Tiga Dunia: The Prince and Th...

De Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... Mai multe

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

8

811 68 56
De Lais_Arsalan

Putera oh Putera

Kawasan istana Putera Kelima sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Sudah 10 tahun berlalu. Sejak Putera Kelima menjadi bisu, orang yang berkerja di istana itu turut sama menjadi 'bisu'.

Bagi menghormati Mu XiHua, Maharaja dan Permaisuri telah mengeluarkan titah bahawa sesiapa saja yang berada di bawah lindungan Istana Mingzhuo tidak boleh bercakap tanpa kebenaran.

Walaupun ramai yang merasakan arahan tersebut mengarut, masing-masing hanya mampu berlakon bisu. Siapa yang berani melawan Maharaja? Disebabkan itu, orang bawahan di Istana Mingzhuo tidak ramai.

Semua tidak berani untuk berkhidmat kepada Putera Kelima kerana takut. Namun begitu, mereka yang sedikit ini juga la yang paling setia kepada Putera Kelima. Mereka semua sanggup mati dari mengkhianati Mu XiHua.

Bukan senang menjadi orang yang berkhidmat kepada Istana Mingzhuo. Ke mana saja mereka pergi, mereka akan diperlekehkan kerana 'bisu'. Mereka diketawakan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka bangga walaupun diejek kerana mereka tahu mereka dilindungi.

Ini kerana tempat paling selamat di dalam seluruh kawasan Istana Haoxia hanya Istana Mingzhuo. Tiada sesiapa yang boleh 'menyentuh' atau mencederakan mereka. Disebabkan itu, mereka sangat setia kepada Mu XiHua.

Putera Mu XiHua, Putera Kelima kerajaan Haoxia. Seorang yang bisu, sentiasa berbalut tubuhnya dengan kain balutan, sentiasa memakai topeng buruk ke mana saja dia pergi. Dapam erti kata lain, seorang yang pelik.

Kini umurnya sudah mencecah 20-an. Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang memahami perangai putera yang seorang ni. Semasa umurnya 13 tahun, dia dibawa oleh Putera Mahkota untuk melawati Wilayah Renxia di sebelah timur. Saat itu dia membawa pulang Wen Chong sebagai anak angkatnya.

Anak angkat!! Mu XiHua hanya berumur 13 tahun dan Wen Chong pula 12 tahun saat itu. Tetapi Putera Kelima ini langsung tidak peduli tentang apa yang orang lain katakan. Putera Mahkota Mu XiYue? Sudah tentu dia akan tunaikan segala permintaan adik kesayangan.

Selepas itu, Wen Chong menjadi orang setia Mu XiHua. Macam belangkas, ke mana saja Mu XiHua berada pasti akan kelihatan Wen Chong disisi. Tak pernah berpisah sehingga ada yang ragu-ragu tentang hubungan sebenar mereka.

XiHua? Hei.. Walaupun masa tu umur dia 13 tahun dalam tubuh 'Mu XiHua' dia dah pun berumur 30-an kalau ikut dirinya yang asal. Wuu.. Dah tua. Apa salahnya dia ambil Wen Chong sebagai anak angkat? Dah la terperangkap dalam badan budak kecil ni sebagai 'Putera'.

Adakah selamanya dia tak mungkin akan ada anak bersama kekasih hati??? XiHua rasa nak menangis bila berfikir. Walaupun semua tahu dia putera, XiHua tetap XiHua. Dia perempuan. Dia suka lelaki. Wuu..(menangis). Apa salah dia terpaksa hidup sebagai Putera Kelima ni.

Lepas dia bawa Wen Chong balik ke Istana, dia mula mengajar Wen Chong seni mempertahankan diri tanpa pengetahuan sesiapa. Mu XiHua telah belajar pelbagai jenis seni mempertahankan diri supaya dia menjadi kuat.

Perkara utama adalah kerana dia mahu memastikan tidak ada orang yang boleh membuli 'Mu XiHua'. Walaupun dia hanya meminjam tubuh tersebut, dia masih mahu menjaga tubuh yang diambil alih olehnya itu. 'Mu XiHua' yang asal telah mati kerana dia seorang yang lemah.

Jadi XiHua tekad mahu menjadi kuat. Selepas ini tak akan ada sesiapa yang boleh mengambil kesempatan terhadap Putera Kelima lagi. Semua orang masih berfikir yang Putera Kelima seorang yang pelik dan lemah. Mereka tidak tahu, di dalam seluruh kerajaan Haoxia orang yang paling menyeramkan adalah XiHua.

