Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
68
69
70
Epilogue
Laporan

67

453 37 16
By Lais_Arsalan

Zhou Feiyan datang menghadap XiYue seperti yang disangka oleh XiHua. Adiknya itu memang sangat bernas apabila merancang strategi. Namun sampai bila pun XiYue tidak akan tahu bahawa semua idea gila XiHua adalah kerana dia suka menonton drama sewaktu dahulu.

Saat perempuan itu melangkah masuk, XiYue sudah bersedia untuk menjawab segala persoalannya. Zhou Feiyan memberikan kata selamat yang rasmi apabila dia bertemu XiYue sebelum memulakan topik utama.

"Tuanku Maharaja XiYue, tentang apa yang telah diutarakan oleh patik sebelum ini.." Zhou Feiyan tersenyum. Entah mengapa dia seolah-olah yakin tentang Empayar Haoxia yang kini telah berada di dalam tangannya.

"Maharaja Mu baru saja mangkat. Tidakkah kamu mahu berkabung dahulu sebagai isterinya?" perli XiYue.

"Ahaha! Dari awal patik tak pernah anggap dia suami. Tuanku XiYue, patik sejak awal masuk ke istana hanyalah untuk membalas dendam." balas Zhou Feiyan. Senyumannya masih manis macam selalu.

"Oh?" XiYue semakin berminat nak tahu.

"Dah tentu. Akhirnya Mu YuCheng mati ditangan patik! Baru puas hati patik. Dia seorang yang kejam dan tidak layak menjadi maharaja! Anak sendiri dia hukum dan seksa!" marah Zhou Feiyan secara tiba-tiba. Reaksi wajahnya serta merta berubah lain. Seperti dia menjadi orang lain.

XiYue hanya mendiamkan diri. Memberi ruang untuk Zhou Feiyan melepaskan perasaan yang terbuku.

"Ahaha!! Mu XiLian, akhirnya bonda telah berjaya.. Kamu sudah bebas.." ujar Zhou Feiyan seolah-olah tidak ada orang lain disitu. Umpama bercakap seorang diri.

XiYue yang mendengarnya bertambah yakin dengan apa yang telah sedia dia maklum. Mu XiLian adalah nama Putera Pertama. Memang betul ayahandanya sangat kejam memperlakukan sebegitu pada anaknya sendiri yang cacat. Satu perkara yang sampai kini XiYue tidak setuju. Namun perempuan di hadapannya ini telah meracun ayahandanya, juga bondanya Permaisuri Li JianSu.

"Ayahanda..dan bonda dibunuh oleh kamu?" soal XiYue yang mahukan bukti.

"Bonda?! Li JianSu bukanlah bonda kandung Tuanku XiYue. Permaisuri itu menipu!" terang Zhou Feiyan.

XiYue tersentak. "Apa maksudmu?"

"Ahaha! Sampai sekarang Tuanku Maharaja XiYue tak tahu.. Sedih! Bekas Permaisuri Yi FengJi telah membunuh bonda kandung kamu selepas melahirkan Tuanku. Lantas untuk selamatkan Tuanku, Mu YuCheng memberikan Tuanku XiYue pada Li JianSu untuk dijaga!" Zhou Feiyan membuka cerita.

"Yi.. FengJi.." XiYue menuturkan nama bonda Putera Kedua itu. Ini kali pertama dia tahu tentang dia yang merupakan anak angkat. Jadi dia dan XiHua cumalah.. adik beradik tiri.. atau mungkin bukan adik beradik langsung.

"Bodoh! Yi FengJi tanpa sedar telah membunuh perempuan tak berdosa! Ahaha!! Anak yang dikandung itu bukanlah anak maharaja tapi disebabkan cemburu, dia membunuhnya! Tuanku Maharaja XiYue bukanlah berdarah keturunan diraja! Tidak layak untuk takhta, ahahah!!" Zhou Feiyan ketawa. Sekali lagi dia melepaskan bom ke atas kepala XiYue.

