Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

58

455 37 32
By Lais_Arsalan

Lu Feng makan dengan cermat dan berhati-hati sambil sekejap-sekejap matanya memerhati Yuan Di yang langsung tidak ambil kisah. Lelaki itu makan dengan selambanya sehingga Lu Feng yang berada di sebelah mula sakit hati. Akhirnya dia menghentak tapak tangannya di atas meja sehingga meja makan itu bergegar.

Yuan Di terhenti daripada menyuap makanan ke dalam mulut untuk sesaat sebelum dia kembali meneruskan semula santapannya. Lu Feng semakin sakit hati. Sudah dua bulan dia ditahan di dalam kediaman general itu selepas kejadian dia dan Zhong Yi ditangkap di Istana Utama sebelum ini.

"Yuan Di! Sampai bila aku nak kena duduk dalam bilik kau?!" marah Lu Feng, kasar saja percakapannya. Langsung tidak menghormati lelaki yang lebih tua darinya itu.

"Hah.." Yuan Di mengeluh. Dia berhenti menyuap sesaat namun selepas itu menyambung kembali suapannya.

"Oi! Yuan Di!" Lu Feng masih lagi tidak berpuas hati. Dia menolak pinggan mangkuk di atas meja sehingga terpelanting dan pecah. Suasana bertukar sunyi.

Beberapa minit selepas itu, Yuan Di bangun untuk keluar namun ditahan oleh Lu Feng. "Kau! Masih anggap aku macam budak-budak! Bila aku tanya apa yang terjadi pada Xie Shaoye sebelum ni, kau diam je! Sekarang ni duta dari Empayar Fenghua tu ada dalam istana kan?! Kenapa kau tak cakap apa-apa?!"

Yuan Di menundukkan pandangannya sedikit untuk melihat Lu Feng yang lebih pendek daripadanya. Matanya tajam merenung Lu Feng sehingga Lu Feng terpaksa mengalihkan wajahnya ke sisi. Tidak sanggup apabila dia terus dipandang sebegitu.

"Xie Shaoye, Xie Shaoye, Xie Shaoye.. Lu Feng, tak ada soalan lain ke nak tanya?" ujar Yuan Di.

"Hah?! Mestilah aku tanya pasal dia! Sebab..sebab.." Lu Feng terhenti. Eh? Sebab apa? Sebab.. Dia sebelum ni selalu melepak di Flower House selepas dapat tahu tentang Putera Kelima, jadi dia rapat dengan Zhong Yi. Dia yang selalu bersama dengan Zhong Yi, cuma dapat fikirkan tentang lelaki itu saja..

Wajah Lu Feng bertukar merah. Lantas saat itu Yuan Di menolak Lu Feng sehingga tersandar di dinding. "Sebab?" soal Yuan Di sambil memerangkap Lu Feng diantara kedua belah tangannya.

"Ha?! Kau dah kenapa? Lepaskan aku!" marah Lu Feng, cuba menolak Yuan Di supaya dia dapat keluar namun dia masih terperangkap diantara tubuh general itu dan dinding di belakang. Tubuh Yuan Di tegap bagai tembok yang menghalangnya daripada melarikan diri.

"Lu Feng, sebab?" soal Yuan Di sekali lagi dengan suara yang mendatar. Dia yang jarang sekali bersuara atau memberikan ekspresi wajah entah mengapa saat itu berasa geram dan sakit hati. Marah? Mungkin. Dia marah dengan Lu Feng kerana melihat lelaki lain selain dia.

"Yuan Di!" Lu Feng mengenggam lengan Yuan Di dan cuba menolak lelaki itu namun sedikit pun tidak berganjak.

"Umph?!"

Saat itu dia dikucup oleh Yuan Di di bibirnya. Terkejut, Lu Feng terus melepaskan lengan Yuan Di yang dipegangnya. Beberapa saat selepas itu, dua bibir yang bertautan tadi berpisah. Lu Feng masih terkesima.

