• Bab 61

2.6K 208 15
                                    

R U M A H
F I K R I

A U T H O R




         Asya perlahankan api dapur itu dan kemudian mengacau tteokbeokki yang dia masak khas untuk suaminya. Senyuman terus terukir di bibir Asya kerana dia gembira berjalan-jalan dengan Fikri seharian. Selepas siap masak, Asya menghidangkan makanan itu ke atas meja. Sekarang, tinggal tunggu Fikri turun ke bawah dan makan bersama-sama. Sedang Asya menyedialam meja makan itu, tiba-tiba loceng rumah dia berbunyi. Siapa pula tu ?



TING!TONG!




      Asya terus berlari anak pergi ke pintu rumahnya. Mana lah tahu, takut mak dan appa dia yang datang. Apabila pintu rumah itu dibuka, kelihatan Syazwan sedang tersenyum memandangnya dan di tangan lelaki itu ada sejambak bunga serta bakul berisi pelbagai jenis buah. Asya terkejut tengok Syazwan. Macam mana dia tahu alamat rumah ni ? Setahu Asya, Asya tak pernah bagitahu alamat dia pada Syazwan.



“ Assalamualaikum. ”




“ Wa—waalaikumsalam. Awak rupanya Syazwan. Saya ingatkan mak dan appa saya. Erm, macam mana awak tahu rumah saya ? Awak buat apa datang sini ? ” tanya Asya yang ingin tahu. Syazwan menghulurkan bunga itu kepada Asya. Asya dengan rasa ragu-ragu tu ambil bunga itu. Dia bukan apa, takut Fikri nampak dan berfikiran yang bukan-bukan bila tengok lelaki itu di sini.




“ Nak jumpa awak lah. Awak kan baru keluar hospital. Saya dapat tahu alamat awak dari kawan awak lah. Awak dah sihat sekarang ? Luka di kepala awak macam mana ? ” tanya Syazwan dengan rasa risau. Asya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda dia sudah okay. Lieya rupanya yang bagitahu alamat dia pada Syazwan. Tiba-tiba, Fikri berdiri di sebelah Asya. Muka Fikri berubah sangat dingin.



“ Kau buat apa di sini ? ”



“ Nak jumpa Asya. Tak salah kan sebab aku yang selamatkan dia semalam dan bukannya kau. ” ucap Syazwan dengan nada memerli. Dia sengaja nak menaikkan angin Fikri itu. Asya mula berasa tak sedap hati dengan suasana tegang diantara mereka. Fikri memeluk bahu Asya dengan erat. Syazwan berasa tidak suka melihat itu. Dia cemburu.



“ Dia isteri aku. ”




“ Ehem, janganlah gaduh di sini. Nanti jiran-jiran nampak lah. Apa kata kita makan sama-sama ? Lagipun, Syazwan dah tolong saya. Tak salah kan kita balas jasa dia ? Betul tak ? ” ucap Asya dan melihat Fikri yang masih lagi dengan muka dingin itu. Syazwan kembali tersenyum dan memganggukkan kepala tanda dia bersetuju.



“ Boleh juga. Kebetulan sangat saya tengah lapar sekarang ni. ”




      Fikri menjeling dan masuk ke dalam rumah. Kini mereka bertiga duduk di meja makan dan menjamu selera tteokbeokki yang dimasak oleh Asya itu. Fikri yang duduk di sebelah Asya hanya bermain-main dengan makanan itu sambil melihat Syazwan yang selera sungguh makan tteokbeokki itu. Dia tengok Syazwan dari atas sehinggalah bawah. Syazwan tengok Asya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.




Boleh tahan hensem juga. Heh, but still aku yang hensem. Tengoklah tu senyum-senyum tengok isteri orang. Tak malu betul.




“ Wah, awak masak sedap sangat ! Kalau awak nak tahu, ni kali pertama saya makan makanan Korea ni tau ! Hehehe, boleh tak kalau saya nak tambah lagi ? ” tanya Syazwan dan menghulurkan pinggan kosong itu kepada Asya. Asya tersengih dan anggukkan kepala. Dia ambil pinggan itu kemudian berlalu ke periuk dapur. Fikri meletakkan kedua sudunya ke atas pinggannya.




My Manager [JJK]Where stories live. Discover now