Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

24

566 44 17
By Lais_Arsalan

Melihat Zhong Yi yang tidak senang duduk itu, XiHua menyengetkan sedikit kepalanya sambil berpura-pura tidak faham. Dia memang sengaja tutup pintu bilik lelaki tu sebelum bersandar pada pintu tersebut. Jalan keluar Zhong Yi telah disekat olehnya. Kalau Zhong Yi nak keluar dari bilik, dia cuma mampu terjun dari tingkap.

Tapi mampu ke lelaki yang macam puteri ni melompat terjun dari tingkap tingkat satu? ( ̄Д ̄)┍

Hah.. XiHua ketawa menang dalam hati. Hujung bibirnya terjungkit sedikit. Senyumannya nampak sangat menawan dan menggoda. Walaupun orang tidak dapat melihat rupanya yang sebenar di sebalik topeng itu, tapi melihat bibir dan dagunya sahaja mereka dapat meneka betapa eloknya rupa paras milik XiHua.

_(:зゝ∠)_haish

Zhong Yi menelan liur. Dia berdiri berhadapan dengan XiHua dengan wajah yang masam mencuka.囧orz.

Bibirnya digigit perlahan dan tangannya digenggam erat disisi. Lelaki bertopeng ni asyik nak membuli dia saja kerjanya. Macam tak ada benda lain yang nak dibuat. Saat itu satu idea muncul dalam minda Zhong Yi.

"Awak ni tak ada kerja ke?" soal Zhong Yi sambil kali ini dia bersilang tangan, memeluk tubuh.

XiHua masih dengan senyumannya. "Ada." jawabnya ringkas.

"Kalau macam tu pergi la buat kerja." tegur Zhong Yi. Shuhh shuhhhh~ Matanya menghantar insyarat menghalau.

"Pfftt~ awak la kerja saya. Sebab tu saya ada dekat sini." XiHua menjuihkan bibirnya. Dia masih bersahaja sambil bersandar pada pintu. ARGH!! Gaya dia nampak sangat cool pada pandangan mata Zhong Yi sampai dia rasa macam nak muntah darah!

_:( 'ཀ'」∠):_

Kenapa dia tak pernah sekali pun menang bila berhadapan dengan lelaki bertopeng ni?! Zhong Yi nak protes! Hey, Author! Tulis cerita elok-elok sikit boleh tak?! (Author: Maaf, tapi tujuan cerita ni memang hanya untuk buat XiHua nampak hebat dan cool.)

Zhong Yi: *FLIP TABLE*

(╯°□°)╯︵ ┻━┻

"Apa yang awak fikir?" soal XiHua setelah lama dia perhatikan Zhong Yi. Lelaki di hadapannya itu nampak macam haiwan kecil yang langsung tak bahaya. Walaupun dia cuba tunjukkan taring dan kukunya pada XiHua, XiHua masih mampu jinakkan dia. Heh.. watak utama sentiasa menang sebab watak utama adalah kesayangan Author.

Zhong Yi mengeluh. Dia berpaling dan berjalan menuju ke arah katil sebelum duduk disitu. Gayanya sopan dan penuh etika. Buat XiHua rasa ragu-ragu dengan lelaki tersebut.

"Awak fikir apa?" sekali lagi XiHua menyoal. Hatinya rasa serabut apabila dia tidak dapat meneka tentang apa yang berada di dalam fikiran Zhong Yi. Dia tak boleh duduk dengan tenang. Kakinya melangkah ke arah katil, tidak lagi bersandar pada pintu bilik.

"Kenapa sibuk nak tahu?" Zhong Yi mengangkat sebelah kening. Eh, eh.. kenapa dia rasa macam dia boleh menang kali ni? Uhuhuu~ (Author: I'm just giving you a chance. Don't think too highly of yourself.)

Zhong Yi: *FLIP TABLE*

(╯°□°)╯︵ ┻━┻

Mata XiHua terkebil-kebil dari sebalik topeng yang dipakainya. Dia betul-betul rasa tercabar dengan gaya Zhong Yi yang nampak seperti bangga dengan diri sendiri. Buat XiHua rasa geram. Buat XiHua rasa nak jatuhkan lelaki tu sampai dia melutut dan mengaku yang XiHua lebih hebat. Biar dia merayu minta belas kasihan.(Author: Go! Go! Push him down.)

"Oh? Tadi masa dekat jambatan, apa yang awak tengok?" XiHua menukar soalannya.

"Suka hati la nak tengok apa pun. Awak sibuk kenapa?" bentak Zhong Yi dengan gaya acuh tak acuh saja melayan XiHua. Dia membetulkan pakaian yang dipakainya kerana tidak berani untuk bertentangan mata dengan XiHua. Sejak dua menjak ni lelaki bertopeng ni suka sangat mengacaunya.

Bukan Zhong Yi tak nak beritahu perkara sebenar tapi entah kenapa dia rasa takut pula dalam hati. Dia takut kalau XiHua dapat tahu, lelaki bertopeng itu akan melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Eh, eh.. apa yang Zhong Yi merapu ni? Dia rasa tak sedap hati. Setiap kali XiHua dekat dengan dirinya, Zhong Yi jadi kelam-kabut dan OOC.(Author: OOC stands for out of character).

Zhong Yi yang terkenal dengan gayanya yang tenang dan lembut macam air terus musnah. Dia jadi orang yang kaku dan mudah merajuk. Semua yang dia cakap jadi ayat yang menunjukkan dia tsundere.(Author: Tsundere watak yang cakap benda yang bertentangan dengan apa yang ada dalam hati.)

Mata XiHua yang sejak tadi merenung Zhong Yi semakin mengecil. Warna anak matanya yang hitam bertukar menjadi semakin gelap seperti lubuk yang berpusar, penuh dengan perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan. Zhong Yi yang perasan akan pandangan mata ke arahnya itu mula merasa seram sejuk. Bulu romanya meremang.

Eh, dia ada salah cakap ke? Kenapa dia rasa macam lelaki bertopeng ni nak makan dia? Tapi Zhong Yi masih berlagak selamba dan mencapai teko air di atas dulang yang memang sejak awal berada di atas meja di tepi katil. Teko tadi dituangkan airnya ke dalam cawan teh.

"Xiao Yi~ Awak ada sukakan seseorang ke?" soal XiHua apabila soalannya yang sebelum ini semuanya tidak dijawab. Dia dapat rasakan yang Zhong Yi sedang merahsiakan tentang sesuatu.

Klak!

Cawan teh tadi tertunggang jatuh menyebabkan airnya tumpah ke atas meja apabila jari Zhong Yi terlanggar sipinya. Saat itu jantungnya berdegup kencang. Nampak sangatkah pada reaksi wajahnya yang dia sukakan seseorang? Memang betul tekaan XiHua sebab Zhong Yi pada asalnya pergi ke jambatan di tebing sungai itu adalah untuk melihat gadis impiannya.

Hampir tiga bulan sejak kali pertama dia bertemu si gadis. Tariannya, nyanyiannya, suaranya dan setiap gerak geri langkah si gadis tersemat elok di dalam ingatan Zhong Yi. Bunga-bunga yang berkembang pada setiap sentuhannya buat Zhong Yi yakin bahawa gadis itu adalah dewi dari kayangan. Pemandangan yang sangat indah pada tatapan mata!

"Hm?" XiHua mendekati Zhong Yi yang kaku di tepi katil. Tangan lelaki itu menggeletar saat dia cuba mengambil semula cawan yang telah terjatuh. XiHua tak pernah lihat Zhong Yi yang seperti itu. Mereka telah kenal antara satu sama lain selama dua bulan setengah dan kelam-kabut macam mana pun lelaki itu, dia masih boleh mengawal reaksinya.

XiHua tertanya-tanya tentang orang yang telah berjaya buat Zhong Yi jatuh hati. Lagi Zhong Yi cuba rahsiakan, lagi dia cuba korek sampai dapat. Dagu lelaki itu disentuh oleh XiHua dan wajah Zhong Yi ditarik supaya memandang ke arahnya.

"Siapa?" soal XiHua sepatah. Entah kenapa dia rasa sangat gusar apabila memikirkan perkara tersebut. Hatinya terasa macam ada jarum-jarum kecil yang tercucuk.(Author: My child, you are still asking?( º言º))

"Penyibuk." Zhong Yi menolak tangan XiHua yang memegang dagunya. Dia tak suka cara layanan lelaki bertopeng itu yang hanya membuatkan dia rasa macam dia merupakan seorang wanita yang lemah. Cis..(Author: You are.)囧orz

Zhong Yi bangun dari duduknya dan mahu berjalan keluar dari bilik. Mana taknya, pintu dah tak ada batu penghalang. Masa melarikan diri. Tapi malang bagi Zhong Yi apabila dia baru saja membuka pintu, pintu tadi kembali ditolak oleh XiHua dan kembali tertutup.

Zhong Yi: "........."(Big bro what else do you want?!)(╯°□°)╯︵ ┻━┻

Kedua belah tangan XiHua diletakkan pada pintu tadi sekaligus memerangkap tubuh Zhong Yi di tengah-tengah. Zhong Yi dapat merasakan nafas XiHua yang berada dekat dengan telinganya. Wajahnya sekali lagi bertukar merah. XiHua sudah pasti dapat melihat dan perasan akan telinga lelaki itu yang telah berona merah kerana malu.

Kalau XiHua dapat dengar bunyi degupan jantung Zhong Yi saat itu, pasti saja dia fikir ada festival yang berlansung kerana bunyi deruman drum yang sangat kuat dan laju. (Author:Hahaha!!)

"Siapa orang tu?" bisik XiHua yang masih belum berputus asa pada tepi telinga Zhong Yi. Dia masih nak tahu gerangan orang yang memiliki hati lelaki itu.

Zhong Yi: "........."(Big bro, I’m getting shy.)

(* / ω \ *)
  

************************************

Continue Reading

You'll Also Like

19.4K 1.6K 42
Dia seorang gadis yang sangat menyedihkan. Dia seorang pelajar yang tidak terkenal dan bekerja sebagai asassin.kepercayaan dan cintanya dikhianati. ...
15K 2.1K 101
Kisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila And...
16.9K 1.7K 118
Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonb...
3.2K 646 19
(COMPLETED) Segalanya bermula tanpa ku jangka. Kehidupan tenang setenang air di sungai seorang ISMA ZAHRA berakhir dengan hadirnya ZAHARIN ISMAIL. Le...