• Bab 24

4.3K 350 23
                                    

“ Apapun, saya harap awak akan bersabar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apapun, saya harap awak akan bersabar. Jangan lah difikirkan sangat, nanti awak stress pula nak bernyanyi nanti. Saya harap, awak tak akan gaduh dengan kawan awak hanya sebab perempuan tu. ” ucap Fei memecahkan suasana kekok. V mengangguk dan tersenyum kelat.





Arasseo, gomawo sebab dengar luahan hati saya. Kurang sikit rasa berat di hati saya. ” ucap V. Dia mengangguk dan menepuk bahu aku dengan lembut. Senyuman manis tak pernah lekang di bibirnya. Dia memang cantik, betul apa yang Asya cakap.





Tak ada hal lah. Okaylah, saya nak kena pergi ni. Kalau ada jodoh, kita akan berjumpa lagi. Hehehe, anyeong ! Tto mannayo. ” ucap Fei dan melambaikan tangan kemudian dia berlalu pergi. V hanya tersenyum menghembuskan nafas kelegaan dan menyandar di bangku itu.





Aku tak akan berhenti. Aku usaha selagi boleh. Aku sayangkan Asya. Asya..boleh tak kau tinggalkan Jungkook..demi aku ? ’




   
      V menoleh ke arah Fei yang dah jauh darinya. Tiba-tiba sahaja, dia teringin nak kenal gadis itu. Dia yakin, bahawa Fei itu ada kena mengena dengan kisah silamnya. Cuma dia tak ingat langsung kehadiran gadis itu di kisah lamanya. V hanya mengangkat kedua bahu dan sambung melihat kolam air itu. Namun, dia masih memikirkan gadis bernama Fei itu.




Siapa dia sebenarnya ? Aku, teringin nak tahu.




     V menggeleng kecil dan membuang fikirannya terhadap Fei. Baginya, Asya lagi penting sekarang ini. Kenapa dia mesti tersekat dengan kisah lama yang tak pasti itu ? Selepas selesai menenangkan diri, dia kembali ke bilik VVIP dan duduk di sebelah Jimin. Mereka semua bertanya kepadanya tapi dia hanya tersenyum lebar dan menggeleng tanda dia okay. Hakikatnya, ia cuma palsu.





﹏﹏﹏••﹏﹏﹏





      Selepas makan, mereka semua masuk ke dalam bilik hotel masing-masing untuk berehat. Asya mengeluh dan duduk di atas katilnya. Selendang putih yang dipakai itu terus dibuka dan digantung. Kelihatan rambutnya yang panjang dan ikal itu. Wajahnya pula muram semacam. Lieya yang perasan perubahan wajah sahabatnya itu terus duduk di sebelah dia.





“ Kenapa muram je ni ? Ada apa-apa yang terjadi ke ? Takkan dah bercinta dengan Jeon Jungkook masih sedih macam ni ? ” tanya Lieya. Asya menggeleng kecil dan ambil fail yang ada di dalam beg galasnya itu. Dia mengeluarkan kertas jadual BTS yang perlu dia aturkan.





“ Aku muram bukan sebab Jungkook. Tapi, sebab jadual BTS ni. Pakcik aku buat jadual sampai konsert je. Lagi 2 minggu ni dia suruh aku yang buat. Katanya, suruh aku bawa mereka jalan-jalan. Cuma, aku tak tahu nak kemana. ” keluh Asya dan menunjukkan jadual yang kosong itu kepada Lieya.





My Manager [JJK]Where stories live. Discover now