Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

42

481 44 39
By Lais_Arsalan

Di meja makan, Zhong Yi makan dengan sangat lambat sehinggakan XiHua fikir dia sedang bermain dengan makanannya. Tangan XiHua mencapai lauk dengan penyepit kayu lalu diletakkan ke dalam mangkuk Zhong Yi. Zhong Yi mengangkat wajahnya, terkejut kerana melihat lauk yang muncul tiba-tiba.

"Makan banyak sikit." tegur XiHua.

Zhong Yi: "........"

Ru Ruo yang berada di sisi XiHua pula memandang ke arah Zhong Yi sebelum memandang pula ke arah XiHua. Dia mengulang perbuatannya beberapa kali. Sesaat kemudian, Ru Ruo tersengih. Dia mencapai lauk kegemaran XiHua dengan penyepitnya lalu disua ke arah XiHua.

"Aaa..." Ru Ruo menyuruh XiHua membuka mulut.

Kening XiHua terangkat sebelah. Pelik kerana Ru Ruo tiba-tiba jadi baik di meja makan pada hari itu. Siap nak tolong suapkan. Selalu mereka berdua pasti bergaduh kerana menu makanan yang berbeza citarasa. Tapi XiHua hiraukan saja perangai pelik Ru Ruo dan membuka mulutnya.

Ru Ruo menyuap makanan ke dalam mulut XiHua sebelum tersenyum manis. XiHua kemudiannya meneruskan makan dari dalam mangkuk miliknya tanpa mempedulikan sekeliling. Ru Ruo memandang ke arah Zhong Yi. Lelaki itu nampak kaku dan terkejut.

Ru Ruo tersenyum sebelum senyumannya semakin lebar dan dia tersengih. Zhong Yi lantas melarikan pandangan matanya dan menyambung untuk makan. Ru Ruo rasa geli hati. Entah kenapa dia macam dapat tahu sesuatu yang sangat menarik. Ohohoo..

"XiHua~" Ru Ruo melembutkan suaranya.

"Kenapa?" soal XiHua sambil masih sibuk dengan makanan.

"Malam ni, rancangan kita jadi tak?" soal Ru Ruo, sengaja membuatkan soalannya nampak macam benda yang cuma suami isteri saja buat. Perkara sebenarnya? Mereka bakal mengadakan perbincangan rahsia dengan Wen Chong tentang siasatan balik tabir mereka.

"Oh. Mestilah. Pastikan kau pakai baju yang sesuai." balas XiHua. Kalau boleh dia mahu Ru Ruo pakai pakaian lelaki, menyamar sebagai salah seorang pengawal. Lagipun Ru Ruo tak handal berlawan jadi dia lebih sesuai dengan kerja penyamaran sahaja.

"Ehehe.. Jangan risau. Kita pakai baju yang 'menarik' sahaja." Ru Ruo mengenyit sebelah mata.

Bang!

Zhong Yi tersedar dari lamunan. XiHua dan Ru Ruo memandang ke arahnya dengan pelik. Zhong Yi melihat tangannya di atas meja. Tanpa sedar, dia telah menepuk meja tersebut. Lantas dia terus bangun dan keluar dari ruang menjamu selera kerana malu. Dia telah melakukan sesuatu yang sangat pelik.

Langkah kaki Zhong Yi laju diatur ke biliknya semula. Dalam perjalanan, dia melepasi taman Istana Mingzhuo. Jambatan yang menyeberangi kolam ikan yang agak besar itu dilalui olehnya. Namun sebelum sempat dia tiba di seberang, tiga orang pembuli telah menghalang jalannya.

"Hmph! Diajak makan bersama Putera Kelima?!" Jiumei menyuarakan rasa tidak puas hati. Luyan dan Li Xian mengangguk.

"Ingat kau bagus sangat?! Hanya sebab Putera Kelima tunjukkan yang dia kisah pasal kau!" herdik Luyan.

"Maaf, boleh tak berikan saya laluan?" Zhong Yi tersenyum, masih sabar melayan tiga orang 'budak' itu.

"Nak lalu? Langkah mayat Kita dulu!" Li Xian menolak tubuh Zhong Yi dengan sepenuh tenaganya.

Zhong Yi yang langsung tak bersedia dengan 'serangan' tersebut, melangkah kebelakang beberapa tapak namun tergelincir apabila dia mendapati dirinya berada di hujung jambatan.

Splash!

Basah.

"Ahahaha!!!" tiga orang pembuli itu ketawa sebelum berlalu pergi dari situ.

Zhong Yi mengetap gigi menahan geram sebelum dia menghembuskan nafas berat. Tangannya yang digenggam sejak tadi mula dibuka semula. Tapak tangannya nampak pucat. Perlahan-lahan Zhong Yi berjalan keluar dari kolam ikan tersebut. Mujurlah kolam itu tak dalam mana. Airnya cuma separas dada Zhong Yi.

Dirinya yang basah diheret pulang ke biliknya. Qing Qing yang menanti di hadapan bilik agak terkejut apabila melihat lelaki itu basah lencun. Dia terus berlari mendapatkan tuala bagi mengeringkan tubuh lelaki itu. Kemudiannya Qing Qing menyediakan pula pakaian ganti.

"Xie Shaoye, saya letakkan baju di sini." ujar Qing Qing dari sebalik papan penghadang tempat menukar pakaian.

"Em.." Zhong Yi membalas tak bersemangat.

Wajah Qing Qing berubah sayu. Dia tak pasti tentang apa yang berlaku tapi dia pasti Zhong Yi tak gembira. Arahan yang dia terima dari Putera Kelima adalah untuk menjaga lelaki itu dan buat dia gembira seperti berada di rumah sendiri. Nampaknya Qing Qing gagal dalam menjalankan tugas.

"Xie Shaoye, kalau Xie Shaoye ada sesuatu nak kongsi dengan Qing Qing.. Qing Qing sedia mendengar." beritahunya dengan harapan Tuan Muda keluarga Xie itu akan sedikit sebanyak membuka cerita.

"Qing Qing." panggil Zhong Yi.

Qing Qing menoleh. Kelihatan tuan muda itu telah siap menukar pakaian. Rambutnya masih basah selepas mandi kelihatan bersinar dan air menitis dari hujung rambut. Sangat..cantik? Buat Qing Qing terdiam seketika.

"Qing Qing?" panggil Zhong Yi sekali lagi.

"Ah?" Qing Qing terkebil-kebil.

"Sikat." beritahu Zhong Yi sambil menghulurkan sikat rambutnya yang telah diambil dari atas meja.

Qing Qing tersenyum seraya mengambil sikat tersebut. Zhong Yi duduk di hadapan cermin. Kain lap digunakan oleh Qing Qing bagi mengeringkan hujung rambut Zhong Yi sebelum dia menyikat rambut si lelaki.

Bibirnya tersenyum sepanjang perbuatannya. Entah kenapa dia teringat saat dulu-dulu. Putera Kelima semasa kecil dahulu juga sering kali meminta Qing Qing untuk menyikat rambutnya. Lantas mulut Wing Wing laju bercerita pada Zhong Yi kisah Putera Kelima semasa kecil.

"Lepas tu, setiap kali selepas mandi dia akan duduk di depan cermin sambil tersenyum minta Qing Qing sikatkan rambut dia."

"Setiap petang pula Putera Kelima suka bermain alat muzik guqin dengan Putera Mahkota XiYue di taman."

"Putera Kelima sangat sukakan bunga. Percaya tak? Walaupun dia nampak ganas tapi sebenarnya Putera Kelima seorang yang sangat lembut dan penyayang."

"Ada satu masa ni, seekor burung cedera kerana terkena panah semasa latihan. Maharaja Mu minta pengawal istana bunuh burung tersebut tapi Putera Kelima berlari dan dapatkan burung tu. Tahu apa Putera Kelima buat?" soal Qing Qing dengan senyuman.

"Apa?" Zhong Yi yang berminat nak tahu sejak awal mendengar dengan penuh perhatian.

"Dia buka kain balutan yang membalut tangannya dan balut luka pada burung tu sebelum dipeluk dan dibawa pulang ke istana. Sekarang, burung tu masih ada dan berkhidmat untuk Putera Kelima." jelasnya.

"Burung apa tu?" Zhong Yi menyoal. Matanya bersinar memandang ke arah Qing Qing dari depan cermin.

"Burung hantu. Putera Kelima beri nama Momo. Kalau nak tengok, boleh la pergi ke bilik Putera Kelima." beritahu Qing Qing.

"Bilik..Putera Kelima..huh?" wajah teruja Zhong Yi tadinya berubah suram.

Qing Qing yang perasan akan perubahan riak muka tuan muda itu mula kelam kabut. Eh, eh? Tadi gembira bila dengar cerita jadi kenapa sedih balik?

"Xie Shaoye?" tegur Qing Qing.

"Qing Qing, hubungan Putera Kelima dengan Puteri Ru Ruo sangat baik, kan?" soalnya sambil tersenyum.

Qing Qing terdiam. Baik ke? Mereka selalu bergaduh tapi lepas tu berbaik semula. Jadi.. Boleh dikatakan baik ke?

"Hm." Qing Qing mengangguk. Putera Kelima dan isterinya itu macam kawan baik. Tapi tak pernah lebih dari itu. Cuma kawan baik.

Prak!

Sesuatu retak.

"Xie Shaoye?" Qing Qing memanggil apabila Zhong Yi tidak memberi sebarang reaksi.

Senyuman milik lelaki itu beku tanpa sebarang perasaan. "Heh? Terfikir.. Mereka berdua mesti bahagia..kan?"

"Bahagia? Mestilah." Qing Qing menjawab dengan yakin.

Prang!

Sesuatu pecah.

"Tapi, tula.. Malang sekali Putera Kelima dan Puteri Ru Ruo cuma kawan baik." Qing Qing mengeluh. Suaranya perlahan saja, macam membebel pada diri sendiri.

Zhong Yi masih tersenyum sejak tadi. Dia tak dengar pun bebelan Qing Qing. Fikirannya jauh melayang ke negara awan. Dia sedang mengutip dan cantum balik sesuatu yang pecah.

***********************************








Continue Reading

You'll Also Like

39K 1.9K 20
[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa at...
6.1K 325 49
Faiz dan Haikal tercampak ke zaman Portugis Melaka tahun 1588 Masihi! Macam mana mereka nak balik ke zaman moden? Jom kita ikut pengembaraan mereka...
3K 593 40
××× Wahai Hati, Paling sukar ditafsir dan difahami. Bila bibir mengukir senyuman, Belum tentu dia bahagia. Bila air matanya mengalir deras tanpa...
38.8K 2.8K 48
#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #p...