• Bab 27

4.2K 335 22
                                    

       Tiada siapa yang boleh rasa apa yang Asya rasakan sekarang

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

       Tiada siapa yang boleh rasa apa yang Asya rasakan sekarang. Dia sangat-sangat terharu dengan pemberian Jungkook itu. Asya membuka selendang itu dan melilitkan di kepalanya. Senyuman lebar tertayang di wajah Asya. Jungkook yang melihat itu berasa sangat bangga dan gembira. Lega sikit hati nya bila tengok Asya menyukai selendang itu. Dia takut sahaja kalau Asya tak suka dengan hadiah itu.







“ Simpan selendang ni baik-baik tau. Nanti pakailah, saya nak tengok awak pakai. Mesti nampak cantik kan ? ” ucap Jungkook dan membayangkan Asya mengenakan selendang itu di kepala. Mesti serupa seperti seorang puteri. Asya yang mendengar pujian Jungkook tertawa dan menggeleng-geleng kepala. Selendang itu dibuka dan dimasukkan semula dalam plastiknya.






Terima kasih, Jungkook.







        Jungkook hanya mengangguk dan kembali memandang pemandangan sawah padi itu bersama Asya. Kelihatan ada orang-orang yang sedang membanting padi itu. Ada juga orang yang menarik kerbau. Jungkook melihat Asya yang memeluk erat plastik itu dengan senyuman yang menghiasi wajah cantiknya. Jungkook berasa sangat bertuah kerana mempunyai perasaan begini pada Asya. Jauh di sudut hati, Jungkook nak sahaja peluk dia sekarang. Tapi, dia tak mahu sebab dia hormati agama Asya.






Saranghaeyo, Asya.







Nado, nado saranghae. Terima kasih, sebab cintakan saya Jungkook. Saya rasa bersyukur sebab cintakan awak. Walaupun kita tak pasti apa penghujung kisah kita ni. Tapi, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita berdua. ” ucap Asya. Jungkook tersengih dan mencantumkan kelingking jarinya di kelingking jari Asya. Sekurang-kurang nya, dia ingin membuat itu.








Ani, saya lagi rasa bersyukur sebab mencintai awak. Awak perempuan istimewa yang akan saya cintai sampai bila-bila. Saya belajar macam-macam benda bila bersama dengan awak Asya. Saya tak pernah rasa gembira macam ni seumur hidup saya. ” ucap Jungkook. Asya hanya menyimpulkan senyuman dan eratkan kelingking jarinya.







“ Jungkook-ah ! Manager-nim ! ”







        Asya yang mendengar nama mereka dipanggil terus melepaskan jari masing-masing dan melihat ke kanan. Kelihatan Lieya dan ahli BTS sedang melambai-lambai ke arah mereka. Jungkook dan Asya saling berpandangan kemudian tertawa sesama mereka. Mereka berdua berjalan mendekati Lieya dan yang lain. Mereka semua pandang Asya dan Jungkook dengan pandangan penuh soalan. Asya dan Jungkook cuma mampu tersengih bila direnung begitu dengan mereka semua.







“ Sampainya hati keluar jalan-jalan tak ajak kitorang ! Taulah nak pergi dating tapi janganlah lupakan kitorang ! Nasib baik ada manager Lieya yang sudi nak bawa kitorang pusing-pusing kampung ni tau ! ” getus Jimin dan menjeling. Disilangkan kedua tangan ke dada tanda merajuk. Jungkook menjelirkan lidah dan membalas jelingan tangan Jimin itu.








My Manager [JJK]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum