5 | a l l e r g i c

6.1K 557 5
                                    

—a u t h o r

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

a u t h o r

Asya tersenyum lebar tengok hidangan makanan yang tersusun di atas meja makanan. Dia tak tahu diorang suka atau tak, apa yang pasti dia dah buat yang terbaik untuk memasak harini. V yang berdiri di sebelah Asya juga teruja tengok barisan makanan.


“Wah, tak sabar nak rasa masakan awak. Saya tak sangka awak pandai masak macam-macam.”

Eh taklah, biasa-biasa je. Saya risau tak sedap je ni sebab dah lama juga tak masak sendiri. Awak pergilah panggil yang lain untuk turun makan. Dah petang ni.” ucap Asya. V mengangguk dan terus pergi ke bilik diorang dan kejutkan semua members BTS.

Yeah!! Makan!”

Diorang mengelilingi meja makan tu. Keterujaan tadi berubah bila tengok makanan tu berkuah merah. Ya, Asya masak asam pedas ikan kembung dan tomyam campur untuk diorang. Itu je yang terfikir di fikiran Asya masa memasak tadi. Lagipun, itu menu yang Asya paling pandai masak.

“Nampak pedas. Aku taknak makan lah.”

“Ini kuah ke darah? Merah nya.”

Ini namanya Asam Pedas Ikan dan Tomyam campur. Dont worry nampak macam pedas, tapi tak pedas mana pun. Saya letak sikit je cili. V dah bagitahu saya pasal korang takleh makan pedas.” ucap Asya dan bertentang mata dengan V. V mengangguk setuju. Dia nampak Asya letak sikit je cili.

“Oh, nampak menarik lah. Nak rasa lah! Sekali sekala kita try new menu. Apa salahnya en?” ucap Jin dan terus duduk di kerusi. Tangannya ligat menyedok nasi yang tersedia ke dalam pinggannya. Members lain pun akhirnya, duduk di kerusi.

Korang makan lah eh. Kalau tak cukup nasi ke apa, dalam periuk tu ada lagi nasi. Saya nak kemas sinki sekejap.” ucap Asya dan pergi ke sinki yang penuh periuk belanga dan pinggan yang belum dibasuh. Diorang pun terus senduk nasi dan lauk masing-masing.

Jal mokgeuseumnida! (Selamat makan)”

Diorang pun mula makan. Asya tengok diorang yang memuji masakan nya. Asya tersenyum terharu. Tak lama tu, kedengaran bunyi loceng rumah. Asya terus tutup sinki air dan bergegas pergi ke pintu rumah. Puan Aisyah dah balik kan, jadi kena lah bukakan pintu.

“Kau kenapa termenung? Makan lah! Sedap tau, Asya masak. Rugi kau tak makan. Nah, makan tomyam ni. Ini sedap, series.” ucap V dan tolak perlahan mangkuk berisi tomyam tu ke depan Jungkook. Jungkook menghela nafas panjang. Dia macam takut nak makan.

“Ya, tahulah.”

Jungkook mula merasa sup tomyam tu. Erm, sedap. Dia hirup sekali lagi kuahnya. Tekak dan lidah dia mula terasa kebas. Leher dia pula naik bintik-bintik merah. Jungkook terus garu lehernya kerana terasa gatal. Jungkook terbatuk-batuk. Semua orang berhenti makan.

My Manager [JJK]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