Tidak kira sama ada di dalam istana atau di luar istana, XiHua memiliki pelbagai 'mata' dan 'telinga'. Dia tahu apa yang berlaku di dalam dan di luar walaupun tidak keluar dari biliknya di Istana Mingzhuo. Dia hanya duduk dan segala berita dari setiap pelusuk akan sampai padanya.

Setelah 10 tahun berlalu, kuasa yang dia kumpul boleh dikatakan lebih hebat dari Maharaja sendiri. Orang bawahan yang setia kepadanya lebih banyak dari apa yang difikirkan oleh semua orang. Ya, Mu XiHua yang sekarang merupakan individu paling berkuasa di kerajaan Haoxia.

Lebih berkuasa dari Maharaja. Cuma fakta ini tidak diketahui oleh ramai orang sahaja. Cuma orang setia milik XiHua sahaja yang tahu betapa gerun dan menakutkan sebenarnya Putera Kelima ni boleh jadi. Terutama sekali setiap bulan, pada setiap satu minggu sebelum masuk bulan yang baru.

Entah kenapa pada masa ni, Putera Kelima akan menjadi seorang yang sangat menakutkan. Salah sikit dan kepala orng yang mencari pasal dengannya akan berpisah dari badan. Disebabkan itu, pada kalendar setiap orang mereka akan membulatkan tarikh tersebut.

Jangan mencari pasal dengan Mu XiHua pada tarikh itu.

Kenapa? Haiyaa..lupa ke? XiHua yang asalnya perempuan. Dia masih belum boleh lari dari sindrom keperempuanan dia yang moody. Walaupun kini dia seorang putera, lebih spesifik, Putera Kelima, dia masih ada masa dia yang moody.

Wuuu..(menangis).

XiHua masih nak jadi perempuan. Nak pakai baju cantik. Nak pakai alat solek. Tapi dia tak boleh buat semua tu. Apa guna dia sekarang lahir dalam keluarga kaya, dapat sambung belajar tapi tak dapat hidup sebagai perempuan macam diri dia yang sebelum ni??

XiHua masih tak puas hati.

Manusia.

Bang!!!!

Pintu biliknya dihempas dengan kuat. Wen Chong yang sedang duduk bermalasan di dalam bilik Mu XiHua terkejut. Terus dia bangun dan berjalan ke ruang rehat yang dipisahkan oleh papan yang menjadi palang.

"Tuan XiHua? Tuan dari mana?" soal Wen Chong.

Sebab utama dia bermalasan di dalam bilik adalah kerana dia tidak berjaya menjumpai kelibat XiHua di dalam Istana Mingzhuo. Mencari XiHua di luar istana? Mustahil. Wen Chong tidak pernah menjejakkan kaki ke luar istana seorang diri tanpa arahan XiHua.

XiHua melibaskan lengan bajunya yang panjang. Dia mendengus kasar. Geram.

"Tuan?" panggil Wen Chong seraya menarik kerusi untuk XiHua duduk.

Gaya XiHua sangat elegan walaupun sedang marah. Topeng yang dipakai pada wajahnya dibuka dan dicampak ke tepi. Sempat topeng itu disambut oleh Wen Chong sebelum terjatuh ke atas lantai. Baju jubah luarnya yang sarat dengan perhiasan seperti mana layaknya seorang putera dibuka dan dilempar kepada Wen Chong.

Lelaki itu setia mengutip segala barang yang dicampak oleh XiHua ke arahnya. Akhirnya semua baju mewah seorang putera itu dibuka meninggalkan hanya baju nipis berwarna putih. Kain balutan pada wajah juga turut dibuka. XiHua duduk di atas kerusi dan menghela nafas lega.

Wen Chong tidak bersuara. Dia hanya melihat Putera Kelima di hadapannya itu dengan penuh kagum. Sejak dia diambil oleh XiHua sebagai anak angkat, dia dijaga dengan penuh kasih. Dia juga dijadikan sebagai anak muridnya. Wen Chong pada asalnya anak yatim piatu yang miskin.

Jadi dia sangat berterima kasih pada XiHua. Namun kini, setiap kali dia melihat XiHua jantungnya pasti akan berdegup kencang. Perasaannya bercelaru. Beza umur mereka hanya satu tahun. Mata Wen Chong memerhati XiHua yang kini sedang duduk sambil memejamkan mata di atas kerusi.

Wajah yang putih mulus, bibir yang merah seperti delima, bulu mata yang lebat...

Terlalu cantik untuk di gambarkan dengan kata-kata. Wen Chong tidak pernah jemu melihat wajah itu. Di seluruh kerajaan Haoxia, dia tahu cuma dia seorang saja yang mempunyai peluang untuk melihat wajah itu. Semua orang fikir Mu XiHua terlalu buruk sehingga perlu memakai topeng.