Ahh.. Jadi dia dan XiHua sejak awal bukanlah adik beradik. Kalau dia tahu perkara ni sejak awal, tak mungkin dia akan lepaskan XiHua pergi. Malangnya, sudah terlambat. Adiknya telah berangkat bersama orang yang dia cintai. XiYue telah terlepas peluang yang dia ada.

"Aha..ahahaha!!" XiYue ketawa sambil menutup matanya dengan sebelah tangan. Air mata ditahan. Seorang pemerintah tidak boleh menunjukkan kelemahan.

"Jadi, siapa yang membunuh Li JianSu?" soal XiYue selepas itu.

"Sudah tentu Yi FengJi! Huh, sudah meringkuk dalam Istana Beku pun masih mencuba untuk mendapatkan takhta. Tapi dia tak akan berjaya tanpa bantuan patik, jadi boleh cakap yang kami adalah rakan subahat? Kalau Yi FengJi hapuskan Li JianSu untuk patik, lagi mudah kerja. Bukan begitu, Tuanku?" senyuman Zhou Feiyan makin berseri.

Sesaat kemudian senyuman itu hilang. Seperti tersedar dari lamunan yang panjang, dia tersentak dan bahunya terhinjut sedikit. Kenapa dia memberitahu XiYue ke semua benda ini? Kenapa dia menjawab apa saja soalan yang XiYue tanya?

"Baiklah. Soalan terakhir. Kamu yang rancang menakluk Empayar Haoxia?" XiYue menyoal sambil berdiri dari singgahsananya. Perlahan, dia berjalan turun dan berhadapan dengan Zhou Feiyan.

Wajah Zhou Feiyan nampak pucat. Dia melawan dari terus bercakap benar namun mulutnya tetap juga bergerak untuk memberitahu cerita yang asal.

"Betul tu. Patik yang rancang dengan bantuan General Yu Long, Loo Guan Ji. Selepas patik terselamat daripada api yang dirancang oleh Yi Fengji, pembantu patik telah membawa patik keluar dari Empayar. Patik terhutang budi pada Loo Guan Ji yang telah selamatkan patik di sempadan. Disebabkan itu, patik bersetuju untuk membantu Guan Ji menakluk Empayar Haoxia. Sebahagiannya adalah kerana dendam." luah Zhou Feiyan atau sebenarnya, Zhou Wei Yan. Cinta pertama Mu YuCheng.

"Semua ini dirancang bertahun yang lalu! Ahaha!! Akhirnya dendam aku terbalas!" tambahnya lagi sebelum ketawa panjang.

XiYue mengetap gigi. Tangan yang digenggam erat itu ditahan dari menumbuk wanita di hadapannya itu. Sesaat kemudian, ketawa Zhou Feiyan terhenti. Sekali lagi dia jujur. Kenapa dia bongkarkan semua rahsia ini? Melihat Zhou Feiyan yang keliru, XiYue ketawa hambar sebelum tersenyum sinis.

Dari belakang singgahsana milik XiYue kini, keluar dua orang yang amat dikenali oleh Zhou Feiyan. Wajah terkejut dan tidak percaya jelas tergambar pada mukanya.

"Tidak..tidak mungkin!! Kau berdua patut dah mati!!" jerit Zhou Feiyan.

"Wei Yan.. Untuk fikir Mika tidak mati semasa kebakaran berlaku.. Kenapa tidak beritahu Kita perkara sebenar?" soal Mu YuCheng dengan hati yang sebak. Melihat cinta pertama yang masih hidup hanya untuk kembali demi dendam merobek segala isi hatinya.

"Ah.. Jadi orang yang cuba membunuh Kita adalah Yi FengJi. Perempuan tak guna tu." Li JianSu memutarkan bebola matanya. Meluat dengan apa yang berlaku.

"Tak mungkin!!!" jerit Zhou Feiyan seperti orang histeria. Dia pasti dua manusia itu telah mati. Jadi kenapa mereka masih hidup? Kenapa?!

"Kalau kau fikir kau boleh dapatkan bantuan dari Yao atau demon.. Kenapa kami tak boleh dapatkan bantuan dari dewa kayangan?" ujar XiYue seolah-olah menerangkan sebab mengapa Zhou Feiyan berlakuan pelik.

DiHou YiFan yang merupakan Dewa Hukuman dan Pengadilan akan menyebabkan semua penipuan terhapus. Tanpa sedar, seseorang akan bercakap benar dihadapan DiHou YiFan. Seseorang tidak mungkin dapat menipu YiFan. Zhou Feiyan dari awal tidak pernah dapat melihat dan akan perasan tentang kehadiran dewa itu di dalam balai menghadap. Dia, wanita yang telah membuat perjanjian dengan Yao.

"Terimalah hukuman kamu yang sepatutnya. Manusia yang menggunakan kuasa gelap dan membuat perjanjian dengan Yao. Kamu kini hanyalah tidak lain dan tidak bukan perempuan sihir." ucap YiFan seraya menjatuhkan hukuman.

"Arghhh!!!" Zhou Feiyan menjerit. Kecantikan yang dia dapat dari perjanjiannya dengan mahkluk kegelapan terlerai dan wajahnya yang terbakar itu mula kelihatan.

Selepas itu, dirinya yang awet muda terus bertukar tua. Rambut hitamnya bertukar putih dan kulitnya berkedut. "Tidak! Tidak!!! Hentikan!!!" jerit Zhou Feiyan.

"Perjanjian dengan Yao akan memakan usia kamu. Kini, kamu cuma mempunyai beberapa hari saja untuk hidup." beritahu YiFan sebelum menghilang. Tugasnya telah selesai.

"Tidak.. Wuuu...sob..sob.." Zhou Feiyan melutut di atas lantai dan menangis. Dia yang kelihatan sangat tua itu akhirnya rebah kerana tidak lagi mampu untuk bergerak.

"XiLian..XiLian..maafkan bonda..maafkan bonda..wuuu.." teriaknya lagi sebelum pengsan.

XiYue mengeluh lalu berpaling. Tidak sanggup melihat wanita itu. Ayahandanya mendekati Zhou Feiyan sebelum mengangkat wanita yang telah tua dari usianya itu untuk dibawa ke bilik. Sebelum hayatnya berakhir, Mu YuCheng mahu perempuan itu melihat anaknya. Mungkin juga dia hanya mahu menebus dosa kerana menghukum anak yang tidak bersalah.

Li JianSu yang bosan dengan babak drama di hadapannya lantas berjalan keluar untuk pulang ke kediamannya. Berlakon sudah mati adalah sangat menyeksakan. Dia tidak boleh keluar dari bilik dan perlu berkurung disitu. Semuanya demi mencabut akar pengkhianat ni keluar dari istana mereka. Yi FengJi? Sudah pasti akan berhadapan dengan hukuman mati. Tak perlu tanya. Dia yang telah banyak melakukan kesalahan, akan dihukum.

XiYue pulang ke kediamannya, Istana Haomei apabila telah selesai segala urusan. Hari yang memenatkan. Kini segalanya telah berakhir. Fikir XiYue, dia boleh berehat sehinggalah ada pengawal yang berlari masuk.

"Tuanku Maharaja! Tentera dari Empayar Fenghua telah mara di Bandar Shichuan! Dalam masa seminggu, mereka akan sampai ke sini! Menurut General Yu Long yang menghantar utusannya, mereka mahu membalas dendam tentang pembunuhan Duta Wen!" lapor pengawal itu.

XiYue terkedu seketika. Duta Wen?

"Ah! Zhou Feiyan!!!" XiYue menghentak tangan ke atas meja. Siapa sangka dia sempat menghantar berita kematian Wen Bai Cheng pada Empayar Fenghua. Benar-benar perempuan sihir. Bai Cheng mati baru saja tengah malam tadi namun berita itu telah sampai ke Empayar Fenghua. Nampak sangat, kalau Bai Cheng tidak dibunuh, Zhou Feiyan sendiri akan membunuh lelaki itu.

Perang bakal tercetus sama ada XiYue mahu atau tidak. Rancangan yang bijak, Zhou Feiyan. XiYue terperangkap dalam permainan sendiri.

************************************





Continue Reading

You'll Also Like

19.6K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
644 68 21
"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending...
Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

70.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
16.9K 1.7K 118
Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonb...