Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.9K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

30

523 47 23
By Lais_Arsalan

Zhong Yi yang saat itu baru selesai persembahan miliknya, kembali semua ke bilik. Kalau dia berterusan berlama-lama di ruang lobi Flower House itu, alamatnya nanti ada yang datang nak 'makan' dia. Berada di dalam bilik adalah lebih selamat.. atau itu apa yang dia fikir.

"Xiao Yi~" XiHua yang sedang tersenyum ke arahnya itu buat Zhong Yi kembali menghempas pintu biliknya.

Macam mana dia boleh lupa tentang lelaki bertopeng tu yang kini sedang menjadikan biliknya sebagai tempat persembunyian?!

"Xiao Yi!" XiHua membuka semula pintu bilik Zhong Yi. Wajah Zhong Yi yang masam mencuka di hadapan bilik dipandang penuh minat.

"Kenapa tak masuk?" soal XiHua sambil bersandar di tepi pintu. Soalan yang agak bodoh.

Zhong Yi mengetap bibirnya sebelum berpaling. Bajunya yang berkain lembut nampak beralun bila dia berjalan. XiHua tersengih. Eii.. betul la macam perempuan lelaki yang seorang ni. Langkah kaki XiHua lantas memintas jalan Zhong Yi membuatkan lelaki itu terpaksa berhenti.

"Nak ke mana?" soal XiHua sambil menyilang tangan di dada.

"Hmph!" Zhong Yi berpaling sekali lagi dan berjalan semula ke arah  biliknya sebelum masuk ke dalam dan.. Bum! Pintu bilik dihempas di depan muka XiHua.

"Ganas." sekali lagi XiHua memberi komen tentang personaliti Zhong Yi.

Dia cuba membuka pintu bilik Zhong Yi namun perasan yang pintu tersebut telah dikunci dari dalam. XiHua ketawa kecil. Macam budak kecil la lelaki yang seorang ini. Alahai.. Sekarang, apa patut XiHua buat? Sedang dia berfikir di hadapan pintu, dia merasa akan tangan seseorang menyentuh bahunya. XiHua menoleh. Cuma seorang saja yang akan memanggilnya begitu, dengan cara menyentuh bahu. Wen Chong. Memang perangai dia suka pegang bahu orang.

"Tuan XiHua. Akhirnya." mata Wen Chong mencerlung tajam. XiHua rasa ditikam dengan bilah pisau.

"Hehe.."

"Hehe.. banyaklah hehe Tuan!!" marah Wen Chong. Dia membuka mulutnya untuk berkata sesuatu namun tangannya digenggam dan dia mengeluh. Wen Chong akhirnya menumbuk perut XiHua secara tiba-tiba.

"Urghh!!" XiHua yang langsung tak bersedia jatuh melutut ke atas lantai. Senak! Sakit! Argh!

"Kenapa.. tiba-tiba.." XiHua menahan nafasnya. Perutnya ditekan dengan tangan.

Wen Chong mengeluh lagi sambil melutut di hadapan XiHua. "Putera Kelima, Mu XiHua, Maharaja telah mengeluarkan titah supaya Tuanku Putera Kelima pulang ke istana segera. Ada sesuatu yang telah berlaku. Patik akan menceritakan segalanya dalam perjalanan pulang."

XiHua terkedu. Wen Chong bercakap menggunakan bahasa rasmi. Dalam erti kata lain, sesuatu yang serius telah berlaku di istana semasa ketiadaan dia di istana. Wajah XiHua bertukar serius. Tidak ada lagi senyum dan gelak tawa.

"Kita faham. Kita akan ikut Wen Chong pulang ke Istana." balas XiHua sambil Wen Chong membantunya untuk bangun.

XiHua menghela nafas berat. Dia melihat ke arah pintu bilik Zhong Yi yang masih tertutup rapat. Sesaat kemudian dia berpaling dan berjalan mengikuti Wen Chong. Apabila dia kembali semula dengan YiFan sebelum ini, XiHua sudah perasan tentang perkara pelik yang berlaku di sekeliling bnadar. Malah dia juga hairan mengapa berita dari istana telah disekat dan dia diburu oleh tentera dan pengawal istana. Rupanya memang betul ada perkara buruk yang telah berlaku.

Sambil dia berjalan pulang dengan Wen Chong, Wen Chong telah menceritakan semua perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan XiHua. Selepas XiHua meninggalkan kediaman Permaisuri Li JianSu, pengawal menyedari akan bunyi pinggan yang pecah dari dalam setengah jam kemudiannya. Apabila pengawal masuk, didapati permaisuri telah mati diracun.

Sepanjang masa di antara XiHua masuk dan meninggalkan kediaman permaisuri, tak ada orang lain yang datang. Dalam erti kata lain suspek utama adalah Putera kelima, XiHua. Tapi apa yang membuatkan XiHua sakit hati adalah dirinya yang telah terjebak dalam konspirasi perebutan kuasa ni. Walaupun dia tahu dalang sebenar mahu jatuhkan permaisuri, kenapa perlu campur dia yang tak ada guna dalam pentadbiran negara?

Cuma satu saja sebab yang XiHua boleh fikir pada saat itu. Dua perkara dalam satu masa. Selain menjatuhkan permaisuri, dalang sebenar telah menggunakan dirinya sebagai mangsa untuk menutup kesalahan yang sebenar. Perkara tersebut membuktikan bahawa dalang sebenar berada di dalam istana. Untuk mengalih perhatian orang lain terhadap dirinya yang mungkin nampak mencurigakan, dia menggunakan XiHua yang kebetulan hari itu pergi ke kediaman permaisuri.

XiHua cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah!

"Tuanku Putera Kelima.." panggil Wen Chong apabila perasan riak wajah keruh milik XiHua.

"Tak guna betul." XiHua mengetap gigi menahan geram. Siapa pula orang yang dah cari pasal dengan dia ni? Perebutan kuasa di istana memang sesuatu yang sangat menakutkan. Sebab ni la XiHua berlakon bodoh dan duduk di Istana Mingzhuo jadi budak baik. Dia buat semua orang percaya Putera Kelima seorang yang lemah sebab dia tak mahu masuk campur urusan pentadbiran istana atau negara.

Tapi nampaknya usaha dia tak berhasil. Pasti ada saja orang yang akan merancang dan gunakan orang lain.

.

.

.

.

Dalam masa yang sama, Zhong Yi terduduk sambil bersandar di pintu biliknya. Tangannya menekup mulut. Dia yang pada asalnya tak berniat nak mencuri dengar, dah pun terdengar perkara yang tak sepatutnya. Mulanya dia cuma nak buka pintu yang dia sengaja kunci. Dia cuma nak panggil XiHua masuk tapi tangannya terhenti apabila mendengar suara XiHua berbual dengan seseorang.

"....Tuanku Putera Kelima...."

Suara milik sorang lelaki yang berbual dengan XiHua masih segar dalam ingatan Zhong Yi. Ya, Putera Kelima. Kata-katanya buat Zhong Yi terpaku. Putera Kelima, Mu XiHua? XiHuan?

"Ahaha!!" Zhong Yi ketawa, saat dia rasa macam dah kena tipu.

Putera? Lelaki bertopeng itu merupakan seorang putera? Siapa kisah tentang seorang putera? XiHua dah main-mainkan dia! XiHua dah tipu dia! Seronok ke mempermainkan perasaan orang lain? Zhong Yi rasa sakit hati. Sakit sangat-sangat. Minta tolong untuk bersembunyi sebab kena buru? Mungkin tu juga satu penipuan. Mungkin dia lari dari istana dan cuma gunakan Zhong Yi untuk dapatkan tempat tinggal.

Mungkin juga dia dari awal lagi lelaki bertopeng itu tak pernah jujur. Cuma menyakat dan menipu Zhong Yi untuk berseronok. Patut la dia tak pernah kisah bazirkan duit dia untuk belikan Zhong Yi macam-macam. Patut la dia selalu hilangkan diri dan Zhong Yi tak jumpa bila cari. Orang awam biasa macam dia mana boleh masuk ke istana. Apa motif XiHua rapat dengan dia? Sekadar membuli? Zhong Yi rasa geram. Nama pun dia berikan nama palsu.

Kenapa dia bodoh sangat dan percaya semua benda?

Salah dia sebab mudah percayakan orang. Salah dia juga sebab senang sangat kena buli. Salah dia juga sebab tak pandai melawan.

"XiHua? Jadi nama awak yang sebenar adalah XiHua? Dasar penipu." bisik Zhong Yi.

Dia menggigit bibirnya. Tangannya digenggam. Bulu pelepah yang selalu dia simpan dalam baju dikeluarkan dan dipandang lama. Akhirnya dia mencampakkan bulu pelepah tadi keluar dari tingkap bilik. Zhong Yi menghela nafas lega. Dia berjalan ke arah katil. Baru saja nak baring, tubuhnya kaku. Bulu pelepah yang dibaling keluar kembali semula di sisinya.

Zhong Yi mengeluh. "Kenapa? Kenapa awak tak nak tinggalkan saya? Sama la macam tuan awak tu! Tak guna, menyusahkan orang lain saja tahu!"

"Tsk!"


************************************






Continue Reading

You'll Also Like

46.9K 3.8K 81
#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. *********...
251K 15.5K 43
Book 1 of fantasy series. LUNA ELINA. Seorang gadis yang pada mulanya hidup sebatang kara sehinggalah dia memasuki satu dimensi secara tidak sengaja...
437K 64.8K 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan...
20 0 6
Seseorang yang cemerlang tetapi mempunyai kisah gelap di dalam hidupnya... Gembira tidak bererti hati bahagia... Semua orang tidak percaya bahawa dia...