Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

48

461 47 34
By Lais_Arsalan

XiYue duduk menemani Maharani Balu untuk minum petang. Mereka berbual tentang apa yang berlaku di sekitar mereka dan tentang duta dari Empayar Fenghua yang bakal datang melawat.

"Maharaja Mu berikan tugas menerima duta itu kepada Putera Kelima. Kenapa dia tak berikan pada kamu?" soal nendanya.

XiYue hanya tersenyum. Dia sedar dan dia juga faham. Kalau mahu, senang saja Putera Kelima nak rampas pangkatnya sebagai Putera Mahkota untuk menaiki takhta. Namun begitu, Putera Kelima tidak berminat dengan kuasa. Cuma Maharaja Mu yang masih belum berputus asa.

"Nenda, Putera Kelima lebih bijak menguruskan tetamu." balas XiYue.

"Tapi kamu merupakan Putera Mahkota! Maharaja Mu memang pilih kasih. Sejak awal dia memang mahu memberikan takhta pada Putera Kelima." nendanya bersuara.

"Nenda, senang saja kalau adikanda XiHua mahu menjadi Putera Mahkota. Cumanya dia tidak mahu. Sejak awal, XiYue tak pernah ada peluang untuk menang." XiYue masih merendah diri.

Memang betul pun sebenarnya apa yang dia katakan. Di luar sana, adiknya itu telah banyak mengumpul kuasa dan pengaruh. Semuanya dilakukan bagi menyokong XiYue sebagai Putera Mahkota. Sampai macam tu sekali XiHua berkorban untuk XiYue. Antara sebab kenapa XiYue sangat percaya dan sayangkan XiHua.

"Hah.. XiYue tak perlu risau. Nenda masih sokong kamu. XiHua tak sesuai menjadi Maharaja. Dia terlalu ikutkan hati dan perasaan. Pemerintah perlulah berfikir dahulu sebelum bertindak kerana perbuatannya bakal mempengaruhi seluruh empayar." Maharani Balu tersenyum sebelum mengusap lengan XiYue, cuba memberi semangat.

XiYue membalas senyuman nendanya itu. Nendanya tak perlu risau kerana XiYue yakin XiHua tak akan khianati dia. Tak akan..kan? XiYue cuma ada XiHua.

.
.
.
.
.
.

XiChen melihat orang gajinya yang terbaring dengan mulut yang berbuih sebelum pandangannya berubah ke arah meja santapan. Jantungnya laju berdegup kerana menyedari akan hidangan yang diracun itu dituju kepadanya. Seseorang cuba untuk membunuhnya.

XiYue? Atau XiHua? Zhou Feiyan?

Beberapa orang terlintas di dalam fikirannya. Kemungkinan besar adalah XiHua kerana Putera Kelima itu sanggup melakukan apa saja bagi memastikan tempat XiYue sebagai Putera Mahkota tidak terjejas. Tapi mungkin juga XiYue yang melakukannya bagi membalas dendam tentang apa yang berlaku pada Permaisuri Li JianSu.

Zhou Feiyan? Kemungkinan perempuan ini cuba membunuhnya juga ada. Barangkali dia mahu menutup mulut XiChen tentang sesuatu. Tapi apa saja rahsia dia yang XiChen tahu? Tentang Zhou Feiyan yang menyebar cerita bukan-bukan pasal Putera Kelima? Atau Zhou Feiyan yang seringkali ambil tahu tentang Putera Kelima?

Bila fikir balik, kenapa Zhou Feiyan sangat berminat dengan Putera Kelima? Pelik.

Apa pun, XiChen meminta pengawalnya untuk mengangkat mayat di hadapannya itu sebelum membersihkan tempat kejadian. Dia dah hilang selera makan dengan apa yang baru saja berlaku. XiChen kemudiannya menukar pakaian untuk keluar dan dia menuju ke Istana Haomei.

Putera Mahkota XiYue yang sedang duduk saja menikmati juadah di tepi taman saat itu tersenyum apabila pengawal istana menyatakan kedatangan Putera Kedua. Maharani Balu baru saja pulang semula ke kediamannya. Kini cuma XiYue saja di  situ sambil membaca buku catatan pelayaran.

"Putera Mahkota." XiChen memandang ke arah XiYue dengan serius. Matanya tajam merenung ke dalam mata XiYue.

"Ah, Putera Kedua. Ada apa Mika ke mari?" soal XiYue, seolah-olah tidak tahu dengan apa yang baru saja berlaku di Istana Baitang.

"Mika tak tahu? Ada orang gaji di istana yang mati diracun. Macam mana Mika masih boleh makan lagi sekarang ni?" perli XiChen.

XiYue yang mendengarnya ketawa kecil. "Oh." cuma itu saja yang keluar dari mulutnya.

"Mika yang lakukannya?" soal XiChen.

XiYue masih lagi tersenyum. "Kalau Kita yang lakukannya pun, kenapa?" soalnya dengan selamba.

"Balas dendam?" XiChen masih belum berpuas hati.

XiYue: "Balas dendam untuk apa?"

XiChen mengetap giginya. "Sebab pembunuhan permaisuri."

"Permaisuri Li JianSu bukannya ibu kandung Kita. Mika juga tahu tentang perkara tersebut. Untuk apa Kita balas dendam?"

"Huh.." akhirnya XiChen membuka kipas lipatnya dengan kasar sebelum berpaling dan berlalu pergi. Wajahnya dikipas dengan kipas lipat tersebut.

Panas hati, panas badan, panas semuanya. Geram dengan sikap XiYue yang suka bermain-main. Tapi dari perbualan tersebut XiChen yakin kini bahawa XiYue bukanlah orang yang cuba untuk membunuhnya. Mungkin. Langkah kakinya berjalan pula ke arah Istana Mingzhuo.

Setelah Putera Kedua meninggalkan kediaman XiYue, Putera Mahkota itu ketawa. Entah kenapa dia terhibur melihat XiChen yang cemas. XiYue kemudiannya berhenti ketawa selepas itu. Riak wajahnya bertukar serius. "Ah, kenapa bukan dia yang makan racun tu? Tch.."

.
.
.
.
.
.

Di Istana Mingzhuo, XiHua sedang sibuk melayan karenah doktor peribadinya. Sudah tiba masa rawatan setiap bulan dijalankan. XiChen yang baru saja mahu berjumpa dengan Putera Kelima terpaksa berpatah balik kerana tidak boleh masuk ke dalam Istana Mingzhuo ketika itu.

Shi Xue: "XiHua, kalau kau tarik muka masam setiap kali aku datang.. Tak berminat aku nak rawat kau."

XiHua tidak pedulikan Shi Xue sebaliknya dia langsung tak dengar pun apa yang Shi Xue katakan. Sejak seminggu yang lalu selepas kes pecah masuk ke dalam istananya oleh pembunuh upahan itu, XiHua perasan yang Zhong Yi asyik mengelak dari bertemu dengannya.

Kenapa? Dia ada buat salah ke dengan lelaki tu?

"Hahh.." XiHua mengeluh sambil duduk menongkat dagu di meja menulis di dalam biliknya.

Shi Xue yang sejak tadi memerhati mula berkerut dahi. "XiHua?" panggil doktor muda itu.

XiHua masih dalam alam sendiri. Sekejap mengeluh, sekejap dia menukar tangan yang menongkat dagu, sekejap dia menongkat pipi atau dia akan menjuihkan bibirnya seperti tidak berpuas hati.

"Kau dah kenapa?" tanya Shi Xue ingin tahu.

"Sakit." beritahu XiHua dengan muka yang sedih.

"Sakit di mana?" Shi Xue mula risau.

"Sini." balas XiHua sambil menunjuk ke arah dadanya.

"Sakit dada? Rasa macam mana?" Shi Xue kemudian mula memeriksa nadi XiHua.

"Tak tahu. Tapi rasa susah nak bernafas. Macam..macam..rasa ketat dan sempit." dia mengadu lagi. "Aku ada masalah jantung ke?"

Shi Xue berfikir lama. Nadi XiHua elok saja. Tak pula ada masalah jantung. Kenapa Putera Kelima ni sakit dada tiba-tiba?

"Sejak bila kau rasa macam ni?" tanyanya lagi untuk kepastian.

"Sejak.." Zhong Yi tak layan dia?

"XiHua?" panggil Shi Xue apabila ayat XiHua terhenti separuh jalan.

"Tapi aku tak rasa sakit selalu. Aku cuma sakit bila.. bila aku tengok seseorang ni." XiHua menerangkan keadaannya.

"Hah? Sakit cuma bila tengok seseorang? Sakit apa kau ni?" Shi Xue mula musykil.

"Mana la aku tahu. Kau la doktor patut tahu." XiHua mengeluh buat sekian kalinya.

"Hmmm.. Jadi kau sakit bila dengan seseorang ni. XiHua, sakit dada kau ni ada buat kau rasa berdebar tak?" Shi Xue mula menyoal siasat. Kalau betul sangkaannya, Putera Kelima ni dah sakit tenat.

"Betul tu!" XiHua mengangguk.

"Jantung kau laju dan kau rasa tak senang duduk?" soal Shi Xue sekali lagi.

"Un, un, un!!" XiHua mengangguk lagi.

"Hm.. Kadang-kadang kalau jauh dari orang tu kau rasa sedih dan tak bersemangat. Tapi bila ada dekat dengan orang tu, kau rasa gembira?" doktor itu mula mengeluh.

"Shi Xue, aku sakit teruk ke? Semua yang kau cakap tu sama macam yang aku rasa." XiHua mula gelabah.

"Teruk. Sangat teruk. XiHua, kau dah tenat!" Shi Xue memegang kedua belah bahu XiHua.

"Hah?! Aku..aku akan mati ke?" tapi dia baru saja dihidupkan balik. Tak kan la mati sekali lagi? Sebab sakit jantung? XiHua muda lagi!

"XiHua..kalau berterusan..kau akan mati." Shi Xue menggelengkan kepalanya.

"Tak ada ubat?" soal XiHua.

"Tak ada..kecuali.." Shi Xue mengeluh.

"Kecuali apa? Aku sanggup buat apa saja! Shi Xue!" XiHua bersungguh-sungguh cuba meyakinkan dengan Shi Xue.

"Hmm..kahwin dengan aku?" akhirnya Shi Xue tersengih.

"Boleh blah!" XiHua menolak Shi Xue jauh darinya.

Orang tengah serius, boleh pula dia main-main. Shi Xue ketawa kuat apabila XiHua memasamkan wajahnya. Merajuk la tu.

"Aku tak main-main la. Kau sakit tenat XiHua." balas Shi Xue selepas dia berhenti ketawa.

"Memang tak ada ubat?" XiHua mencebik.

"Maaf, tak ada. Cuma.."

"Cuma apa?"

Shi Xue tersenyum tapi kenapa XiHua rasa tak selamat tiba-tiba ni?

************************************






Continue Reading

You'll Also Like

Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

70.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
15K 2.1K 101
Kisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila And...
2K 127 16
sambungan CSL
38.8K 2.8K 48
#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #p...