"Lu Feng, aku suka kau. Aku tahu kau perempuan dari dulu lagi jadi kau tak perlu risau sebab aku tak beritahu sesiapa tentang rahsia ni. Tapi Lu Feng, tolong jangan pandang lelaki lain selain aku. Aku cemburu." beritahu Yuan Di dengan tegas.

Lu Feng terkebil-kebil memandang Yuan Di. Eh? Lelaki ni tahu?! Sejak bila? Lama dulu?! Eh? Dia yang sedaya upaya berusaha untuk berlagak seperti lelaki pada setiap masa ni? Dia yang dibesarkan sebagai lelaki sejak bayi? Eh? Macam mana Yuan Di boleh tahu? Lu Feng tak mahu dirinya dihantar berkahwin seperti perempuan lain dalam keluarga Huo! Lu Feng mahu berlawan macam lelaki lain!

"Lu Feng.." Yuan Di mengusap pipi Lu Feng dengan lembut dan penuh kasih.

"Jangan buat aku risau. Keadaan di istana tak stabil sekarang. Jadi budak baik dan duduk dalam ni." tambahnya lagi sebelum membelakangkan diri dan berjalan keluar dari bilik santapan. Lu Feng ditinggalkan sendirian disitu, masih tidak faham dengan situasi yang baru saja berlaku.

Yuan Di kemudiannya bersiap untuk ke istana. Mungkin dia tidak akan pulang ke kediamannya untuk beberapa hari. Dia berharap Lu Feng akan kekal selamat di dalam kediamannya dan dilindungi. Dia tidak mahu Lu Feng terlibat dengan apa-apa perkara yang berkaitan hal istana. Apa yang berlaku sebelum ini saja sudah cukup untuk membuatkan jantungnya hampir terhenti. Yuan Di tidak mahu berasa risau seperti itu lagi.

Dengan kehadiran Duta Wen Bai Cheng, keadaan di istana semakin bertambah rumit. Lelaki miang itu bukan sahaja bermain cinta dengan orang suruhan di istana, malah beberapa orang gundik istana. Memang dasar lelaki tak tahu malu. Kenapa Empayar Fenghua menghantar lelaki sebegini ke Empayar Haoxia? Walaupun dia seorang duta dan melakukan tugas dengan baik, sikapnya yang satu lagi itu memang membuatkan orang sakit hati.

Ahh.. Kalau boleh Yuan Di tak mahu Lu Feng terjebak dengan orang seperti Bai Cheng. Elok saja dia mengurung Lu Feng dalam kediamannya. Bila fikir yang Lu Feng ada perasaan pada lelaki lain, buat Yuan Di geram. Xie Shaoye, Xie Shaoye, Xie Shaoye! Tak ada orang lain yang nak ditanya!

Bam!

Penumbuk yang dikepalnya menumbuk dinding laluan koridor yang dilalui olehnya. Perkara tersebut mengejutkan beberapa orang suruhan yang bekerja namun mereka sudah biasa dengan general itu yang kadang-kadang melepaskan geram seperti itu. Tentu ada sesuatu yang berlaku?

.
.
.
.
.
.

"Arg! Xin Ai! Aku tak sabar! Aku tak sabar!" Bing Huang menggosok kepalanya yang serabut lantas tubuh yang sedang terbaring itu digoncangnya dengan kasar.

"Aahhh--- Bing Huang, Tuanku.. Tuanku.. Jangan goncang Tuanku.." Xin Ai menarik tubuh kawannya dari belakang. Kalau dibiarkan, Bing Huang mungkin akan betul-betul mencampakkan raja mereka dari tingkat atas ke bawah.

"Bangun! Bila Tuanku nak sedarkan diri, ha?! Xin Ai, aku setuju dengan rancangan kau sebelum ni. Mari bakar istana ni." Bing Huang lantas mula berpaling untuk mencari Yao atau Mo yang boleh mengawal api.

