Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.9K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

33

526 45 45
By Lais_Arsalan

XiHua berjalan mundar mandir di dalam bilik membaca istana Mingzhuo. Bukan apa, dia serabut. Tak tahu apa yang patut dia buat. Dah tiga hari dia bersembunyi di situ. Lari dari masalah? Dia contoh terbaik. Akhirnya dia yang tak tahu apa patut dibuat itu berbaring di atas lantai. Mengerekot macam anak kucing jalanan.

Ru Ruo yang masuk ke dalam bilik bacaan untuk mencari rujukan, terkesima. Langkah kakinya kaku terlekat di situ. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring macam dah lama meninggal dunia.

"Putera Kelima?!" Ru Ruo yang tersedar dari lamunan terus meluru ke arah 'mayat' tersebut.

"Putera Kelima~" Ru Ruo terus mengalirkan air mata. Bukan apa, dia muda lagi. Tak mahu jadi janda.

"Kau dah kenapa?" tegur XiHua yang berpaling untuk melihat Ru Ruo yang melutut di tepi kepalanya itu.

"Eh?"

Ru Ruo kaku. Dia rasa telinga dia dengar suara. Lantas dia melihat sekeliling.

"Oi." panggil XiHua.

Mata Ru Ruo membulat. Dia memandang lelaki yang mana wajahnya berbalut dengan kain balutan di hadapannya itu penuh takjub. Putera Kelima...bercakap??!!

Shingg!!

Sekilas, tubuh Ru Ruo kembali mengeras dan kaku saat putera di hadapannya itu mengacukan pisau belati ke lehernya. Air liur ditelan dengan payahnya.

"Kau dengar sini. Apa kau dengar, apa kau nampak, semuanya tak pernah berlaku lepas kau keluar dari sini. Faham?" ugut XiHua.

Ru Ruo cepat-cepat mengangguk. Sayang nyawa lagi dia.

"Bagus." XiHua menarik pisau belati tadi jauh dari leher putih Ru Ruo. Pisau itu kemudiannya kembali dimasukkan ke dalam sarung dan disimpan ke dalam bajunya.

Ru Ruo menghela nafas lega. Rasanya dia seorang saja dalam dunia ni yang berpeluang melihat Putera Kelima macam ni. Baring atas lantai lepas tu bergolek-golek macam orang gila. Jatuh maruah seorang putera. Tak cukup dengan tu dia merengek lagi macam budak kecil sambil cakap 'apa aku nak buat? Mak..mak..nak balik dunia asal..' lepas tu menangis.

(Warning!! Spekulasi andaian dalam fikiran, minda dan otak Ru Ruo sahaja!! Tak ada kena mengena dengan watak novel ni yang masih hidup atau mati.)

Walaupun Ru Ruo tak faham apa yang Putera Kelima ni merapu, tapi dia faham suaminya itu sedang berada dalam kesusahan. Putera yang selalu menolaknya itu kini tak pula menghalau Ru Ruo pergi. Pelik. Dia cuma cakap jangan beritahu sesiapa tentang apa yang berlaku. Ru Ruo tahu satu rahsia. Eh, dua. Putera Kelima ni macam budak kecil dan dia sebenarnya tak bisu.

Dia cuma berpura-pura berlakon menjadi orang bisu dan bodoh. Berlakon tak berminat pada takhta untuk melindungi XiYue. Supaya orang tak dapat gunakan dia untuk berlawan mendapatkan tahkta. Ru Ruo faham satu perkara di sebalik apa yang berlaku. Otaknya itu pantas cekap menangkap maksud sebenar yang Putera Mahkota beritahu saat hari perkahwinannya.

Saat dia masuk ke Istana Mingzhuo sebagai isteri Putera Kelima, Putera Mahkota XiYue ada pesan.

"Mika tak mungkin akan dapat apa yang Mika mahu dari XiHua. Adikanda XiHua tak akan suka perempuan."

Ahh.. Ru Ruo pada asalnya ingat Putera Mahkota ingin kenakan dia. Tak sangka..

(Warning!! Spekulasi andaian dalam fikiran, minda dan otak Ru Ruo sahaja!! Tak ada kena mengena dengan watak novel ni yang masih hidup atau mati.)

Putera Kelima sebenarnya sukakan lelaki. Mungkinkah orang itu abangnya sendiri??

(This Author has something to say: "This girl is crazy~")

Ru Ruo juga ada dengar dari Wen Chong. Maharaja Mu mahu XiHua bawa pulang orang yang dia cinta ke Istana Mingzhuo. Tapi melihat keadaan XiHua yang sekarang, tak mungkin dia mahu mengaku dia cintakan abang sendiri?

Kenapa Ru Ruo rasa dia tersekat ni? Entah kenapa wajahnya bertukar merah sedikit apabila teringat hubungan XiHua dan XiYue yang sangat rapat...

Jangan cakap...

(Warning!! Spekulasi andaian dalam fikiran, minda dan otak Ru Ruo sahaja!! Tak ada kena mengena dengan watak novel ni yang masih hidup atau mati.)

XiYue juga sukakan XiHua?

(Author: "No, they are just siblings. Don't think too much.. and XiHua is a girl.")

"Putera Kelima, cinta ni buta." tegur Ru Ruo, cuba memujuk XiHua yang sedang berguling di atas lantai macam orang bosan.

"Apa kau merapu ni?" soal XiHua.

"Kita tahu, Mika sebenarnya ada cintakan seseorang. Maharaja Mu sudah beritahu pada Wen Chong untuk sampaikan pada Kita perkara ni. Kalau Mika mahu, Mika boleh saja bawa dia ke Istana Mingzhuo. Kita tak halang. Istana, tak pernah cukup seorang wanita." beritahu Ru Ruo, pasrah.

"Ha?? Apa kau merapu ni??" XiHua sekali lagi menyoal, tak faham.

"Tapi Kita juga faham, kalau Mika nak lelaki pun boleh juga. Tapi.. Lelaki tu Mika kena pastikan yang Mika bukan keluarga. Sebab..sebab..kalau keluarga atau adik-beradik tu.." Ru Ruo masih meneruskan nasihatnya.

"Oi! Apa kau fikir ni?!" XiHua lantas memukul bahu Ru Ruo.

"Aduh!" Ru Ruo mengaduh.

Mata Ru Ruo membulat sambil memandang XiHua, tak percaya.

"Mika..pukul Kita?"

"Dah tu? Kau dah kenapa? Apa kau merepek dari tadi ni? Cinta buta, lelaki perempuan bukan adik-beradik apa benda haram jadah kau cakap ni?"

Ru Ruo terdiam seketika sebelum bersuara, "Bukan Mika sukakan Putera Mahkota XiYue ke?".

"Ha???!!!!!" XiHua mencubit pipi Ru Ruo, tak ada belas kasihan.

"Aahh!!" Ru Ruo mengerang kesakitan.

"Ni la perempuan. Seram betul kepala otak dia. Kau fikir apa ni? Memang la aku sayang XiYue. Dia abang aku. Aku sanggup buat apa saja untuk lindungi dia. Lagipun, cuma dia saja adik-beradik yang baik dengan aku!" terang XiHua.

(Warning!! Spekulasi andaian dalam fikiran, minda dan otak Ru Ruo sahaja!! Tak ada kena mengena dengan watak novel ni yang masih hidup atau mati.)

Ru Ruo mencebik. Alahai.. Kapal tak belayar.

(Author: "Just what are you thinking about, girl??!!")

"Habis tu, siapa orang yang Mika cinta tu?" tanya Ru Ruo, tak puas hati.

"Mana ada! Sebab tu aku serabut! XiYue dan Nenda memang suka menyusahkan! Tambah masalah!" marah XiHua.

Ru Ruo kembali terdiam. Eh? Dia salah faham ke?

"Kalau Mika tak ada cintakan sesiapa.. Kenapa Mika selalu curi keluar dari Istana?" soalnya setelah lama berfikir.

"Sebab bosan."

"Betul ke? Kat luar sana buat apa?"

"Cari ketenangan."

"Di mana?"

XiHua terdiam. Soalan Ru Ruo, dia tak boleh jawab. Sebab? Dia tak ada jawapan untuk soalan tu.

Di mana?

Di mana???

Selalu dia keluar, dia pasti akan mencari seorang itu sahaja.

Tempat dia lepaskan masalah. Orang yang dia selalu buli.

Zhong Yi.

Jadi sebab apa dia keluar sebenarnya? Untuk apa? Dia tak ada sebab sebenarnya. Tak ada.

Semua tu hanya alasan.

Jadi dia keluar untuk apa?

Sebab dalam hati dia nak bertemu seseorang.

Siapa?

Kenapa?

"Arghh!! Kau ni buat fikiran aku lagi serabut!!" XiHua mengusutkan rambut Ru Ruo. Saja lepas geram.

"Aahh!! Aahh!!" Ru Ruo meronta.

Akhirnya mereka berlawan main tarik rambut macam budak tadika.

"Mika ni! Langsung tak padan jadi Putera! Lelaki tak guna! Eii!!" kutuk Ru Ruo, rambutnya dah kusut masai.

"Kau la tak guna! Kahwin dengan orang macam aku tapi masih tak mahu cerai!" XiHua mengembalikan semula perkataan Ru Ruo.

"Hah?! Mika ingat Mika bagus sangat ke?! Daripada Mika, Kita lagi sukakan Wen Chong!" jerit Ru Ruo, lepas geram.

Prang!

Saat itu XiHua dan Ru Ruo menoleh ke arah pintu bilik bacaan. Wen Chong berdiri kaku di situ dengan mulut sedikit terbuka. Dulang yang dibawanya telah lama terlepas dari tangan. Minuman dan manisan yang pada asalnya mahu dihidangkan pada Putera Kelima kini menjadi hiasan di atas lantai. Bersepah.

************************************




Continue Reading

You'll Also Like

20 0 6
Seseorang yang cemerlang tetapi mempunyai kisah gelap di dalam hidupnya... Gembira tidak bererti hati bahagia... Semua orang tidak percaya bahawa dia...
6.4K 1K 149
Mengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelangg...
415 87 18
#InkfinityNovellaChallange #INC2024 Hana hilang. Eva menjadi pendiam sejak kehilangan sahabatnya beberapa hari yang lalu. Percutian kedua-dua keluarg...
Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

73.6K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...