Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.9K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

12

689 57 26
By Lais_Arsalan

Abang paling baik

XiHua yang baru saja pulang ke Istana Mingzhuo merasakan bagai nyawanya melayang dari tubuh saat melihat orang yang sedang duduk di atas katilnya itu.

XiHua: "........"

Masing-masing tidak bersuara. Tapi XiHua tahu dia telah tertangkap. Cis..

"Tuan XiHua dari mana?" soal Wen Chong. Wajahnya boleh dikatakan agak muram saat itu.

"Flower House." jawab XiHua, jujur. Lagipun dah kantoi dia keluar diam-diam. Beritahu je la.. Kan??

Wen Chong mengelipkan matanya beberapa kali sebelum kembali menyoal perkara yang sama.

"Tuan dari mana?"

XiHua mengeluh.

"Flower House." balasnya dengan nada mendatar tak ada perasaan.

Saat itu, Wen Chong menelan liur. Dia tak salah dengar. Putera Kelima baru saja curi keluar dan balik tengah malam dari Flower House aka rumah pelacuran.

XiHua: "........."

Wen Chong: ".........."

XiHua kemudiannya membuka jubah luarnya dan menggantungkan ke atas sebatang kayu di tepi pintu. Topeng wajahnya dibuka menampakkan kain balutan yang membalut seluruh wajahnya. Cuma mata dan sedikit ruang di hidung untuknya bernafas saja yang kelihatan.

"Haish.."

XiHua menoleh ke arah Wen Chong apabila terdengar keluhan yang agak kuat dari mulut lelaki itu.

"Apa?" soal XiHua.

"Kalau Tuan suka sangat dengan perempuan, kenapa tolak lamaran nenda untuk kahwinkan Tuan dengan puteri-puteri semua tu sebelum ni?" Wen Chong menyoal.

Baru saja XiHua nak buka mulut untuk menjawab soalannya, Wen Chong menyambung lagi.

"Tuan kena ingat, Tuan XiHua adalah Putera Kelima. Dari cari perempuan di rumah pelacuran, kenapa tak minta saja? Nenda pasti akan bawakan perempuan yang lebih baik dari yang ada di Flower House tu."

Giliran XiHua menelan liur. Kenapa dia rasa macam kena bebel ni? Tak cukup dengan tu, dia kena bebel dengan budak kecil yang dia jaga ni? Huh? Oi, oi.. This old woman doesn't like another woman. She likes man.

Salah faham apakah ini semua?

"Tuan XiHua, lepas ni jangan buat macam ni. Putera Mahkota XiYue datang cari Tuan tadi tapi Tuan XiHua tak ada di Istana Mingzhuo." Wen Chong masih meneruskan bicaranya.

Apabila nama XiYue disebut, XiHua pantas memotong percakapan Wen Chong.

"XiYue datang?!" dia menyoal.

"Un." Wen Chong mengangguk.

"Habis, kau beritahu apa pada XiYue?" XiHua menyoal lagi.

Wen Chong mengerutkan dahi sambil menggeleng. Dah kenapa dengan Putera Kelima ni? Kelam kabut semacam. Belum sempat Wen Chong bersuara, dia sudah pantas berlari keluar dari bilik. Terlupa yang dia hanya memakai baju nipis berwarna putih sehelai, tanpa topeng wajahnya.

"XiYue!" jerit XiHua saat menceroboh masuk ke dalam Istana Haomei, milik Mu XiYue.

XiYue yang sedang menukar pakaian untuk tidur, terkejut. Dia hanya menyarungkan sehelai baju nipis untuk tidur. Wajahnya dipaling ke arah pintu.

"Adikanda XiHua?" matanya berkelip-kelip. Sudah tengah malam, apa yang adiknya ini buat?

"Ahh..." XiHua terdiam. Sekarang apa? XiYue cari dia siang tadi tapi dia yang tak ada. Sekarang dah tengah malam, dia menceroboh bilik abangnya itu pula.

XiYue menepuk dahi saat melihat adiknya yang kelam kabut. Dari pakaiannya saja XiYue sudah tahu.

"Adikanda XiHua, kalau ya pun tidak sabar mahu bertemu kakanda..pfftt.." XiYue tidak dapat menahan perasaannya lantas ketawa.

Kening XiHua terangkat sebelah.

"Kakanda XiYue cari XiHua?" soal XiHua.

"Ahahah!!" XiYue masih ketawa. Adiknya itu sekarang betul-betul nampak macam hantu. Kalau bukan sebab XiYue dah biasa, rasanya orang lain akan pengsan melihat XiHua.

Saat itu, XiHua yang seluruh badan berbalut dengan kain balutan dah macam mumia, tambah lagi dengan baju nipisnya yang berwarna putih. Sudah macam hantu.

"Adikanda.. Jangan bercakap kuat sangat. Nanti orang lain dengar." tegur XiYue.

XiHua lantas menekup mulutnya.

"Mari ke sini." panggil XiYue seraya duduk di atas kerusi di tepi katilnya.

XiHua hanya menuruti arahan abangnya itu. XiYue tersenyum.

"Kakanda dengar, ada pencuri di bandar siang tadi. Tapi dia telah dibunuh oleh seseorang." setelah itu dia mula membuka cerita.

XiHua mengeluh. Cis.. Dia memang tak boleh sembunyikan apa-apa pun dari XiYue.

"XiHua.. Sejak bila adikanda kesayangan kakanda ni bertukar jadi macam ni?" soal XiYue.

Dalam hati, sedikit sebanyak dia rindukan adiknya yang lembut dan baik seperti saat semasa mereka kecil.  Mu XiHua yang dahulu sentiasa akan lari kepadanya untuk perlindungan. Mu XiHua yang dahulu selalu tersenyum dan ketawa riang.

XiYue rasa semakin lama, semakin dia tidak kenal dengan adiknya yang seorang ini.

"Bukan salah XiHua. Pencuri tu jadikan seseorang sebagai tebusan. Adikanda tak ada pilihan lain." ujarnya bagi membela diri.

"Iyalah, iyalah.." XiYue mengangguk sambil mengambil tangan XiHua lalu diletakkan ke atas pahanya dan dipegang penuh kasih.

"Tapi adikanda perlu ingat. Jangan sampai bonda dan ayahanda tahu XiHua keluar dari Istana. Hari ini, kakanda sudah berikan alasan pada bonda jadi dia tidak tahu. Dia fikir adikanda ada bersama kakanda." dia mengingatkan.

XiHua mengangguk. Ahhh!! Hatinya cair, jantung pula rasa nak terkeluar dari dada. Kenapa XiYue ni sangat baik??? Abang paling baik dalam dunia!! Uuwuuu...(menangis).

This old woman's first love happened to be this old woman's brother!!

XiHua mengeluh tanpa dia sendiri menyedari perbuatannya itu.

"Kenapa ni?" soal XiYue.

"Kenapa la adikanda tak boleh jadi isteri kakanda?" omel XiHua sekadar bergurau.

Mendengar komen tersebut, XiYue ketawa kecil. Dia mengusap rambut XiHua dengan lembut.

"Dah tentu la boleh. Siapa cakap tak boleh? Dulu masa adikanda kecil pun, adikanda selalu cakap yang adikanda nak kahwin dengan kakanda bila besar nanti? Hm? Adikanda dah lupa?" soal XiYue.

Urk! XiHua rasa suaranya tersekat di kerongkong! Jadi sebelum dia dilahirkan dalam tubuh ni, Mu XiHua yang sebelum ni pun sukakan abang dia sendiri??? Uuuwuuu..(menangis). Mu XiHua yang sangat menyedihkan. Belum sempat besar lagi, dah mati. Tak sempat tengok abang dia yang dah besar ni.

"Mengarut." balas XiHua.

XiYue tersenyum. Dia tahu semua tu mengarut. Dia cuma bergurau.

"Hmm.." dia mengangguk.

Suasana kembali sunyi dan sepi di antara mereka. Sempat lagi XiYue merenung adiknya yang sedang khusyuk melihat lantai. Jari-jemarinya bermain antara satu sama lain. Nampak sangat comel kalau kain balutan dan pakaiannya yang macam hantu tu dihiraukan.

Tangan XiYue dihulur dan kain balutan yang membalut wajah XiHua dibuka.

Terkejut, XiHua menoleh ke arah XiYue.

Kain balutan pada mukanya telah terlerai.

"Hmm.. XiHua memang ada rupa.." XiYue tersenyum.

Mata XiHua terkebil-kebil.

Setelah itu tangan XiYue yang tadinya bermain di wajah XiHua mula turun pada leher yang putih mulus itu. Seutas rantai yang tergantung pada leher itu disentuh. Sejak lahir, XiYue perasan yang rantai itu tidak pernah dibuka dari leher adiknya.

"Rantai ni.." XiYue mula membuka mulut.

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, XiHua lebih pantas berdiri dan menepis tangan XiYue. Wajah tenang XiYue terus bertukar keruh.

"Maaf. Adikanda telah menganggu kakanda lewat malam begini. Adikanda pulang dahulu." XiHua terus berpaling dan keluar.

Langkah kakinya laju di atur ke arah Istana Mingzhuo. Gila.. Rahsianya hampir saja terbongkar. Sudah cukup dia diugut oleh doktor gila tu, dia tak perlu abangnya terjebak dalam perkara ni. Kehidupan di istana.. Adalah satu medan pertempuran.

XiYue.

Lelaki itu, walau apa pun yang berlaku, XiHua akan pastikan dia selamat.

Sebagai ganti untuk Mu XiHua yang telah pergi dan memberikan tubuhnya pada XiHua, dia telah berjanji akan melindungi XiYue.

XiHua menghela nafas lega apabila dia telah selamat sampai ke biliknya sendiri. Dia duduk di atas katil sebelum mula berfikir. Tangannya pula saat itu sibuk bermain dengan rantai di leher.

"XiHua, walau apa pun yang berlaku.. Jangan sesekali buka rantai ni. Kalau tidak, nyawa kamu akan terancam."

Pesanan Li Jiansu, bondanya itu bagai tersemat elok di dalam mindanya.

"Kalau identiti kau terbongkar, aku tak rasa Maharaja akan teragak-agak untuk bunuh kau. Jangan lupa, menipu Maharaja hukuman dia adalah mati."

Sekali lagi suara doktor gila tu terngiang. Shi Xue.

XiHua menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Tidak, tidak!! Dia masih nak hidup. Tak nak mati lagi! Dah cukup dia mati sekali sebab kena langgar kenderaan.

***********************************

Author's note:

Gentle reminder for rotten minds.. This is not a gay story. Thanks.
😂😂😂😂😂😂(stop shipping the characters)
Again for rotten minds..
THIS IS NOT A GAY STORY.



Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 269 32
Ketakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehin...
6.4K 1K 150
Mengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelangg...
65.9K 3.9K 43
#Book1 Hacker tasha, Dia seorang hacker yang berkhidmat untuk sesiapa yang memerlukan khidmatnya.Kerjanya seratus peratus complete sama ada membahaya...
471 61 15
15+ AMARAN CETUS: Berkemungkinan terdapat adegan yang kurang menyenangkan atau mengganggu pembaca kerana ada kekerasan, sedikit bahasa kasar, kematia...