NASIB SUMAYYAH

By ReenAlias

69.2K 4.7K 1.6K

SUMAYYAH QAISARA Nama yang sangat indah untuk didengari.Namun keperitan hidupnya tidak mampu untuk digambarka... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
PROMOTE
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
PROMOTE TIME
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
PROMOTE TIME
BAB 25
Mempertandingkan Karya
PROMOTE TIME
BAB 26
BAB 27
ATTENTION
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
CIVILWATT
UPDATE
BAB 39
BAB 40
PROMOTE💕
PROMOTE❤
PROMOTE❣
SORRY
BAB 42
BAB 43
BAB 44

BAB 41

1.3K 85 20
By ReenAlias

MEDIA:Turn to Allah.He is never far away.Put your trust on him,raise your hand and pray oooo Ya Allah💕♬♬

Kakinya melangkah tanpa henti.Tiada sebarang hala tuju di dalam mindanya.Entah hendak menuju ke mana dengan kedaan tidak terurus itu.Sakit yang dirasakan satu badan itu tak dipedulikan.

Dalam gelap gelita itu dia hanya mampu berjalan berpandukan cahaya-cahaya dari lampu jalan yang sudah malap itu.Mata semakin kabur angkara kepenatan.

"Aku nak pergi mana?",sang jejaka mempersoalkan apabila menyedari dirinya yang sudah tidak mempunyai apa-apa itu.Keretanya sudah hilang entah ke mana.Nak menuju ke rumah tiada sebarang duit yang boleh digunakan bagi menaiki kenderaan awam.

Entah bagaimana tanpa dia sedar dia berada di dalam perkarangan yang sungguh indah.Tiada sebarang kenderaan yang kelihatan mungkin kerana sudah larut malam.Matanya melilau lagi hingga tepat memanah kepada kaliamah suci yang terpampang pada dinding bangunan itu.

"All..lahh",tergagap-gagap dia membacanya.Masih dia teringat betapa lancarnya lidah itu membaca bahasa jawi pada  suatu masa dahulu.Namun sekarang semuanya sudah mula pudar dan menghilang.

Matanya memandang keseluruhan struktur bangunan itu.Samar-samar sahaja suasana di situ namun di sudut penjuru itu terdapat cahaya menyinar.Cahaya itu seperti memanggil maka kaki digerakkan ke arah itu dengan penuh rasa ingin tahu.

Suara kedengaran.Entah suara siapa tapi suara itu sangat menenangkan.Alunan dan bacaannya itu sungguh merdu.Ayat yang dilafazkan iti tetap terasa mendalam walau sepatah perkataan pon tidak difahaminya.

"Tenangnya Ya Allah.Segala masalah yang menghimpit hati dan fikiran ini terasa seperti hilang dalam sekelip mata",kata hatinya sambil mata terpejam menghayati bacaan alunan itu dan tanpa sedar bibir itu melakar senyum.

"Saudara!Kenapa berdiri di situ?",suara yang tidak terlalu garau itu bertanya.Matanya yang tertutp itu serentak terbuka.Bibir yang tersenyum itu automatik terpadam dan hanya wajah kaget yang disuakan.Memang tenang suara itu bertanya namun dirinya tetap terkejut kerana terlalu khusyuk dengan bacaan tadi.

"Aaaa..Tak ada apa",jawabnya dan terus memalingkan tubuhnya bagi melangkah pergi.Sepantas itu bahu terasa disentuh dan kakinya terkaku.Tidak tahu mengapa tapi dirinya terasa seperti terlalu tidak berdaya untuk menolak.Bukan kerana tiada tenaga tetapi hatinya tidak sehaluan dengan mindanya.

"Saudara dari mana ni?Kenapa jadi macam ni?",lelaki muda berkopiah itu bertanya lembut sambil matanya meneliti kesan darah yang masih kekal di pakaian.