"Nanti!!!" Xin Ai masih memeluk Bing Huang dari belakang dan cuba menghentikan rakannya yang sudah hilang sabar itu.

"Nanti?! Sampai bila kita nak tunggu?! Dewa Laut Hitam sudah sediakan tentera dia! Dewa itu betul-betul mahu mencabar Tuanku! Untuk fikir dia akan menyerang Tuanku saat Tuanku beradu..cakap tentang pengecut.." Bing Huang mengetap giginya.

"Tch!" --- Bing Huang.

Xin Ai mengeluh. Yao memang mempunyai sikap yang panas baran. Memang jenis mereka tidak sabar dan suka buat semua benda dengan cepat. Langsung tak boleh tunggu. Satu tanduk milik Bing Huang ditarik oleh Xin Ai sehingga demon itu terpaksa menundukkan kepala kerana Xin Ai seorang yang pendek daripadanya.

"Sakit..." rengek Bing Huang.

"Dengar sini, aku ada satu idea." beritahu Xin Ai.

"Oh?" Bing Huang mula memandang kawannya dengan penuh minat.

"Di dunia manusia.." Xin Ai mula membuka cerita.

Bing Huang mendengar dengan penuh teliti dan dia mengangguk.

"Faham?" soal Xin Ai.

"Faham.. Tapi aku terkejut." balas Bing Huang.

"Eh?"

"Untuk fikir yang fikiran kau ni lebih jahat dari Yao atau Mo.. Heh.."

Bing Huang tersengih.

"Ah?! Salah siapa?!" Xin Ai menuding jari ke arah demon bertanduk tiga dihadapannya.

"Hm.. Jadi berkawan dengan aku dah merosakkan kau."

"Ma..mana ada!"

Bing Huang tersenyum hambar sebelum mengusap kepala Xin Ai. "Baiklah, jadi aku cuma perlu buat sedikit masalah di dunia manusia bukan?"

Xin Ai mengangguk.

"Hm. Tunggu aku balik." ujar Bing Huang sebelum membuka sayapnya, bersedia untuk keluar.

Xin Ai mengangguk lagi. Dia hanya melihat Yao itu melompat keluar dari tingkap dan menghilang.

"Hahh.." Xin Ai mengeluh. Dia menoleh ke arah seseorang yang masih tidur di atas katil yang sangat mewah. Tubuh yang diam itu kelihatan seolah-olah tidak bernyawa. Dadanya tidak ada turun naik. Sudah tentu, kerana dari awal dia tidak perlu bernafas. Cuma patung.

"Tuanku.." Xin Ai mendekati tubuh yang kaku itu. Tangan yang sejuk bak ais beku itu digenggam erat dalam tangannya sebelum dibawa kepipi.

Rambut panjangnya yang beralun lembut di atas kain satin. Tubuh yang sempurna. Wajahnya yang elok dan rupa paras yang tiada tandingan. Demon Lord ini mampu membuatkan sesiapa saja jatuh cinta saat melihatnya. Namun malang kerana pemerintah Diyu itu tidak punya sebarang perasaan. Dia tidak pernah senyum atau gembira..juga tidak pernah menangis atau sedih. Tidak pernah marah atau geram..

Ya, dia merupakan patung yang sempurna. Cuma bezanya patung itu kini tidak sedarkan diri.

"Tuanku, cepatlah bangun." ujar Xin Ai.

Sudah berapa lama.. sejak kali terakhir dia mendengar suara raja itu?

************************************

Continue Reading

You'll Also Like

6.1K 325 49
Faiz dan Haikal tercampak ke zaman Portugis Melaka tahun 1588 Masihi! Macam mana mereka nak balik ke zaman moden? Jom kita ikut pengembaraan mereka...
219K 16.5K 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disump...
644 68 21
"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending...
2K 127 16
sambungan CSL