• Bab 66

2.4K 206 13
                                    

A S Y A





“ Sayang, kalau Bella tu pilihan saya dah lama saya tinggalkan awak dan kahwin dengan dia. Tapi, saya tak buat semua tu sebab saya cintakan awak. Terlalu banyak kenangan indah saya bersama awak berbanding dengan dia. Saya tahu, awak kecewa. Tapi, percayalah saya. Kami memang tak ada apa-apa hubungan pun. Saya tahu, saya tak layak minta maaf pada awak. Saya cuma nak awak tahu perkara sebenar. Maaf sebab rahsiakan pada awak. Saya takut awak marah..kalau tahu saya berkawan dengan Bella. ” ucap Fikri. Aku mengetap gigi.






“ Bila awak rahsiakan benda ni, lagi lah buat saya marah tahu tak ! Macam mana saya nak percayakan awak Fikri, kalau awak rahsiakan benda macam ni pada saya ! Saya ni, isteri awak ke bukan ?! ” tanya aku. Aku terus bangun semula dan tenung dia dengan tajam. Fikri duduk di sisi aku dan menggapai tangan aku. Aku cuba mengelak, tapi dia tarik tangan aku.







“ Awak isteri saya Asya. Maafkan saya sebab rahsiakan benda ni. Saya cuma tak nak awak salah faham. Sekarang awak dah tahu kan perkara sebenar ? Jadi, jangan lah marah saya. Saya cintakan awak. Awak seorang sahaja bidadari syurga saya. Tak akan ada penggantinya. ” ucap Fikri dan meletakkan tapak tangan aku di dadanya. Aku tenung anak matanya dan mula menangis.





“ Hiks..saya tak nak kehilangan awak. Saya pun..sayangkan awak. ”






         Fikri tersenyum dan terus menarik aku ke dalam pelukannya. Aku menangis teresak-esak di bahunya. Aku tak mampu nak marah dia lama-lama. Aku sedar, masa aku bersamanya dah tak lama. Bila-bila masa aku tinggalkan dia. Jadi, aku tak nak lah marah dia lama-lama. Aku tak mahu bazirkan masa aku dengan perkara remeh. Aku percayakan Fikri, aku percayakan cintanya pada aku. Kata-kata doktor, buatkan hati aku sesak sangat sekarang ni.






F L A S H B A C K
O N






        Aku membuka kedua kelopak mata perlahan-lahan. Bau ubat berlegar-legar di hidung aku dan cahaya lampu di bilik itu buatkan aku rasa pening sedikit. Aku dah boleh agak aku di mana sekarang. Hospital kan ? Saat-saat aku muntah tu mula bermain di minda aku. Rasa sakit yang teramat di bahagian perut juga dah hilang. Tak macam tadi. Alhamdulillah, aku masih boleh melihat dunia.






Alhamdulillah, puan dah sedar.





Apa..yang berlaku ? ”





Tadi, puan muntah darah. Banyak darah keluar dari tubuh puan membuatkan puan lemah sekarang ni. Tapi, jangan risau saya dah stabilkan semula imunisasi puan. ucap doktor itu dan menguntumkan senyuman. Aku memejamkan mata. Airmata keluar di mata aku. Mengingatkan apa yang Fikri dah buat membuatkan aku rasa ingin menangis.





Suami saya..mana ? ”






Dia ada di luar, menunggu puan. Puan Asya, saya rasa puan tahu kan penyakit puan semakin teruk sekarang ni ? ” ucap doktor itu. Aku menguatkan diri untuk bangun dan bersandar di birai katil. Aku pandang doktor itu dan menganggukkan kepala. Doktor itu mengeluhkan nafas yang berat. Aku dah lama tahu yang aku ni berpenyakit. Cuma baru sekarang, ianya menjadi-jadi.






Puan, puan kena dapatkan pembedahan dengan segera. Kalau tak, Kanser Perut puan akan menjadi lebih teruk dan mencapai stage tiga. Puan sebenarnya tak boleh buat kerja berat, tak boleh berlari ataupun jatuh. Itu semua memberi kesan pada kanser tu. Lagi-lagi, hubungan bersetubuh. Puan kena berhati-hati. ” ucap doktor itu. Aku tersenyum.







My Manager [JJK]Onde histórias criam vida. Descubra agora