• Bab 34

3.3K 287 11
                                    

‘ Selamat datang ke Korea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat datang ke Korea.





       Asya tersedar dari tidurnya apabila mendengar suara pengumuman itu. Ini bermakna, mereka telah sampai di Korea Selatan. Lebih 6 jam juga ada di atas udara ini. Akhirnya, sampai juga. Asya mencuri lihat Jungkook yang masih tidur dengan lena. Asya mahu mengejut lelaki itu, tapi dia berasa takut kalau dimarahi Jungkook. V yang bangun dari duduknya, ternampak Asya sedang teragak-agak ingin mengejut Jungkook.






“ Asya, awak tak perlu susah-susah kejutkan dia. Biar saya yang kejutkan dia. Awak, turun lah dulu. Lieya dengan yang lain dah turun dah. ” ucap V. Asya terus melihat V yang sudah tersenyum manis itu. Asya mengangguk tanda faham. Nasib baiklah ada V di belakangnya. Kalau tak, memang tak terkejut lah si Jungkook tu sebab teragak-agak.







Gomapta.








      Asya ambil beg bagasinya dan terus keluar dari kapal terbang itu. V mendekati Jungkook dan menggoyangkan bahu kawannya itu. Perlahan-lahan, Jungkook sudah tersedar dari tidur. Dia menggosok-gosok matanya dengan tangan. Jungkook melihat tempat duduk Asya yang sudah kosong. Mungkin gadis itu sudah turun terlebih dahulu tanpa menunggunya. Jungkook agak kecewa bila Asya tidak menunggunya. Adakah Asya memang tak suka dengan dirinya dari awal ? Habis itu, kenapa terima luahan hati dia ?







“ Tak payah nak cari Asya. Dia sudah turun dari tadi lagi. Herm, dia nak kejutkan kau tapi dia takut kalau kau marah dia. Kau ni, aku tahu lah kau tengah bergaduh dengan dia. Tapi, jangan lah kasar dengan dia. Kau ingat, dia tak ada perasaan kah ? ” ucap V dan memberikan renungan tajam kepada Jungkook. Jungkook bangun dan mengambil beg bagasinya.







“ Dia yang tipu aku dulu. ”







        Belum sempat V menjawab, Jungkook terus keluar dari kapal terbang itu. Dia malas nak bertekak mulut dengan V tentang Asya. Sangatlah tak penting baginya. Lagipun, V tak rasa apa yang Jungkook rasa apabila ditipu oleh orang yang dicintai. Selepas semua berkumpul, mereka terus keluar dari airport dan memasuki kereta peribadi BTS yang sudah menunggu kedatangan mereka. Kini, mereka dalam perjalanan ke Hospital Anyang.






Aigoo, sejuk gila lah malam ni. ”







“ Memanglah, sekarang kan sedang musim sejuk. Nanti sekejap lagi, mesti salji turun. Kesian pula dengan dua manager-nim kita yang dah kesejukan. Korang tak ada sarung tangan spare ke nak bagi Asya dengan Lieya ? ” tanya RM sambil melihat Asya dan Lieya yang dari tadi menggosok-gosok tapak tangan mereka. BTS tak apalah dah memang ada jaket tebal untuk dipakai. V mengeluarkan sepasang sapu tangan dan diberikan kepada Asya.






“ Pakailah. ”







Terima kasih V, awak banyak tolong saya hari ni. Saya tak tahu nak balas apa dengan kebaikan awak pada saya. Kadang-kadang, saya rasa serba salah dengan awak. ” ucap Asya dan mengambil sarung tangan itu. V tertawa kecil dan mengambil semula sarung tangan itu. Kemudian, dia menarik tangan Asya. Dia menyarungkan sarung tangan itu ke tangan Asya. Asya yang agak terkejut melihat wajah V.






My Manager [JJK]Where stories live. Discover now