• Bab 68

2.2K 186 29
                                    

A U T H O R

3 B U L A N
K E M U D I A N






      Selepas 3 bulan, Asya dan Fikri hidup bahagia bersama. Malah pada 2 bulan lepas, mereka dapat berita bahagia iaitu Asya sudahpun mengandungkan seorang cahaya mata mereka yang pertama ! Fikri sangat teruja dan selalu balik awal ke rumah untuk jaga Asya dan memastikan Asya tidak melakukan kerja-kerja berat. Yelah, isteri dah mengandung kan ?





Lalalala~ ”






      Asya bersenandung riang sambil menyapu halaman rumahnya sementara menunggu Fikri untuk pulang ke rumah. Asya ada checkup untuk bayinya yang sudah dua bulan. Walaupun, dua bulan perutnya sudah agak besar dan selera makan Asya dah kurang tak seperti selalu. Tiba-tiba, ada sebuah kereta Myvi berhenti di depan rumahnya. Asya berhenti menyapu dan memandang ke luar.





“ Siapa pula tu ? ”





     Seorang perempuan melangkah keluar daripada kereta itu. Dia memakai dress paras lutut dan rambut berwarna perang. Dia yang memakai cermin mata hitam itu meletakkan cermin mata nya di atas kepala. Asya meletakkan semula penyapu dan mendekati pagar itu. Perempuan itu memberi renungan tajam pada Asya.





“ Hai, Assalamualaikum.





Waalaikumsalam. Cik cari siapa ya ? Ada apa yang boleh saya bantu ? ” tanya Asya yang agak terkejut bila dia berikan salam. Yelah, sebab rambut perang dan pakaian yang macam ni. Dah sah-sah orang akan ingat dia bukan islam. Asya membuang fikiran negatif itu. Tak baik lah nilai seseorang daripada luaran. Mungkin hidayah dia belum sampai.






“ Kau, Asya ? Isteri Fikri ? ”





“ Ya, saya. ”





“ Ah, bagus. Aku memang nak cari kau. Aku straight to the point jelah kenapa aku cari kau. Aku cuma nak bagi amaran. Aku akan dapatkan hak aku iaitu Fikri. Ya, aku cintakan Fikri dan dia hak aku. Aku akan pastikan kau berpisah dengan dia. Aku tahu kau mengandung anak dia sekarang. Kau mesti ingat dia akan sayang kau. Heh, no way. ” ucap perempuan itu.






“ Ah, saya rasa saya kenal awak. Awak ni Bella betul tak ? Personal Assistant suami saya. Suami saya ada cakap pasal awak. Tapi, kebanyakannya dia cakap pasal Adell iaitu anak awak. Saya tak tahu apa yang awak rancang tapi suami saya dia seorang yang setia. Saya percayakan dia. Cari lah lelaki lain, kenapa mesti suami saya ? ” ucap Asya dengan nada yang selembut mungkin.




“ Dia lelaki yang paling layak untuk jadi ayah kepada anak aku Adell. Aku boleh bahagiakan dia. Aku boleh bagi dia banyak anak kalau dia nak. Kau yakin dia setia dengan kau ? Kau tak payah nak senyum macam tu lah. Jangan ingat kau bertudung, kau baik. Aku tahu kau marah kan sekarang ? ” ucap Bella. Asya menghelakan nafas kecil. Dia malas nak buang masa dengan bergaduh.





“ Ya, saya percayakan suami saya. Saya kenal dia lebih lama daripada awak. Awak cuba nak rampas dia dari saya, awak cuba untuk runtuhkan rumah tangga orang..awak rasa benda tu baik ke ? Saya tak nak gaduh dengan awak Bella. Saya tak ada masa untuk cakap pasal benda remeh ni. Saya percaya awak Islam. Jadi, awak mesti tahu pasal hukum merampas suami orang kan ? ” ucap Asya. Bella menjegil pada Asya dengan perasaan marah.





“ Kau nak ceramah aku ke ?! ”





“ Maaf kalau awak terasa. Saya cuma nak nasihatkan awak sahaja. Kesian lah dengan anak awak. Dia tak bersalah. Awak patut bersyukur ada anak tak macam saya yang susah untuk dapat anak. Dah lah Bella, saya rasa awak patut pergi. Saya nak keluar dengan suami saya sekejap lagi. Nanti kalau dia nampak awak, dia akan salah faham. ” ucap Asya. Bella mendengus dan pakai semula cermin matanya.





My Manager [JJK]Where stories live. Discover now