Tiga Dunia: The Prince and Th...

By Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... More

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

10

724 57 26
By Lais_Arsalan

XiHua mencuri keluar dari istana seperti biasa bagi melepaskan rasa geram dan sakit hatinya. Bukan selalu tapi setiap kali dia keluar, pasti tanpa pengetahuan sesiapa. Dia lebih suka menyendiri macam ni.

Wen Chong pula telah diberikan arahan untuk melindungi XiYue. Jadi XiHua ada banyak peluang untuk mencuri keluar tanpa perlu memikirkan alasan mengapa dia hilang tiba-tiba kepada Wen Chong.

Kawasan bandar nampak meriah dengan pesta. XiHua tersengih. Bukan selalu, sekali lagi dia mengingatkan. Bajunya telah ditukar kepada baju biasa yang dipakai orang awam. XiHua yakin tak akan ada sesiapa yang akan kenal dia.

Topeng wajahnya pula masih dipakai. Entah kenapa dia sudah biasa begitu. Rutin harian. Kalau dia keluar tanpa memakai topeng, XiHua rasa pelik macam ada sesuatu yang tak lengkap.

Gerai-gerai di sepanjang jalan dilawati olehnya. Makanan dan minuman yang menarik hati akan dibeli. Memandangkan dia bawa banyak duit, XiHua rasa puas hati. Sebelum ni dia tak ada peluang berbelanja sakan macam ni.

Sedang dia sibuk menikmati kuih yang dibeli olehnya, satu tangan yang melintas laju menyambar beg kain yang tersangkut pada pinggang XiHua. Beg yang berisi duit. XiHua yang menyedari tindakan pencuri tersebut lantas mengejar.

"Oi, pencuri!!" dia menjerit sambil kakinya laju berlari mengejar seorang lelaki.

Ke semua orang di sekeliling jalan mula melihat ke arah mereka. Ada yang ke tepi untuk memberikan jalan kepada XiHua. Lelaki yang mencuri dompet XiHua itu memakai pakaian yang comot dan kotor. Rambutnya juga kusut masai.

Barangkali orang miskin di jalanan. Satu perkara yang sangat XiHua tidak suka. Ini kerana mereka yang kaya selalu mengambil kesempatan terhadap rakyat biasa untuk mengumpul duit. Kalau mereka agihkan semua sama rata perkara macam ni tak akan berlaku.

Manusia yang mencuri adalah manusia terdesak.

Si pencuri masih tidak berputus asa dan dia masuk ke dalam sebuah bangunan untuk bersembunyi. XiHua yang dari jauh sempat melihat kelibat itu masuk ke selekoh lalu mengekorinya. Bunyi jeritan wanita-wanita yang terkejut membuatkan suasana semakin bercelaru.

XiHua masuk ke dalam sebuah bangunan yang agak besar dengan atap berwarna hitam dan dinding yang di cat merah. Di hadapan bangunan tersebut telah dihiasi dengan pokok-pokok bunga. Di tingkat atas pula ada beranda untuk melihat pemandangan luar.

Di atas pintu utama, sebuah papan tanda tersergam indah dengan kaligrafi yang sangat kemas.

Flower House.

"Jangan dekat! Kalau kau datang ke sini, aku bunuh dia!" si pencuri telah mengambil orang tebusan.

XiHua melangkah ke dalam dengan gaya yang sungguh elegan. Macam tak ambil kisah tentang semua orang yang memandang ke arahnya. Tangan pencuri menghunus sebilah pisau pada leher seorang pekerja di Flower House tersebut.

Semua wanita yang bekerja di situ melarikan diri ke tepi bersama dengan tetamu sehingga ruang tengah itu kosong melainkan dua individu. Mereka yang berada di bilik bersama dengan pelanggan pula telah keluar untuk melihat kekecohan yang berlaku.

XiHua mengeluh. Sangat menyusahkan. Dia memandang si pencuri dengan pandangan membunuh. Dah la doktor yang annoying tu ugut dia, sekarang ni pencuri bodoh ni cari pasal. Memang minta nahas betul.

Individu yang menjadi tebusan si pencuri pula hanya diam tanpa suara. Baru XiHua perasan akan kehadiran si tebusan tersebut. XiHua terlalu fokus kepada lelaki pencuri sehingga hampir mengabaikan si tebusan.

"Apa kau nak?" soal XiHua dengan suara mendatar.

"Lepaskan aku." jawab si pencuri.

"Kau dah mencuri, sekarang minta aku lepaskan kau?" sekali lagi XiHua bertanya, masih mendatar nadanya.

"Siapa suruh kau bawa duit yang banyak?! Lepas tu sangkut di tali pinggang, memang minta di curi!" si lelaki tidak mahu mengalah.

XiHua malas nak layan.

"Kalau aku tak nak lepaskan kau?"

Pisau yang dipegang oleh pencuri tersebut semakin dekat pada kulit leher orang yang menjadi tebusan. Luka kecil mula terhasil.

"Aku bunuh dia!" jerit si pencuri.

"Kyahhh!!" jeritan wanita-wanita sekali lagi kedengaran.

"Selamatkan dia!"

"Tuan, tolong la lepaskan saja dia.. Adik kami.. Selamatkan adik kami.."

Beberapa orang wanita lagi mula merayu.

Adik? Kali ini XiHua mula memberi perhatian penuh kepada si tebusan. Memandangkan wanita itu mengatakan dia adalah adik mereka, maka si tebusan merupakan pekerja di Flower House. Tidak terlalu tinggi, namun juga tidak terlalu rendah. Ketinggian yang sederhana.

Dia memakai baju satin lembut berwarna putih dan merah gelap. Rambutnya yang panjang diikat separuh. Nampak kemas dan elok sahaja. Wajahnya kelihatan lembut dan tenang walaupun dalam situasi yang mengancam nyawa. Oh?

XiHua rasa kagum tiba-tiba. Terlalu tenang si tebusan ni. Perempuan yang cantik dan sangat bijak. Kenapa bijak? Sebab dia langsung tak panik dalam situasi tersebut. Kalau orang lain, pasti dah menangis dan merayu minta dilepaskan.

Jarang dia jumpa orang macam ni. XiHua rasa dia patut selamatkan si tebusan. Lagipun, memang tanggungjawab dia untuk selamatkan tebusan. XiHua memandang ke dalam mata si tebusan seolah-olah macam dia faham apa yang XiHua cakap dalam fikiran.

Percayakan aku.

Si tebusan mengangguk sedikit.

XiHua menghela nafas lega. Telepatinya berjaya. Uhuks..

"Baiklah." ujar XiHua kepada si pencuri.

"Kau fikir aku nak dengar cakap kau?" si pencuri masih ragu-ragu.

"Hm? Jadi kau juga tak akan percaya kalau aku cakap aku tak kisah tentang tebusan tu? Kalau dia mati pun, tak ada kena mengena dengan aku." balas XiHua.

"Tuan!"

"Janganlah kejam dengan adik kami!"

"Selamatkan dia, kami merayu!"

Saat mendengar kata-kata XiHua, wanita-wanita itu mula bersuara. Mereka menangis sehendaknya.

XiHua mengetap gigi. Eii.. Bisingnya. Terlalu over semua perempuan zaman ni. Entah kenapa buat XiHua rasa meluat. Makin tak suka dengan perempuan. Neneknya (Empress Dowager) yang sibuk nak kahwinkan XiHua dengan anak perempuan bangsawan telah ditolak mentah-mentah.

Sebab mereka semua ada niat lain. Siapa saja yang sanggup berkahwin dengan Putera Kelima?? Hodoh, bisu dan lemah. Apa yang dia ada cuma kuasa yang barangkali memungkinkan dia untuk naik takhta. Tapi sanggup ke XiHua lawan abang sendiri untuk berebutkan takhta?

Tidak!

Jadi dia tolak ke semua lamaran dan pinangan anak gadis yang diberi oleh neneknya itu. Biar dia tak kahwin seumur hidup asalkan XiYue selamat dan gembira.

"Hah.. Kau tak akan cederakan tebusan ni." si pencuri bersuara dengan yakin, sekaligus mematikan lamunan XiHua.

"Oh?" XiHua mengeluarkan sebilah pisau jarum dari dalam lengan baju dengan kepantasan yang hampir tidak ada sesiapa pun yang menyedari.

Apabila mereka sedar sahaja, pisau jarum tadi telah melayang ke arah si pencuri dan si tebusan. Pisau jarum itu menusuk ke dalam bahu si tebusan membuatkan si pencuri terkejut. Langsung dia tak sangka yang XiHua akan cederakan tebusan miliknya.

"Ugh!" si tebusan mengetap giginya menahan sakit dan suara dari terus mengerang kesakitan.

Gila! Ada besi yang tertusuk dalam bahunya, sakit!!! Lelaki bertopeng itu sungguh kejam! Dia betul-betul percayakan lelaki itu namun kini dia rasa bodoh pula!

Saat si pencuri telah melepaskan tebusan kerana terkejut, XiHua pantas berlari ke arahnya sebelum mengeluarkan sebilah pisau belati perak dan mengelar leher si pencuri tanpa berkelip. Gayanya sangat kejam dan langsung tak ada perasaan.

Si pencuri tak ada peluang untuk melarikan diri. Sedar saja lehernya telah dikelar dan dia terbaring lemah di atas lantai, tidak lagi bernyawa. Darah merah mula mengalir membasahi kawasan tengah lobi Flower House.

XiHua mengambil beg berisi duit miliknya sebelum disimpan ke dalam baju. Setelah itu dia berjalan ke arah si tebusan yang sedang melutut memegang bahu kanan yang tercedera. XiHua menarik lengan kirinya supaya bangun.

"Kau tak apa-apa?" soal XiHua dari sebalik topeng yang dipakainya. Wajahnya saat itu bertukar risau. Kalau la semua orang nampak, pasti akan lembut hati mereka.

Malangnya, mereka cuma dapat melihat topeng besi yang tak ada perasaan.

"Kenapa?!" marah si tebusan saat dia berdiri di hadapan XiHua.

"Saya percayakan awak!" marahnya lagi lalu tangan kirinya yang tidak cedera itu memukul bahu XiHua macam budak kecil yang merajuk.

Eh, ehh???

Suara ni.. Walaupun lembut pada gegendang telinga XiHua.. Tapi tapi.. Ni suara lelaki.

XiHua memandang si cantik di hadapannya. Lelaki???????

Dia fikir dia selamatkan perempuan! Tapi lelaki?!

Tapi bila fikir balik, XiHua merenung lelaki dihadapannya itu lama tanpa sebarang suara. Memang rupa dia lelaki. Dari jauh nampak macam perempuan, cuma sekarang bila dia tengok balik betul-betul...

(-_-メ)(ノд =。)

Mana kisah hero yang selamatkan si puteri??!! Heii!!

************************************







Continue Reading

You'll Also Like

Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

70.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
16.9K 1.7K 118
Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonb...
1.9K 301 64
Zia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari...
39K 1.9K 20
[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa at...