Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

14

633 51 57
By Lais_Arsalan

Membuli

XiHua menyembunyikan pakaian biasa yang dibawa bersama sebelum dia mencuri keluar dari istana. Masih tak serik lagi gayanya. Berjaya saja dia keluar dari Istana, terus dia melangkah ke arah bandar. Masa untuk membuang masa! Hahaha~

Jalan di sepanjang kawasan bandar penuh dengan gerai-gerai sama seperti semalam saat dia keluar. Disebabkan kes kecurian semalam, dia tak dapat merasa semua makanan di gerai tepi jalan tu lagi. Jadi dia perlu tebus semula masa yang terlepas semalam.

Sedang dia sibuk mencuba beberapa manisan yang dibeli, kedengaran suara beberapa orang yang agak kecoh. XiHua melihat ke arah tengah jalan di antara persimpangan empat. Ada beberapa orang lelaki sedang bergaduh. Lantas dia mendekati kawasan tempat orang ramai mula berkumpul.

Apa lagi? Semestinya untuk turut melihat pertunjukan jalanan tersebut. Bukan senang nak tengok orang bergaduh besar-besaran macam ni. Saat orang ramai bersorak, XiHua turut sama bersorak. Terhibur. Namun tidak lama selepas itu, beberapa pengawal dari istana dihantar untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Orang ramai mula bersurai termasuklah XiHua.

Dia yang baru nak menoleh, terlanggar seseorang.

"Kyah!" suara seorang gadis menjerit kerana terkejut membuatkan pandangan mata orang ramai terarah kepada XiHua.

XiHua terkaku di tempat dia berdiri. Matanya ditunduk ke arah seorang perempuan yang kini telah jatuh terduduk di atas jalan. Dari pakaiannya yang dibuat dari kain berkualiti, XiHua dapat agak yang dia merupakan anak bangsawan yang kaya. Lagipun, perhiasan di atas rambutnya saja sudah menunjukkan status si gadis.

"Kurang ajar! Kamu tak tahu ke siapa yang dah kamu langgar?!" seorang lagi perempuan berpakaian seperti pembantu rumah, menuding jari ke arah XiHua.

XiHua membuat bunyi dengan lidahnya bagi menunjukkan bahawa dia malas mahu melayan.

"Tch!"

"Hah! Tak ada adab!"

Perempuan yang tadinya terjatuh kini dibantu oleh pembantunya untuk bangun. Dia mengibaskan pakaiannya yang berdebu. Pembantu rumahnya pula sibuk menjeling XiHua.

"Maaf." ujar XiHua sepatah sebelum berpaling untuk pergi. Tolong la dia tak ada masa nak layan drama wanita dekat tengah jalan. Lagipun salah perempuan tu sebab berdiri belakang dia dengan terlalu dekat. Jadi kalau XiHua terlanggar dia pun nak buat macam mana.

"Nanti!" jerit perempuan kaya tadi.

"Puteri, jangan layan lelaki biadap ni." pembantunya pula sibuk menarik lengan si gadis supaya tidak mendekati XiHua.

Namun begitu, dia masih berjaya melepaskan diri dari pegangan pembantunya seraya berlari mengejar XiHua. Lengan XiHua ditarik olehnya dari belakang menyebabkan langkah XiHua terhenti. XiHua memandang perempuan tersebut tanpa perasaan. Topi jerami dengan kain kerudung yang dipakai oleh si gadis dibuka dan saat itu seluruh tubuh XiHua keras dan kaku.

Cis.. patut la perempuan ni sedaya upaya kejar dia.

"Putera Kelima.." tegurnya dengan suara yang lembut. Wajahnya nampak gembira.

Urgh.. XiHua memusingkan bebola matanya di sebalik topeng wajah yang dipakai. Tak guna. Dia dah ucap maaf dekat perempuan ni. Tidak!!

"Awak salah orang." ujar XiHua.

Saat itu wajah perempuan tersebut bertukar sayu. "Tidak. Kita kenal topeng wajah itu. Kita yang hadiahkan pada Mika. Mika lupa?" soalnya, cuba mengorek rahsia.

"Topeng macam ni ada banyak dijual. Saya tak kenal awak." sekali lagi XiHua menafikan. Cis, macam mana dia boleh lupa topeng yang dia pakai ni dihadiahkan oleh perempuan ni 10 tahun lepas. Siapa je ingat benda 10 tahun lepas hah?! Ada banyak lagi benda lain yang XiHua nak kena ingat.

"Mika boleh bercakap." perempuan itu kembali tersenyum.

"Saya tak kenal awak." XiHua menafikan lagi lalu memalingkan tubuhnya untuk beredar namun sekali lagi si gadis menarik lengannya.

"Putera Kelima, topeng tu tak ada jual tempat lain sebab Kita yang ukir sendiri. Jangan cuba ubah topik dan lari." ugut perempuan tersebut.

Akhirnya XiHua mengeluh. "Setahu saya Putera Kelima bisu. Awak ni banyak sangat berangan ni sampai saya pun awak fikir Putera Kelima." dia memberikan alasan.

Perempuan itu menggeleng. "Tidak, tidak! Mika Putera Kelima! Mei Mei tak salah orang!" dia mula menjerit.

XiHua lantas menekup mulut si gadis sebelum diheretnya ke sebuah lorong kecil jauh dari pandangan mata umum. Urgh.. Nasib XiHua malang betul sebab berjumpa dengan anak Perdana Menteri ni di tengah bandar. Pembantu rumah tu pula entah ke mana hilangnya pun XiHua tak pasti. Barangkali tak dapat mengejar mereka.

"Apa awak nak?" soal XiHua berterus terang selepas melepaskan Qiu Mei Mei.

Wajah muram Mei Mei cepat saja bertukar gembira. "Kita dah agak. Mika Putera Kelima! Mika boleh bercakap!"

"Tch! Hei, perempuan kalau kau cakap macam nak menjerit lagi..aku campak kau dalam lombong." ugut XiHua.

Mei Mei menelan liur. Dia mula tertunduk melihat ke bawah sambil sebelah kakinya melukis bulatan di atas tanah. Jari-jemarinya pula bermain dengan kain baju yang disimpul-simpulkan. Sesiapa saja yang melihat pasti akan merasa seperti mahu memanjakan si gadis. Tambah lagi dengan wajahnya yang boleh dikatakan sangat cantik.

Mei Mei menjadi kegilaan ramai lelaki namun malang sekali bagi mereka semua kerana dia telah pun ditunangkan dengan Putera Mahkota. Walaupun perkara tersebut belum menjadi rasmi, tetapi fakta itu telah pun diketahui oleh ramai orang. Termasuklah XiHua.

Tetapi apa yang menjadi masalahnya kini adalah Mei Mei yang asyik sibuk mencari XiHua. Kalau sebelum ni dia sibuk ke Istana Haomei, selepas kejadian XiHua yang terjatuh ke dalam kolam tu dia lebih suka ke Istana Mingzhuo. Mungkin pada awalnya dia rasa bersalah kerana menolak XiHua sehingga terjatuh namun selepas itu, XiHua sendiri tidak pasti.

Semakin lama Mei Mei semakin menunjukkan perasaan yang XiHua kalau boleh cuba untuk elakkan terhadap dirinya. Jangan cakap perempuan ni dah jatuh hati pada dia sudah. XiHua malas nak layan. Melihat XiHua yang masih berdiam diri, Mei Mei tidak jadi untuk merajuk. Dia tahu kalau dia buat gaya comel pun, putera di hadapannya itu akan tetap pandang dia macam tunggul kayu.

"Putera Kelima.. Mika masih marahkan Kita tentang kejadian lalu ke? Bukankah sudah lama? tak boleh ke kita berbaik?" soal Mei Mei. Fikirnya, XiHua terlalu beku dengannya kerana XiHua masih belum memaafkan dirinya.

Salah sama sekali! XiHua sebenarnya tak mahu rapat dengan Mei Mei kerana takut XiYue akan salah faham. Bukankah perempuan ini tunangan abangnya? Macam mana kalau ada orang yang salah faham? Jangan buat main dengan gosip murahan! Cukuplah dengan mulut orang di istana yang sering berkata tentang Mei mei yang sering ke Istana Mingzhuo untuk menghantar makanan.

Sekali dua mungkin boleh terima. Lagipun mereka masih kecil saat itu. Tapi kini masing-masing sudah besar, boleh kata dewasa namun Mei Mei masih meneruskan perbuatannya. Walaupun Mei Mei akan ke Istana Haomei untuk memberikan makanan selebihnya kepada XiYue... tapi hei, bukan ke dia patut beri pada XiYue dulu baru XiHua???

Apa masalah perempuan ni? Otak tak berapa betul. XiHua buli dia selalu pun sebab nak halau dia. Tapi walau macam mana XiHua buli Mei Mei sekalipun, perempuan ni masih melekat dengan dia dan tak nak putus asa. Sekali lagi XiHua mengeluh.

"Putera Kelima.." panggil Mei Mei apabila XiHua tidak mempedulikan dia.

"Putera Kelima..." kali ini Mei Mei memeluk lengan XiHua. Terus mengeras tubuh XiHua. Erk..

"Jangan beritahu sesiapa yang Mika jumpa Kita disini." akhirnya XiHua mengalah. Identiti dia dah terdedah jadi tak perlu berlakon yang dia tak kenal Mei Mei.

Terus melebar senyuman Mei Mei apabila mendengar kata-kata XiHua. Dia mengangguk.

"Jangan risau, Mei Mei tak akan beritahu sesiapa yang Mika keluar dari istana atau Mika sebenarnya boleh bercakap dan tak bisu. Kita simpan rahsia ni!" tegas Mei Mei. Dia begitu gembira kerana dapat berkongsi rahsia dengan XiHua.

XiHua menggelengkan kepala, malas nak layan. Setelah itu dia mula untuk beredar. Tak sampai separuh jalan, XiHua berhenti lagi. Ini kerana Mei Mei masih mengekori langkahnya sambil tersenyum. XiHua mengalah. Dia akhirnya memanggil Mei Mei untuk berjalan disisinya. Nanti kalau kena culik perempuan ni susah pula.

Saat itu, Mei Mei berlari ke arah XiHua lalu tangannya pantas mencapai tangan XiHua. XiHua hanya membiarkan saja Mei Mei memegang tangannya sambil berjalan. Sebelum ni pun, XiHua perasan yang perempuan suka berjalan pegang tangan dengan kawan mereka. Sama je kot. Kan?

Jangan fikir lebih. Jangan fikir lebih. XiHua meyakinkan dirinya. Lagipun dia perempuan juga. Macam kawan baik. Hmm.. tepat sekali. Kawan baik. XiHua mengangguk. Mereka dua orang perempuan yang berkawan baik. (Kecuali sekarang XiHua tak ada rupa perempuan.)

************************************

Continue Reading

You'll Also Like

2K 225 3
[ON HOLD] Biar putih tulang, jangan putih mata. Biar darah menitis ke tanah, jangan maruah tergadai umpama air yang mengalir deras. Itu prinsip seor...
1.3K 197 11
"The Red String of Fate" Menurut lagenda Jepun, setiap orang ada 'soulmate' yang diikat dengan benang merah dan mereka pasti akan berjumpa walau di...
31.1K 1.6K 15
"Jika aku tak boleh mati, maka sumpahlah aku. Biar aku hidup beribu tahun untuk mencari kembali cinta hatiku"
417K 64.2K 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan...