Tiga Dunia: The Prince and Th...

Lais_Arsalan द्वारा

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... अधिक

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

41

460 43 39
Lais_Arsalan द्वारा

XiYue memandang pintu yang hampir reput dihadapannya dengan wajah yang sukar digambarkan. Kunci mangga yang sebesar penumbuk itu dibuka dengan kunci yang diambil olehnya pada malam sebelum ini dari bilik ayahandanya. Perlahan dan penuh berhati-hati dia menolak pintu tersebut supaya tidak roboh.

Satu lorong yang tidak berapa luas terdedah dari sebalik pintu. Bersawang. XiYue menutup hidungnya sebelum berjalan masuk ke dalam. Lorong tersebut tidak berapa gelap dan tidak berapa terang kerana ada pelita pada sepanjang jalan. Siapa yang pasang? XiYue tak pasti.

Paling penting, kenapa ada lorong di sebalik pintu lama di Istana Beku ni? XiYue tak tahu. Asalnya dia cuma nak siasat tentang Yi FengJi kerana dia dikurung di Istana Beku. Siapa lagi kalau bukan bonda kepada XiChen? Tapi nampaknya dia dah jumpa benda yang lagi menarik.

Sampai di hujung lorong, XiYue berhenti kerana ada satu pintu besi disitu. Penghujung lorong tersebut. Pada pintu besi itu terdapat lubang-lubang kecil. XiYue mendekati pintu tadi lantas mengintai ke dalam dari lubang kecil pada pintu. Sebuah bilik.

"Aawaaaawwaa!!"

XiYue lantas melangkah beberapa tapak kebelakang. Terkejut. Hampir saja dia tersadung dan terjatuh. Jantungnya berdegup kencang. Apa benda yang dia nampak dalam tu?

Dung! Dung!

Pintu besi itu diketuk dari dalam. Mata XiYue membulat sambil merenung ke arah pintu besi yang tertutup rapat. Baru XiYue perasan akan rantai besi yang memagari pintu itu berserta kunci mangga yang lebih dari 5 buah.

"Awaaawaaawaa!!" suara tadi masih kedengaran dari dalam.

Meremang bulu roma XiYue. Rasa seram sejuk. Lantas dia terus berpaling untuk cepat keluar dari situ. Tak pasti apa yang dia lihat. Manusia? Tapi terlalu...pelik untuk dikatakan sebagai manusia. Mahkluk apa yang dikurung disitu? XiYue tak tahu dan tak pasti.

"Awawaaawaaa!!" suara tadi masih sayup kedengaran sebelum akhirnya hilang selepas XiYue keluar dari lorong tersebut.

Pintu yang hampir reput itu kembali ditutup dan dikunci. XiYue kemudiannya kembali semula ke istana kediamannya. Perkara mengenai Yi FengJi? XiYue tolak belakang dahulu. Apa pun yang dikurung di bilik bawah tanah di Istana Beku itu, XiYue pasti bukan perkara baik. Kalau tak macam mana boleh berada di situ?

.
.
.
.
.
.
.
.

Di sebalik pintu besi yang dipagari rantai dan kunci mangga, dia terduduk bersandar pada dinding. Rambutnya yang panjang dan kusut masai semakin berserabut apabila dia menggosoknya dengan tangan.

"Uwaandaa..Wannuuunndaa.." dia bersuara sambil air matanya mengalir.

Suaranya langsung tidak jelas kerana lidahnya telah dipotong dengan sengaja oleh seseorang. Tangannya yang kurus kering umpama ranting kayu itu menggaru kepala yang tidak gatal. Tubuhnya pula dapat dilihat kulit yang membaluti tulang. Rangka kering yang masih hidup.

Apa dosa dia dikurung dan diseksa sebegitu? Dia tak tahu.

Bonda yang dahulunya bersama dengannya sudah pergi tinggalkan dia.

Cuma bonda yang baik dengannya.

Cuma bonda sahaja yang melayannya dengan lembut dan penuh kasih.

"Uwaandaa..Wannuuunndaa.." dia bersuara lagi.

Di celah nyawa yang masih ada, matanya merah menyala memandang ke arah pintu, penuh dengan dendam kesumat. Tapi apa yang mampu dia buat? Dia cuma si bodoh yang kini tak punya apa-apa.

"Shh..shh..anak bonda. Anak bonda yang baik, jangan menangis. Bonda akan keluarkan kamu dari tempat jahanam ni tak lama lagi."

Suara mendayu milik bondanya buat dia semakin tenang. Ya, bonda sudah janji. Bonda akan keluarkan dia dari sini tak lama lagi. Bonda, dimana bonda? Kenapa sampai sekarang bonda masih belum datang? Si anak yang bodoh masih terus menunggu.

Siapa dia?

Dia Putera Pertama, Mu XiLian.

.
.
.
.
.
.
.

Zhong Yi mengeluh. Dia memandang kulit buah pisang yang penuh di sepanjang jalan biliknya di sekitar kawasan Istana Mingzhuo. Pembulian jenis apa ni? Macam budak-budak. Dia pasti dan sah semua perkara ni adalah idea tiga orang gadis yang datang berjumpa dengannya semalam.

Qing Qing lantas memanggil beberapa orang pembantu istana untuk membersihkan kawasan sekitar bilik Zhong Yi. Zhong Yi tidak mempedulikan dirinya yang dibuli oleh tiga 'kanak-kanak' tersebut dan terus berjalan ke arah ruang tamu. Namun siapa sangka, tiga 'kanak-kanak' itu masih belum berputus asa?