Mengarut!

Bagi Wen Chong, XiHua adalah orang paling cantik yang pernah dia lihat. Lelaki atau perempuan..

Mu XiHua dihadapannya itu yang paling cantik.

"Apa yang awak tengok?" tegur XiHua sambil masih menutup mata.

Bahu Wen Chong terhinjut sedikit. Terkejut kerana ditangkap merenung XiHua. Suara merdu dari mulut XiHua bagai bergema di dalam gegendangnya. Ahh.. Suara itu.. Hanya dia seorang saja yang diberi kesempatan untuk mendengarnya. Siapa cakap putera ni bisu?? Hahahaha!!!

Dia dah perbodohkan semua orang supaya fikir dia paling bernasib malang sedangkan dia la orang paling hebat!

"Tuan masih belum beritahu.. Tuan dari mana?" soal Wen Chong, menukar topik.

"Ahh.. Putera Kedua, Mu XiChen.. Tak habis-habis nak cari pasal. Menyakitkan hati betul." komen XiHua.

"Hm?"

"Wen Chong, tengokkan dia.. Jangan benarkan dia lakukan sesuatu kepada  Putera Mahkota. Lindungi Mu XiYue."

Mendengar arahan tersebut, Wen Chong mengangguk.

Mu XiYue, Mu XiYue, Mu XiYue!

Setiap arahan yang dia terima pasti berkaitan Putera Mahkota itu sehingga Wen Chong rasa cemburu. XiHua terlalu sayangkan abangnya itu. Dia melindungi XiYue tanpa pengetahuan sesiapa. Secara diam-diam, dia hapuskan semua orang yang menggugat takhta yang bakal menjadi milik Mu XiYue.

Terlalu sayang? Hahh.. Bagi XiHua kalau XiYue mati, dia akan rasa sedih. Di mana lagi dia nak cari pemandangan indah untuk tatapan mata?? Kalau la dia tak dilahirkan semula sebagai Mu XiHua, orang pertama yang dia akan jadikan calon suami adalah Mu XiYue.

Wuuu...(menangis).

Kenapa dia dilahirkan semula sebagai adik Putera Mahkota??

Dia sukakan Mu XiYue..(╥﹏╥)

Ahh..cinta pertamanya berkecai.

Punah dan hancur segala harapan.

Macam mana dia tak stress dan moody???

Dia punya kesempatan bertemu Mu XiYue sepanjang masa tetapi tidak akan pernah dan tidak mungkin boleh bersama. Macam seekor kucing yang mana dihadapannya ada seekor ikan segar tetapi diberitahu "Berhenti! Tak boleh makan! Hanya untuk dilihat sahaja. Selamanya!!".

__
     />    フ
     |  _  _|
     /'ミ _x 彡
     /      |
    /  ヽ   ノ
 / ̄|   | | |
 | ( ̄ヽ__ヽ_)_)
 \二つ

Satu kenyataan yang kejam.

Dia tak mungkin boleh dan mampu untuk sukakan perempuan. Hebat mana pun dia berlakon sebagai seorang putera, XiHua tak boleh tipu hati dan perasaannya. Sejak awal dia lahir, dia dah biasa jadi perempuan.

Wuuuuu...(menangis). (╥﹏╥)

Mana nak cari lelaki yang sukakan 'lelaki' macam XiHua???

************************************

Author's note:

Okay..jangan keliru.(^O^)/
XiHua yang asal perempuan. Dia dilahirkan semua dalam badan Putera Kelima, Mu XiHua. Jadi tak boleh nak buat apa kalau dia sukakan lelaki. ⁄(⁄ ⁄•⁄ω⁄•⁄ ⁄)⁄

Tapi lelaki yang dia suka tu abang Mu XiHua, Mu XiYue. Sedih. Jadi apa yang dia mampu buat hanyalah melindungi Mu XiYue dalam diam. Macam.. I'll protect you even if you don't know. I don't mind. That's enough. Until I die, I'll keep on watching you.ԅ(¯﹃¯ԅ)

And yes, XiHua tak bisu. Dia boleh bercakap. Mu XiHua yang asal yang bisu. Tapi dia dah mati. Lol (^O^)/

XiHua ada rupa yang cantik, yes. Rupa yang buruk tu Mu XiHua yang asal. Tapi dia dah mati. Lol (^O^)/

Tu je dari author untuk chapter kali ni. Maaf kalau ada typo please inform. Sankyuuu..












Continuă lectura

O să-ți placă și

38.8K 2.8K 48
#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #p...
1.9K 301 64
Zia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari...
219K 16.5K 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disump...
40.2K 2.7K 51
Apabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia...