke ?! Kalau awak cintakan dia, lepaskan saya ! Jangan buat saya macam tak ada perasaan ! Dah banyak kali Fikri ! SAYA PERCAYAKAN AWAK, tapi awak buat saya macam ni. ” ucap aku dan menundukkan kepala. Fikri memegang kedua bahu Asya dengan erat.





“ Awak dah salah faham ! Dia yang peluk saya dulu ! ”






“ Awak expect saya untuk percaya ? Kenapa awak tak tolak dia ?! Kenapa awak biarkan dia peluk awak ?! Awak suka kan sebenarnya ?! FINE ! Saya benarkan awak kahwin dengan dia ! Ceraikan saya, dan pergi dengan perempuan tu ! ” ucap aku dan tenung muka dia dengan perasaan marah. Fikri lepaskan bahu aku dan mengundur dari aku.






“ Jadi, memang awak nak tinggalkan saya lah..Asya ? Apa yang saya dengar tadi..betul lah ya ? ”





“ Awak cakap apa ni ?! ”






“ Awak memang dah rancang dengan Syazwan untuk bersama kan ?! Awak memang nak bercerai dengan saya supaya awak boleh kahwin dengan dia ?! Saya dah tahu semuanya lah Asya ! Awak sengaja rancang semua ni, biar saya lepaskan awak ! Wah, awak lagi jahat daripada saya lah ! Bella dah beritahu segalanya pada saya ! ” tengking Fikri semula. Terbeliak mata Asya mendengar fitnah itu.





“ Jadi..awak percaya ? ”






“ Huh, apa yang saya cakap ni betul kan ? Entah-entah, anak dalam perut awak tu bukan anak saya ! ”




PANG!






“ JADI, AWAK PERCAYA CAKAP PEREMPUAN TU DARIPADA SAYA ?! SAYA TAK PERNAH TERFIKIR LANGSUNG UNTUK CURANG ATAU MENDUAKAN AWAK FIKRI ! SELAMA NI, SAYA BERSAMA DENGAN AWAK SAHAJA ! SYAZWAN TU CUMA KAWAN SAYA ! SAYA JUMPA DIA SEKALI TU SAHAJA ! BERANI AWAK TUDUH ANAK AWAK SENDIRI ?! Saya bencikan awak. Awak tak pernah cintakan saya. Awak dah bosan dengan saya betul tak ? Awak tak pernah percayakan saya..Fikri. Hanya saya yang macam orang bodoh percayakan awak. ” ucap aku.

My Manager [JJK]Where stories live. Discover now