Saat Zhong Yi mahu melangkah masuk, kakinya tergelincir di atas minyak yang telah disimbahkan ke atas lantai terlebih dahulu. Tubuhnya melayang jatuh. Mata Zhong Yi membulat sebelum dia menutup matanya, menanti diri jatuh macam nangka busuk.

"Dah puas kena peluk?" soal satu suara.

Zhong Yi yang baru perasan dia tak rasa sakit sebab jatuh itu terus membuka matanya. Dilihat dirinya saat itu dipeluk dari belakang oleh seseorang. Terus Zhong Yi menolak tubuh yang sedang elok memeluknya. XiHua hanya tersenyum sinis. Topeng wajah yang dipakainya kali ini cuma menutup separuh muka, menampakkan bibir munggil yang merah.

"Putera..Kelima.." tegur Zhong Yi sambil menikus. Tangannya mengusap lengan sambil matanya pula dilarikan ke arah lain.

"Hm." XiHua mengangguk. Dia menoleh ke satu arah dan saat itu, tiga orang gadis yang bersembunyi di sebalik tembok terus menghilangkan diri.

XiHua mengeluh. "Xiao Yi, awak kena buli ke dekat sini?"

Zhong Yi lantas menggelengkan kepala.

"Betul?" XiHua mengangkat sebelah kening.

"Betul." balas Zhong Yi, tak mahu mengaku.

XiHua memandang pula ke arah Qing Qing, pembantu setia yang dia letakkan di sisi Zhong Yi. Dia percayakan Qing Qing dan dia tahu perempuan itu akan menjaga dan melayan Zhong Yi dengan baik.

"Tuan Putera Kelima jangan risau. Qing Qing akan jaga Xie Shaoye." balas Qing Qing dengan yakin.

"Hm." mendengar perkara itu, barulah hati XiHua lega.

Dia kemudiannya mengarahkan tukang cuci untuk membersihkan lantai sebelum menyuruh Zhong Yi pergi menukar pakaian.

"Untuk apa?" soal Zhong Yi.

"Makan tengah hari." beritahu XiHua.

"Perlu ke tukar baju?" terkebil-kebil mata Zhong Yi memandang lelaki bertopeng dihadapannya itu.

"Tak perlu, tapi baju ni dah berbau minyak. Kalau awak tak kisah berbau macam ni.." senyuman XiHua meleret.

Lantas Zhong Yi melibas lengan bajunya sebelum berpaling dan berjalan laju ke arah biliknya semula. Bibirnya digigit perlahan tanda tak puas hati. Entah kenapa dia sakit hati bila melihat senyuman XiHua yang seronok kenakan dia setiap masa.

Dari jauh, XiHua ketawa namun hanya untuk sementara waktu. Matanya tajam memandang ke arah pakaian yang dipakai oleh Zhong Yi. Pakaian milik kerabat diraja. Siapa yang tukarkan baju Zhong Yi yang XiHua dah sediakan dengan baju lain? Dia tak sepatutnya pakai baju khas yang hanya dipakai golongan putera. Seseorang cuba memfitnah Zhong Yi sekali lagi.

Kalau Zhong Yi keluar dengan pakaian itu, dia pasti akan dihukum. Kalau dia tidak dihukum sekali pun, orang pasti akan bertanya tentang hubungan Zhong Yi dan XiHua sekaligus menjatuhkan maruah XiHua. Umpama menjatuhkan dua sekaligus dalam satu masa. Kalau dia tak berjaya jatuhkan XiHua pun, dia akan singkirkan Zhong Yi.

"Putera Kelima?" suara Ru Ruo menegur.

XiHua menoleh ke arah gadis itu yang baru muncul dari arah bilik bacaan.

"Baru selesai siapkan buku akaun?" soal XiHua.

Ru Ruo mengangguk. "Kita perlukan 150 keping perak untuk keperluan pada bulan ni. 120 keping perak bagi belanjawan semua orang dalam istana dan..." dia mula malaporkan kerjanya macam isteri yang bertanggungjawab.

XiHua hanya mendengar dan mengangguk. Sebelum ni semua kerja ni dibuat oleh Wen Chong.

"Ah.. Baik, baik.. Kau buat la apa pun yang kau rasa patut. Aku malas nak dengar." selepas penat mendengar 'bebelan' Ru Ruo tentang nilai mata wang, XiHua menutup telinga.

"Ish, dengar la! Ni masalah kediaman kita juga, faham?!" marah Ru Ruo. Dasar suami tak bertanggungjawab betul Putera Kelima ni.

"Bla bla bla~" ejek XiHua.

Ru Ruo lantas mencubit lengan si lelaki bertopeng. XiHua lantas membalas dengan menarik rambut panjang Ru Ruo. Kemudiannya mereka membalas tepuk tampar macam kanak-kanak ribena.

Zhong Yi yang baru selesai menukar pakaian, terhenti langkah kakinya. Dia melihat dari jauh, sepasang suami isteri itu yang nampak gembira bermain kejar-kejar. Dalam hati rasa sesuatu dah pecah. Eh, apa perasaan ni ya?

Kutip, cantum kaca yang dah retak.

***********************************











पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

19.4K 1.6K 42
Dia seorang gadis yang sangat menyedihkan. Dia seorang pelajar yang tidak terkenal dan bekerja sebagai asassin.kepercayaan dan cintanya dikhianati. ...
644 68 21
"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending...
19.6K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
Cinta Sang Laksamana : Inderapura AnnSelasih द्वारा

ऐतिहासिक साहित्य

2K 127 16
sambungan CSL