Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

19

594 43 32
By Lais_Arsalan

Penyiasat Tak Bertauliah

Huo Lu Feng yang sedang duduk di meja bulat dengan cawan teh di tangan dikejutkan oleh suara seseorang menangis. Beberapa saat kemudian seorang pemuda lelaki dengan lebam dan luka di tubuh dan wajah berlari ke arahnya sebebelum melutut memeluk kaki Huo Lu Feng.

"Abang Huo, abang perlu balas dendam untuk Qi Pei!" pemuda itu merayu.

Lu Feng mengeluh. Dia menarik lengan Qi Pei supaya bangun dari terus melutut dan memeluk kakinya.

"Bangun." arah Lu Feng. "Beritahu, siapa yang buat kau macam ni?"

"Abang Huo! Lelaki bertopeng tak guna tu..dia yang buli Qi Pei!" pemuda itu masih dengan lakonan air matanya. Sambil dia bercerita, sempat dia menokok tambah cerita supaya menampakkan dia sebagai mangsa yang sangat menyedihkan.

"Hm? Lu Feng, siapa ni?" saat itu, satu suara yang mendalam namun lembut menegur.

Qi Pei dan Lu Feng menoleh. Seorang lelaki yang elok rupa parasnya memandang ke arah mereka dari pintu masuk rumah utama. Melihat gerangan lelaki yang mana wajahnya itu nampak tenang, Lu Feng pantas bangun sebelum memberi tunduk hormat.

"Elder Yue Lan. Selamat pagi."

"Hm. Selamat pagi."

"Elder nak keluar? Ada apa-apa yang perlu dibantu?"

"Tak perlu. Lu Feng, jagakan rumah sementara saya keluar."

"Baiklah."

Lu Feng sekali lagi memberi tunduk hormat sebelum menghantar lelaki tadi sehingga ke pagar utama. Kemudian dia kembali semula ke meja bulat dimana Qi Pei sedang menanti. Qi Pei memandang Lu Feng dengan kerutan di dahi.

"Siapa tu? Ahli keluarga Huo dari keluarga utama? Tak pernah kenal pun?" soal Qi Pei.

"Shh!!" Lu Feng cepat-cepat menutup mulut Qi Pei. "Elder Yue Lan. Jangan cakap atau beritahu sesiapa. Berlakon yang kau tak pernah nampak apa-apa harini, faham? Kalau tak.."

"Kalau tak apa?" soal Qi Pei selepas Lu Feng melepaskannya.

"Elder Yue Lan..seorang yang sangat menakutkan. Jangan cari pasal. Dalam keluarga Huo, dia adalah orang yang paling kau tak mahu jadi musuh." balas Lu Feng.

Qi Pei lantas mengangguk.

"Tentang lelaki bertopeng yang kau cakap ni, nanti aku uruskan. Dah, pergi balik. Jangan buat masalah." sambung Lu Feng lagi.

Selepas Qi Pei pulang, Lu Feng mengeluh. Dia kembali menikmati minumannya sebelum keluar. Sempat dia berpesan pada adiknya untuk menjaga rumah. Dia turun dari Gunung Wu untuk ke bandar.

Tiba saja bandar, Lu Feng mula mencari lelaki bertopeng yang dimaksudkan oleh Qi Pei. Orang di tepi-tepi jalan mula menjadi mangsa Lu Feng sebagai detektif tak bertauliah. Dia menyoal siasat sesiapa saja bagi mendapatkan maklumat.

Akhirnya, maklumat yang dia dapat telah membawanya ke sebuah bangunan yang dicat merah. Pada atas pintu utamanya digantung papan tanda dengan kaligrafi yang sangat cantik. Lu Feng berkerut sambil dia membaca tulisan tersebut.

"Flower..house?"

Kakinya melangkah masuk ke dalam. Pada siang hari macam ni, pelanggan yang datang tak ramai. Kebanyakkan mereka datang untuk makan dan minum kalau siang. Pada sebelah malam pula, akan ada persembahan opera dan teater.

Lu Feng memerhati sekeliling. Dia kemudiannya mengambil satu tempat duduk di sebelah hujung yang agak tertutup dan dekat dengan tangga. Matanya masih meliar mencari kelibat lelaki bertopeng. Sedang dia sibuk mencari, satu suara lembut menegurnya.

Lu Feng menoleh ke sisi. "Ha?" dia mengangkat kening apabila tidak dengar soalan yang ditanya.

"Tuan nak pesan apa-apa makanan atau minum?" ulangnya sambil tersenyum.

Lu Feng melihat dari atas ke bawah orang yang sedang tersenyum itu. Lelaki itu nampak manis dan dalam masa yang sama sangat...cantik? Namun begitu, jika dilihat dengan betul, dia merupakan seorang lelaki. Lelaki yang sangat elegan.

Bajunya yang berwarna putih susu itu nampak sangat padan dengan kulitnya yang cerah dan bibirnya yang merah. Dari penampilan lelaki cantik itu, Lu Feng pasti bahawa dia adalah orang yang sama yang telah diberitahu oleh Qi Pei.

"Xie Shaoye?" soal Lu Feng.

Senyuman lelaki tadi mati dan diganti dengan riak wajah yang keliru.

"Tuan, kenal saya ke?" soal Zhong Yi.

"Eh? Ah..ahaha..maaf. Kawan saya ada cerita yang dia ada jumpa awak masa dia datang ke sini semalam." cerita Lu Feng, sekadar beramah mesra.

"Oh." hanya itu yang keluar dari mulut Zhong Yi.

"Xiao Yi ah Xiao Yi.. Apa yang Xiao Yi buat di sini? Bukankah kakak dah suruh rehat di atas? Biar kakak yang buat kerja. Malam ni ada persembahan lagi. Pergi la rehat." saat itu seorang wanita bergegas ke arah Zhong Yi.

"Kakak Loo Shan." Zhong Yi memandang wanita tadi, keliru.

"Sudah, sudah.. Kakak Hong Ye minta kamu berehat. Pergi." Loo Shan menolak Zhong Yi ke arah tangga.

Zhong Yi yang masih keliru dan tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya terus mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Lu Feng hanya memerhati saat wanita tadi tersenyum ke arahnya.

"Tuan pahlawan, dari keluarga Huo?" soal wanita itu.

"Oh? Macam mana kau tahu?" Lu Feng membalas senyumannya.

"Siapa saja yang tidak kenal dengan keluarga Huo. Saat Tuan melangkah masuk, semua orang sudah tahu. Maafkan Zhong Yi kalau dia ada buat sesuatu yang Tuan tak suka." wanita itu ketawa hambar. Tangannya memintal kain bajunya.

Lu Feng ketawa kecil sebelum mengeluh.

"Dia tak ada buat apa-apa yang saya tak suka pun. Jangan risau. Sebenarnya saya datang sebab nak tanya soalan saja." jelasnya.

Loo Shan lantas menghela nafas lega. Bila dia dapat tahu ada seseorang dari keluarga pahlawan Huo datang, dia bergegas menyambut tetamu tersebut. Takut juga dia jika mereka ada melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan keluarga pahlawan tersebut.

"Tanyalah. Saya akan jawab apa saja soalan Tuan." Loo Shan tersenyum.

"Ada tak lelaki bertopeng datang ke sini semalam?" soal Lu Feng.

"Lelaki bertopeng? Semalam.. Ah!" Loo Shan teringat tentang lelaki pelik kes pencuri sebelum ni.

Sejak itu, setiap malam dia pasti akan datang untuk makan dan minum. Dia tidak pernah melanggan mana-mana perempuan. Dia cuma makan dan minum sambil memerhatikan Zhong Yi yang bermain muzik untuk persembahan. Matanya tidak lepas dari melihat Zhong Yi, kemana saja Zhong Yi pergi dia akan melihat ke arah itu.

Lelaki bertopeng tu buat Loo Shan takut. Dia takut jika lelaki bertopeng itu seorang yang jahat dan mahu melakukan perkara tidak elok pada Zhong Yi. Mendengar soalan Lu Feng, jantung Loo Shan berdegup kencang. Tangannya mengenggam kain baju.

"Lelaki bertopeng ni, orang jahat ke?" dia bertanya untuk memastikan tekaannya.

Setiap gerak geri Loo Shan sejak awal lagi menjadi perhatian Lu Feng. Wanita itu kelihatan takut. Lu Feng tersenyum.

"Hm. Dia dah mencederakan seseorang. Saya cari dia untuk balas dendam." jawab Lu Feng.

"Ah?! Kalau macam tu, Tuan perlu cepat lakukan sesuatu! Xiao Yi.. Xiao Yi dalam bahaya kalau lelaki tu orang jahat.." Loo Shan cepat-cepat menarik lengan Lu Feng sebelum digenggam erat. Dia melutut untuk merayu.

"Sejak kebelakangan ni, dia asyik perhatikan Xiao Yi. Kalau Tuan cakap dia cederakan seseorang, saya percaya cakap Tuan. Sebelum ni pun dia ada bunuh orang!" sambung Loo Shan.

"Oh?..membunuh..kenapa pengawal dari istana tak lakukan apa-apa tindakan? Tak ada sesiapa yang laporkan?" dahi Lu Feng berkerut seribu.

"Dah. Dah ada orang yang laporkan tapi.."

"Tapi apa? Tak ada tindakan?"

Loo Shan mengangguk. "Sebab orang yang dia bunuh tu pencuri. Jadi pengawal istana anggap dia dah lakukan kebaikan dengan membantu tugas pengawal."

Lu Feng menggosok dagunya.

"Hmm..tak. Itu hanya alasan yang mereka beri pada rakyat. Kalau difikir dengan jelas, lelaki bertopeng ni bukanlah orang yang senang. Identiti dia rumit. Mungkin ada orang kuat di belakangnya." ringkas Lu Feng.

Entah kenapa dia rasa tiba-tiba terikat dengan sesuatu yang sangat rumit. Kalau lelaki bertopeng ni orang atasan yang berkuasa macam mana? Dia boleh terlepas dari hukuman membunuh. Walaupun orang yang dia bunuh tu pencuri, tapi dia masih perlu menjalani hukuman. Sekurang-kurangnya dia akan dihukum penjara beberapa minggu.

Rumit.

Ini bermaksud identiti sebenar lelaki bertopeng ni...

************************************


Continue Reading

You'll Also Like

Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

70.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
40.2K 2.7K 51
Apabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia...
644 68 21
"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending...
8.7K 1K 67
Sejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Ta...