"Tak ada apa-apa.Kebetulan je saya lalu sini.Lepastu dengar macam bacaan apa entah tapi macam menarik saya ke sini.Tak pe saya dah nak pergi",jawabnya dan sekali percubaan lagi untuk melangkah pergi.

"Kenapa perlu berdalih lagi?Kenapa harus menyangkal lagi?Kenapa mesti menafikannya lagi?Saudara,tidakkah awak sedar bahawa hidayah Allah yang menarik awak ke sini?Tidakkah awak tertanya-tanya mengapa hati awak sebegitu melonjak mahu ke sini.Ke rumah Allah ini,"lembut sahaja dia berkata namun ada tegasnya.

Si lelaki itu cuma terkaku.Benar!Benar juga apa yang dikatakannya itu.Padahal sebelum ini dirnya sudah biasa mendengar alunan mengaji namun langsung dia tidak terkesan.Akan tetapi,hari ini mengapa dia seperti terlalu membuak-buak mahu menghampiri perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang jadi pada awak.Saya tidak tahu bagaimana awak di luar sana.Tapi saya yakin.Kalau awak mampu tiba di sini pasti masih ada iman jauh di sudut hati awak.Dan rumah Allah ini sentisa terbuka.Jadi janganlah awak pergi begitu sahaja.Bayangkan andai sahaja ini kali terakhir awak tiba di sini dengan bernyawa,tidakkan awak berasa rugi?",lancar lagi segala kata-kata itu dilontatkan oleh lelaki berjubah itu.

"Saya tak tahu.Saya dah tak ada pegangan hidup.Dah tak tahu apa yang perlu dilakukan.
Cukuplah dengan hidup tak berguna ni.Saya rasa dah tak layak lagi untuk berada di muka bumi ini",kata lelaki cengkung itu pula.

"Astaghfirullahaladzim,kenapa cakap macam tu?Pabila awak dah tiada pegangan hidup maka kembalilah kepada yang menghidupkan awak.Kepada yang menciptakan awak.Kembalilah kepada Allah.Tak ada istilah tidak layak saudara.Semua yang hidup harini kerana keizinan dan kehendak yang Maha Esa jadi tidak seharusnya awak mempertikaikannya",jawab lelaki yang di hadapannya itu dengan bersungguh-sungguh.

Badannya itu dipusingkan.
Matanya menatap tepat ke dalam anak mata jejaka yang menasihatinya itu.Matanya mula berkaca.Sungguh ketara perbezaan dirinya jika hendak   dibandingkan dengan diri lelaki alim itu.Dengan suara yang hampir menjerit dia meluahkan isi hatinya.

"Aku banyak dosa.Aku pembunuh,penipu,penzina dan macam-macam lagi.Aku tak pernah cium tikar sejadah itu sejak bapak aku mati.Aku tak pernah lagi pegang apatah lagi baca buku kitab yang kau baca tadi.Aku buat ibarat akulah Tuhan!Jadi sekarang kau jawab masih ada ruang ke untuk manusia jahanam macam aku ni",lantang jejaka itu berkata.

Dapat kelihatan wajah terkejut dari raut muka lelaki berkopiah itu.Mungkin kerana tidak menyangka ketragisan kisah hitam jejaka tersebut.Namun tidak lama senyuman nipis terukir menggantikan kekagetan itu.

"Allah itu Maha Pengampun.Wujudnya istilah taubat itu bagi memaafkan semua hamba-hambanya.Tidak kira seteruk atau sehina mana pon diri awak tapi selagi tidak terputus antara roh dan jasad,pengampunan dan pintu taubat masih terbuka luas",jawabnya.

"Bersyukurlah saudara.Beruntunglah awak kerana Allah masih memberikan awak peluang.Dan ini mungkin permulaan untuk peluang itu.Turunkan ego awak.Letakkan seluruh diri awak pada Dia.Kembalilah kepadaNya",sambungnya lagi.

Lelaki itu cuma tertunduk sayu.Sedikit sebanyak hatinya agak lembut apabila dinasihat.Namun segala bayang-bayang masa lalunya masih cube menyangkal.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Kembali kepada Allah?Bagaimana?Dia langsung tidak mengetahui apa-apa.

"Sedar diri kau.Kau tu terlalu jahil.Terlalu banyak dosa.Kau pikir Tuhan nak ampunkan kau ke?Buang masalah.Neraka je tempat yang layak untuk kau",suara jahat dalam dirinye bermain.

"Lupakan semua kisah lalu.Berubahlah.Masih ada peluang",suara baik pula terngiang-ngiang.

Fikirannya bercelaru.Tidak tahu mahu memilih yang mana satu.Jujur hatinya berat mahu kembali pada Illahi namun separuh dari dirinya juga tidak mahu.

"Ayuh ikut saya,kita masuk dekat dalam masjid ni.Lagipun dah malam",lelaki yang satu lagi berkata apabila menyedari dirinya yang berserabut itu.

Jejaka itu cuma mengikut.Nak sangat menolak tetapi hati lebih memilih untuk menerima.Entah dia juga sudah tiada pilihan lain.Jadi apa salahnya andai dia cuma mengikut apa yang sedang dijalaninya sekarang.

"Saudara dah solat isyak?",soal jejaka itu.Dia kelihatan terkejut.Berubah terus air mukanya apabila disoal soalan sebegitu.Solat!Sudah lama dia tinggalkan.Dia hanya menggeleng sahaja sambil tertunduk.

"Aku dah lupa semua pasal tu jadi macam mana aku nak buat?"jawabnya lemah.Sungguh dulu dia dihiasi dengan sedikit sebanyak ilmu agama namun semuanya sudah tiada hanya kerana dendam dan ego.

"Tak pe.Jom saya ajar awak untuk solat.Mula-mula awak kena ambil wuduk.Jom",ajak lelaki itu.Maka mereka berdua berjalan ke tempat berwuduk tapu sebelum itu sempat jejaka berjubah itu memegamg sesuatu di tangannya.

"Nah!Pakai ni.Pergi tukar.Awak tak boleh solat dalam keadaan kotor macam ni,"kata lelaki itu dan menyuakan jubah yang berwarna putih kepadanya.

"Mana ambil ni?",tanya si dia kepada lelaki tersebut.Hairan juga tiba-tiba terdapat jubah di sini.Lagi satu dia cuba menghidupkan suasana kerama dia cuma diam dari tadi.

"Owh!Saya AJK masjid ni.Saya ingat malam ni nak beriktikaf dekat sini malam ni.Jubah ni sengaja saya bawa takut-takut baju saya terkena kekotoran",jawabnya tenang.

Lelaki itu cuma mengangguk dan melangkah ke arah bilik persalinan.Sesudah dia keluar dia memerhatikan dirinya pada cermin.Sungguh sayu apabila memerhatikan tubuhnya yang kotor itu tersarung jubah sesuci ini.Air mata bergenang namuj cepat-cepat dilapnya dan melangkah ke arah lelaki yang setia menantinya itu.

Usai dia berwuduk,kaki dihayunkan ke dalam masjid semula untuk menunaikan kewajipan yang setelah sekian lama ditinggalnya itu.Kopiah yang disuakan kepadanya itu diambil dan disarungkan pada kepala dengan penuh kesopanan.

Saat takbir diangkat,gugur air mata jantan lelaki itu.Tergagap-gagap bacaan Al-Fatihah itu dibacanya.Sungguh keras lidah yang selalu dimandikan arak itu.Namun sedaya upaya dia cuba mengikut ajaran lelaki itu secara perlahan-lahan memandangkan samar-samar bacaan itu masih diingatinya.

Saat badan disujudkan pada tikar sejadah.Sekali lagi air mata berguguran.Sejadah yang lembut itu diciumnya dengan penuh syahdu sebelum dibaca bacaan yang sewajarnya.Dahi terasa lembut menyapa sejadah itu.Dan diri terasa sangat kecil dibandingkan dengan pencipta yang disembahnya itu.

