4 | m a l a y s i a

6.4K 557 16
                                    


—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

Malaysia, KLIA Airport

Lapangan terbang tu dah penuh dengan ramai orang. Masing-masing berkerumun di pintu gerbang laluan VIP. Ya, BTS kumpulan terkenal dari Korea tu telah tiba di Malaysia. Peminat-peminat yang bergelar army berkumpul untuk menyambut kedatangan mereka. Suara sorakan mula kedengaran. Bina, sepanduk yang dibawa dilambai lambai.

“Maaf, tolong beri laluan! Beri laluan! Jangan halang laluan!”

Para sekuriti dan bodyguard mengawal Army yang cuba untuk mendekati BTS. BTS yang ramah tu melambai tangan kepada fans mereka dan sempat berposing untuk kamera. Diorang bertujuh, teruja sangat tengok ramai fans yang menyambut kehadiran diorang.

Selamat datang ke Malaysia, BTS. Macam mana flight korang? Okay ke?” tanya seseorang yang duduk di sebelah pemandu selepas sahaja mereka masuk ke dalam van hitam besar tu. Diorang semua mula riuh rendah berbicara pasal fans diorang tanpa hiraukan soalan gadis tu.

“Wah, tak sabarnya nak perform. Ramai gila fans kita tadi!”

“Tulah tu.”

Ehem, ehem. Maaf ganggu perbualan korang. Saya nak perkenalkan diri. Anyeonghaseyo, nama saya Nur Alisya. Tapi, korang boleh panggil Asya je. Saya adalah manager sementara korang di Malaysia ni. Rasanya, pakcik Sihyuk dah cakap kan pasal manager sementara tu?” ucap Asya dan pusing menghadap diorang. Diorang terus berhenti berbual dan beri perhatian pada Asya.

“Oh, awak lah rupanya manager baru kitorang? Nampak muda lah! Berapa umur awak?” tanya J-hope yang teruja untuk mengenali Asya. Yelah, ini kali pertama perempuan pakai hijab macam ni jadi manager diorang. Asya tersenyum kecil.

Umur saya, 22 tahun.

“Oh, sebaya dengan kitorang berdua lah ni. Tak sangka pula, tengok macam sebaya Jungkook.” ucap Jimin dan memeluk bahu V yang ada di sebelahnya. Jungkook yang paling tepi tu hanya mengabaikan mereka dan merenung luar tingkap.

Hahah, taklah. Mungkin sebab saya ni kecil kot jadi ramai ingat saya ni muda. Okaylah, fokus balik main point. Untuk 4 hari ni, korang akan tinggal di rumah saya untuk sementara sebab saya nak kena survey hotel yang bersesuaian. Pakcik Sihyuk, ada bagi apa-apa fail tak kat korang?” tanya Asya.

“Ada ada. Ini fail yang ada senarai schedule, activities, set list concert, money budget dan information tentang venue. Pastu ada juga info lain. Semuanya pd-nim dah organizekan.” ucap RM dan berikan satu fail coklat tu. Asya ambil fail tu dan membelek kertas di dalamnya.

Kamsahamnida.”

Asya memandang ke depan semula. Dia dah tak tahu nak bercakap apa Yelah, baru kali pertama jumpa kan. Tambah pula, diantara mereka bertujuh ada seorang misteri yang menarik perhatiannya. Ya, lelaki suara merdu tu. Siapa lah dia tu?

My Manager [JJK]Where stories live. Discover now