• Bab 21

4.7K 366 16
                                    

Hospital

Aku sayangkan kau, Asya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku sayangkan kau, Asya.






     Mata aku terus tersedar bila 3 perkataan itu berulang kali muncul di dalam fikiran. Kenapa aku asyik dengar perkataan itu ? Aku segera bangun dan menyandarkan tubuh di birai katil. Baru aku perasan yang aku ada di hospital. Aku memicit kepala aku yang masih terasa pening. Tiba-tiba, aku teringat dengan kejadian di tandas hotel itu. Hati aku jadi berat untuk seketika.





“ Kau dah sedar ? Kau dah okay sekarang ? ” tanya Jungkook yang duduk di sofa yang ada di hujung bilik wad itu. Dia segera bangun dan berjalan mendekati katil aku. Ah, aku pingsan masa dia peluk aku kan ? Mesti..dia angkat aku. Aduhai, apa yang aku dah buat ni ?! Kalau peminat dia tahu macam mana ?






“ Herm. ”






“ Kau dah bangun kan ? Jadi, sekarang kau kena makan. Kau tahu tak kau pengsan sebab gastrik tak makan. Tulah, terlalu sibuk uruskan kitorang sampai waktu makan kau pun, kau tak jaga elok-elok. ” ucap Jungkook dan meletakkan dulang yang ada semangkuk bubur di atasnya serta air putih. Aku menggelengkan kepala.






Saya tak ada selera.







“ Jangan degil boleh tak ? Kau nak sihat kan ? Aku tak nak kau sakit, faham ? ” ucap Jungkook dengan nada sinis. Aku hanya menundukkan pandangan dan merenung ke arah dulang makanan itu. Aku mengeluh kecil dan menarik dulang makanan itu untuk dekat dengan aku.






Arasseo. Biar saya makan sendiri. ” ucap aku. Dia segera duduk di sisi aku dan merampas mangkuk bubur itu sebelum aku mengambilnya. Aduhai, aku kan malas betul nak melayan kerenah dia sekarang ni tau tak ! Aku betul-betul tak ada mood !




“ Biar aku suapkan, okay ? ”






       Disebabkan malas nak berbalah dengan dia, aku pun mengalah dan membiarkan dia menyuap aku bubur nasi itu. Selepas makan, dia berikan aku dua pil ubat. Kemudian, dia letakkan dulang itu ke atas meja kecil semula. Aku menyandarkan diri semula di birai katil. Lepas makan ubat tu, kurang sikit rasa denyut-denyut dekat kepala dan perut.





“ Asya, boleh aku tahu kenapa kau kena kurung dalam tandas tu ? Kenapa kau tak call kitorang langsung ? Tau tak..kitorang semua risaukan kau ? ” tanya dia. Aduh, malas nya aku nak bukak topik tu sekali lagi.





Biasalah tu Jungkook. Kerenah fans kan ? ”






“ Biasa ? Biasa apanya kalau sampai kurung dalam tandas ? Sampai kau pengsan dan masuk hospital ? Lebih baik kau bagitahu perkara sebenar nya ! Kalau tak, aku bagitahu Bangnim. ” ugut Jungkook. Aku tak nak pakcik aku tahu pasal ni. Nanti, dia mesti marah BTS sebab tak jaga aku dengan betul. Bukan tu je, aku takut nanti konsert diorang kat Malaysia ni dibatalkan. Mahunya aku kena kecam !







My Manager [JJK]Where stories live. Discover now