Hingga tiba di rakaat terakhir.Salam diberi dan tangan menadah bagi berdoa.Anggukan diberikan sebelum dia membaca doa saat matanya berpandangan dengan jejaka yang tabah mengajarnya itu

"Ya Allah ampunilah dosaku.Berilah kemaafan ke atas kesalahan masa silamku.Aku menyesal Ya Allah.Aku rasa jijik dengan diri sendiri.Ya Allah aku mohon kau jauhkanlah aku dari azabMu Ya Allah.Berikanlah aku peluang dan keyakinan untuk kembali kepadaMu.Aku insan yang lemah dan kotor.Berikanlah kemudahan untuk aku Ya Allah.Amin",doa pendek itu ditamatkan.

"Alhamdulillah",ucap lelaki yang berada di tepinya itu sambil tersenyum.Si dia juga turut tersenyum.Dia merapati jejaka itu dan memeluk erat tubuh lelaki tersebut.

"Terima kasih.Tenang.Saya rasa tenang sangat sekarang ni.Terima kasih sangat kepada awak",katanya.

"Bukan saya tapi Allah.Dia yang memberikan ketenangan itu awak.Saya cuma bantu apa yang termampu.Selebihnya kuasa Allah",jawab lelaki itu merendah diri.

"Oh ye!Malam ni awak tidur di mana?"tanya jejaka itu lagi.Sia dia cuma diam tidak menjawab.Dia tidak mempunyai sebarang tempat tinggal sekarang ini.Jadi dia cuma mampu diam.

"Jom balik rumah saya.Di rumah saya cuma ada ibu dan adik perempuan saya saja.Saya rasa mungkin bukan malam ini malam untuk saya beriktikaf.Tidak apa lain hari masih ada",katanya lagi.

Si dia cuma mengangguk dan mengikut jejak langkah kaki jejaka itu.Pintu masjid dikuncinya dan mereka sama-sama menuju ke arah kereta lelaki tersebut.Mereka masuk ke dalam kereta itu dan perjalanan diteruskan.

Menyedari keadaan yang sepi itu lantas lelaki yang memandu itu memulakan bual bicara perkenalannya bersama si dia yang asyik termenung itu.

Rumah saya dah nak dekat.Nanti awak berehatlah yee.Sekarang mungkin ibu dan adik saya sudah tidur.Sebelum tu mesti awak lapar kan?Tak apa di rumah pasti ada makanan",katanya dan lelaki itu cuma tersenyum sambil mengangguk.

"Oh yee nama saya Farhan Arif,panggi Farhan jee.Umur saya 25.Awak pula?",sambungnya lagi.

"Saya Aiman Haziq,panggil Aiman jelah.Umur saya 23.Awak lagi tualah ni"jawab si dia.Entah dia lebih memilih untuk dikenali sebagai Aiman berbanding Haziq.Tak tidak dia sangka lelaki itu lebih 2 tahun usia darinya kerana lekaki itu tampak muda.

Akhirnya cuma tawa dan senyuman yang memenuhi ruang kereta sehingga perjalanan diteruskan  menuju ke destinasi.Dalam hatinya cuma satu sahaja yang ditetapkan.

Mulakan hidup baru.

Yola yolo.Aq nk update smalam act tp heh last skali tertido derr😂ni ha bab baru.enjoyyy and tq for reading😄btw aq x cek typo kerana faktor malas so hope x dek typo😂😂kayh2 adioss😚

VOTE🌟
   👇

Continue Reading

You'll Also Like

62.4K 2.2K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢...
193K 5.4K 25
Siapa 'budak Nerd' sebenarnya? Kenapa dia lain? Kenapa dia berubah?! "sebab kau... " katanya Semua character dalam ni bukan orang islam‼ #maturelang...
183K 5.8K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
383K 33.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...